Assalamualaikum..
Entry aku kali ni, mungkin serius sikit. So, beware....
Aku, cuma budak perempuan biasa, yang belajar atas tuntutan hidup. Aku join jadi misi ni sebab kut kawan je. Demi aku nak belajar tinggi. Aku dari kecik berpendapat, aku kena belajar kat Uni sebab nak jadi kaya, nak hidup senang. Typical kind of thinking, macam orang lain jugak.
Tak ade ape yang special pasal cara pemikiran aku. Aku cuma nak hidup lebih senang. Nak penuhi impian mak ayah aku. Bila aku punya result tak cukup bagus untuk aku teruskan dengan cita2 aku, aku just follow je kawan aku amik jadi misi ni. Nothing special.
Jadi misi ni, aku sangat malu. kenapa?? pertama, aku rasa dipandang rendah. kedua, aku segan sebab orang ramai tengok misi ni, seksi, terdiri dari awek2 lah. kalau dengar aku belajar misi je, semua sibuk nak kate sakit. Aku tak bangga. Aku malu. Seolah2 misi ni satu simbol ****. memang kalau search la kat google tu, segala macam gambo ade. Aku malu.
Tapi, aku tetap teruskan jugak. sebab aku fikir, family aku dah banyak keluar duit masa 1st aku masuk sini. tak sanggup rasanya nak tukar course semata2. biar lah ape orang cakap.
Semakin lama, tahun demi tahun berlalu. aku jumpa kawan2 yang kenalkan aku dengan dunia yang baru. Dalam aku belajar untuk jadi lebih baik, aku terjumpa satu IMPIAN.
Mesti ramai orang kenal Prof. Har. pakar sakit puan yang berjuang dalam medan dakwah tu. Aku cemburu. Malah bukan dengan die je, tapi dengan kebanyakan pelajar medic yang cukup popular dengan dakwah. Bukan aku cemburu orang tengok kebaikan diorang, tapi, diorang cukup berani.
Entah lah. Aku masih kat sini tertunduk malu bila orang tengok aku pakai uniform. Aku terasa sangat kerdil.
Tapi, aku ada impian. Aku tak nak kalah kat tengah jalan. Aku sedih tengok misi2 kena pakai baju yang seksi, ketat dan ada sesetengah tempat-swasta- tak boleh pakai tudung, anak tudung je boleh.
Dan para misi2 mungkin ramai yang dah alah bisa tegal biasa. Aku pun tak pasti. Aku sedih. Ini bukan dunia yang aku harapkan untuk cari rezeki. Aku tak mahu jadi macam ni. Kadang2 aku tak yakin dengan diri aku sendiri.
Aku takkan behenti!! Aku nak berjuang. Walaupun sikit je yang aku mampu buat, aku nak cuba!! Aku ni dah la kurang keyakinan diri, tak berani bersuara. Mampu ke aku ni? Itu aku tak tau.
Tapi, buat masa ni, impian ni masih membara dalam jiwa aku. Kalau medic selalu join seminar fiqh perubatan, kenapa misi tak? Mungkin ada, tapi berapa kerat je? Aku tau, aku ni tak layak nak ubah sesiapa. Sebab tu aku cuma mampu perlahan2 merangkak ubah diri aku. Tu pun asyik jatuh je.
Belum berjalan atas dua kaki dah parah sana sini.
Malah, aku pernah terfikir, boleh ke aku nak ambil diploma dalam ape2 bidang pengajian Islam? Kalau tak pun, aku nak persatuan misi2 ni, ada penasihat syariahnya sendiri. Kenapa tidak??
Kalau business ada penasihat syariah, kalau medic ada fiqh perubatan-walaupun ni sepatutnya melibatkan misi dan pengamal perubatan lain jugak- kenapa misi tak ada penasihat syariahnya sendiri??
Supaya nanti, ada landasan2 dalam beruniform, dalam menjalankan amalan kejururawatan, etika dan sebagainya.. kenapa tak boleh?
Aku cuma seorang budak perempuan biasa. Sangat kecil. Tak ade siapa nampak aku, tak ada siapa dengar suara aku. Tapi, aku punya impian. Mungkin aku tak mampu, tapi untuk punyai impian ni, aku rasa aku perlu berusaha kuat.
Sekurang2nya kalaupun bukan aku, ada generasi2 selepas aku yang mampu buat perubahan ni. Harapan aku terlalu besar, tapi biarlah aku mengharapkan angkasa, sekurang2nya aku akan berusaha naik. dapat duduk atas pokok rambutan sambil makan rambutan pun dah ok. Syok jugak gitu.
Wallahua'alam.