Pengikut

Friday, June 8, 2012

Cik Misi...??

Assalamualaikum warahmatullah.

Ni bukan aku ye. Hahah..Dah lama tak melukis. Rindu pulak rasa. Idea...idea....idea...dan masa. Esok kerja double. Kalau bab kerja ni, memang tiap hari rasa malas nak pergi. Takut. Tiap hari pun takut buat silap.

"Agak-agak esok ramai patient tak?"

"Siapa lagi kerja dengan aku?"

"Aku jadi team leader ke ek?"

"Busy tak? Banyak kes tak?"

"Sempat tak agaknya nak rest, makan dsb.."

"Janganlah ada aku buat silap"

"Harap-harap aku dapat buat kerja dengan baik"

dan macam-macam lagi dalam fikiran tiap-tiap malam. Aku ni terlebih runsing kot.

p/s: Kawan aku cakap, boleh tak, tak nak kerja tapi dapat duit gaji termasuk OT (overtime) sekali? Errr..

Keikhlasan? Niat? Amanah? Aku tak dapat nak pastikan kat mana kedudukan semua tu. Teruk ke aku? Atau semua ni perkara biasa untuk orang yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam kerjaya?

Masih mencari hala tuju dan mengharap rezeki yang diberkati. Sesuatu yang aku lalui hari-hari buat aku tak tenang. Adakah kesibukan ini? Atau ia cuma aku? Manusia memang tak menghargai masa lapang. Bila sibuk dan sesak baru beralasan. Hmm..

"Lapang sebelum sempit...."

Makan tengah hari = RM25 ???

Assalamualaikum warahmatullah.

Apa pendapat kamu semua kalau aku kata, bajet makan tengah hari aku tadi lebih kurang RM25. Sedangkan hari-hari kalau kerja bajet maksimum makan tengah hari RM4.20 (kalau nasi penuh).

Inilah yang terjadi di kala aku kebosanan kat rumah tak tau nak makan apa untuk lunch. Kawasan rumah aku ni kawasan perumahan Cina, jadi, agak susah untuk aku dapatkan makanan halal. Yang terdekat adalah hospital tempat aku kerja. Terus terang, aku dah naik boring jugak makan makanan hospital ni. Hari-hari sama je lauk. Hakhak. Sebab itulah aku keluar naik teksi untuk cari makanan.

Kadang-kadang, kalau dah tak tau nak makan apa, aku makan mee segera je di hari cuti.

 Masak? Err. Rumah aku ni, multiracial yang duduk. Mereka jugak senior-senior kat tempat kerja yang berpangkat lebih tinggi. Aku segan nak keluar dari bilik kalau kat rumah. Nak ke dapur, jarang sekali la. Boleh ke? Alasan aku, seganlah nak masak. Heeh.

p/s: Kawan dah sambung tidur semula. Maklumlah nak masuk kerja malam. Esok dia nak balik kampung terus. Cuti lepas kerja malam panjang sikit. Mujur esok aku double shif. Tak lah termangu keseorangan kat rumah.

** Berdasarkan komen yang diberi nampaknya ada salah faham. RM25 tu termasuk kos tambang teksi pergi balik. Haha. Tapi, kira mahal la tu untuk lunch saja terpaksa keluar sampai RM25.

Fly butterfly fly...(sumber google)

Hari-hari Seorang Jururawat 3

Assalamualaikum warahamtullah

Kena marah, balik lambat, lapar....

Hari ke-4 kerja kena marah sebab lambat sangat siapkan kes admission. Aku kena handle kes sorang dari admission sampailah hantar ke OR. Aku sangat tertekan. Tapi, aku sedaya upaya pujuk diri aku untuk bersabar. Tak apa, aku kena belajar.

Ada juga senior yang asyik cakap, " ini baru sikit. Memang sibuk. Kadang-kadang kalau sibuk sangat, memang tak sempat. Kena belajar." Hari-hari cakap benda tu. Mula-mula, aku naik muak jugak. Tertekan sangat-sangat. Hari-hari rasa nak menangis. Balik rumah je, rasa tak nak dah pergi kerja esoknya.

............................

Aku sangka, hari ke-5 kerja semuanya akan berjalan lancar. Kawan aku pesan, sebelum melangkah masuk wad baca doa pelindung. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Maklumlah, kerja dengan pesakit.

Senior aku terima panggilan dari admission untuk kes delivery (bersalin). Dia suruh aku siapkan katil. Bila pesakit tu sampai, aku disuruh untuk ambil berat pesakit tu dan hantar ke labour room (bilik bersalin- kat belakang). Aku dah pandai hantar kes ke LR, maka, aku hantar je lah dengan yakin.

Dah ditakdirkan, bila sampai sana, senior staff baca admission form (borang kemasukan) rupanya, pesakit tu bukan untuk bersalin terus tapi, masuk wad dulu tunggu rasa sakit nak bersalin. Ok. Aku kena marah cukup-cukup.

"Kenapa hantar ke belakang? Tak baca dulu ke?" Aku dah tanya dah kat depan, hantar terus ke? Mereka kata delivery hantar ke LR. Bila aku tanya pun, diorang suruh cepat-cepat hantar ke belakang. Akhirnya, aku jugak yang kena. Sedih tau.

Aku diajar cara tulis report sebijik sebijik. Aku sepatutnya rehat pukul 1, tapi, aku tak dapat nak rehat. Lapar sangat-sangat, tapi, aku diamkan aje.

Hari tu, memang rasa nak menangis sangat-sangat dah. Rasa nak marah je. Tapi, aku belajar selepas peristiwa tu, jangan jadi lurus bendul. Baca dulu admission form. Jangan dengar sangat cakap orang. Buat confirmation, always!

.............................

to be continued

p/s: Bukan setakat dengan senior staff, dengan doktor pun kena jugak..  (

Eh, ada orang tau ke aku kerja kat mana? Kalau tau pun, buat-buat tak tau ye? Macam melanggar private and confidentiality pulak. Oops.

Hari-hari Seorang Jururawat 2

Assalamualaikum warahmatullah

Hari kedua dan seterusnya, memang penuh dengan keserabutan yang amat sangat. Kena buat admission, discharge dan hantar pesakit pergi OR (operation room). Untuk budak baru macam aku memang sangat susah. Tapi, staf tak cukup, baru macam mana pun kena cepat belajar.

Hari ketiga barulah aku dapat jumpa sister dan orientasi. Tapi, aku tetap merasakan semuanya touch n go je.

..............................

Lewat tengah hari tu, sister datang ke kaunter.

"I want everyone to pay to buy new stethoscope yang hilang. Later, I will count and tell you how much to pay," lebih kurang macam tu lah, kata sister.

Terus terang, masa tu aku rasa nak menangis. Kenapa pulak kena bayar duit ni? Aku dah la duit cukup-cukup makan je untuk bulan ni. Belum bayar duit deposit, duit sewa. Makan? Aku dah plan tak nak pinjam duit sesiapa. Kalau boleh biar duit simpanan yang aku ada ni aku guna secukpnya untuk bulan pertama ni.

Alhamdulillah, seorang kawan sekerja cakap, " Takkan lah CP nak kena bayar jugak? Not fair lah. Dia baru je masuk kerja." Lega aku. Aku rasa berterima kasih sangat-sangat.

Esoknya, bila sister mintak duit tu, aku pandang dia dengan muka simpati (hee). Aku buat muka sepuluh sen atau mungkin  lima sen je. Sister cakap, " CP tak perlu bayar." Barulah hati aku lega. Kalau tak memang nak menangis aku.

..................................

to be continued....


p/s: Hari keempat kerja, kena marah lagi.