Pengikut

Saturday, June 9, 2012

Aku je fikir lebih-lebih.

Assalamualaikum warahmatullah.
 
Alhamdulillah. Hari bekerja hari ni dah tamat. Esok shif pagi pulak. Haha. Lusa double lagi. Rajin sungguh aku bekerja. Patient dengan family pun tanya tadi, tak balik ke? Berapa lama kerja? (14jam la kalau double shif)

Untuk sedapkan hati yang penat, aku fikirkan je la nanti boleh ada duit lebih sikit nak simpan.

Hari ni, shif pagi aku jadi team leader. Tapi, mujurlah hari Sabtu. Banyak discharge (patient balik). Kurang sikit report kena tulis. Petang pulak, kami kerja berdua je. Sebab patient cuma 6 orang je.

Senior aku tu, hari ni asyik kenakan aku je. Gelak memanjang tadi. Terhibur jugak lah. Lega sebab tak banyak benda nak buat. Tak la stress pun. Aku je suka fikir macam-macam.

Aku dah buat kira-kira tadi, mengikut jadual, aku akan ada 9 hari double dalam bulan ni. Pergh! Masyuk.(alhamdulillah). Boleh la simpan untuk buat duit raya. Semua dah sibuk suruh aku sediakan duit raya.

Aku harap, aku semakin bagus buat kerja, dan hubungan aku dengan kawan-kawan sekerja jugak makin bagus. Diorang okay je. Aku je yang segan-segan kucing. Hehe.

p/s: "Apabila saudara tidak malu, buatlah apa yang saudara suka" HR Bukhari.- suka hadith ni- mendalam maknanya. Kan?

* Dear Lady Windsor- Saya kerja kat wad bersalin dan penyakit perempuan (pesakit perempuan sahaja). Rata-rata lelaki adalah suami orang ye? Tak boleh la nak ambil tau handsome ke tidak. ^_*

(*insyaAllah, bila kerja single shif aku akan luangkan masa melawat blog anda-anda semua ye? Sejak kerja, tidur mesti cukup 6jam. Time limit 11pm ..hee)