Pengikut

Monday, August 22, 2011

Kegembiraan 3saat~

Assalamualaikum

Hari ni aku rasa memang antara hari yang buat aku senyum memanjang. Selain daripada encik schizo tu tidak kacau aku lama sangat- dia kata aku masih budak tapi muka tua pulak- ada dua lagi kisah yang buat aku duk senyum manjang.

Kisah 1:

Petang tadi kedai didatangi seorang gadis kecil molek- berpakaian matang- tengok-tengok jam. Aku memang jaga kawasan kaki lima-banyak barang raya. Tiba-tiba gadis tu tanya aku tinggal kat mana, nama siapa, umur berapa. Bila aku tanya dia rasa macam kenal aku ke, dia kata tak. Tapi, aku jawab je semua soalan dia. Dia kata, dia jarang keluar- pada pandangan aku dia seolah excited dapat jalan keluar. Umurnya lingkungan awal 20-an kot. Dia gelar aku kakak dan menggelar dirinya, kita.

Apa yang seronoknya? Ok, bila aku kata umur aku 23 je dia terus cakap, yang dia sangkakan aku budak lepasan sekolah. Lepas tu dia cakap pulak dengan entah adik atau kakaknya- lebih besar- aku macam dia- kecik je. Ok, dia lebih kecik macam adik aku. Aku apa lagi, senyum la memanjang.

Maklumlah, tempat kerja aku semua budak-budak. Aku rasa tua betul kat situ. Bila orang kata aku muda, aku pun terperasan la.

Kisah 2:

Aku menyusun bunga setiap hari. Aku jugak kemaskan pasu bunga yang dijual. Dah lama aku perhatikan pasu bunga untuk display yang sebelum ni ada bunga yang digubah oleh kakak dah kosong. Cuma tinggal beberapa tangkai bunga yang tak rupa bunga dalam pasu dah. Maka, aku pun saja gubah bunga dalam tu. Aku ubah sikit, tukar sikit akhirnya bermotif ungu dan putih- cadangan budak kecik sorang tu, H- dia suka ungu.

Malam pulak, aku sibuk pasang bunga-bunga kena pasang sendiri pulak yang laku. Sedang aku kemas-kemas tiba-tiba aku tengok orang angkat pasu dengan bunga yang aku gubah beli satu set! Wow! Bangganya aku. Pertama kali aku gubah bunga - bunga style tinggi- 8batang ada orang beli. Satu set terus pulak tu. Ok, bukan riak tapi seronok sebab selama ni semua ahli keluarga aku cakap aku tak kreatif. Sebabnya, adik aku lebih menonjolkan kebolehan dan ketelitian berbanding aku.

Maka, aku duk canang la cerita. Aku bukan la tak kreatif langsung. Sikit-sikit cakap aku tak kreatif. Adik aku mula melukis pun tiru aku, cuma aku dah lama berhenti. Berbaur kecik hati pulak.

Ok lah. Aku harap esok jugak hari yang baik untuk aku. Balik kerja makin lambat. Mood kena sentiasa bagus. Kalau tak lewat sikit muncung aku dah boleh buat sangkut baju.

Perlu tidur. Dah lewat sangat. Night all.