Pengikut

Tuesday, February 7, 2012

Aku suka memancing!

Assalamualaikum warahmatullah

Penuh tangan aku kena gigit nyamuk. Tadi, aku tiba-tiba rasa nak memancing. Bukan jauh pun. Parit kecik tepi rumah je.



Sekali je aku letak dah dapay ikan puyu. Wahaha. Aku bangga. Berlagak. Aku pun teruskan memancing. Tunggu...Tunggu... Okay, umpan habis. Ambik umpan baru.

Tunggu..Tunggu...Kena! Alamak, terlepas. Kena lagi! Lepas lagi. Akhirnya, lepas kena dalam 5 kali, umpan aku habis. Huhuhu.

Maka, aku pun menyerah diri. Seekor je aku dapat. Tu la, berlagak lagi. Hahaha.

p/s: Mancing ikan kena sabar. Aku pulak asyik tukar je tempat.

“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”  (Ar-Ra’d:23-24)

Doodle Chibi yang menjadi !

Assalamualaikum warahmatullah..

Selamat petang!

Selama ni, aku geram betul tengok doodle orang lain yang comel-comel. Aku asyik fikir macam mana nak hasilkan doodle yang comel macam tu. Yela, comel chibi version. Versi kartun katik.

Haritu aku baca tutorial dari Doc. Ustaz tu. Aku pun cuba la satu. Akhirnya, aku berjaya hasilkan satu doodle. Aku jugak ciplak style blogger Azzah. Dia letak pattern yang cantik kat baju dia. Maka, aku import pattern dari google banyak-banyak.

Ni hasil pertama aku!






Geram tul tengok nih! Buat masa ni, aku masih belum jumpa identiti aku sendiri untuk lukis doodle. Tapi, aku akan berusaha bersungguh-sungguh! (Benda macam ni bukan main semangat. Kalau benda lebih berfaedah tu...heheh)

p/s: Minda terasa lebih lapang.

“Setelah kamu ditimpa kesedihan, dia (Allah) menurunkan rasa aman dan tenang kepadamu. Ada golongan yang telah mencemaskan diri mereka sendiri kerana prasangka buruk terhadap Allah SWT seperti sangkaan orang jahiliah dulu di mana mereka berkata: 'Adakah ada sesuatu di sebalik urusan ini. Apa maknanya semua ini? 'Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah SWT.” (Surah Al-Imran, ayat 154)

"Katakanlah :'Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."
(Surah az-Zumar ayat 53)

Kali ni, aku berserah~

Assalamualaikum warahmatullah.

Lagi cerita tak sudah pasal aku dan kerja. Kalau rasa boring dah nak baca, tak payah baca. Tapi, aku nak tulis jugak. Hehe.

Client yang offer kerja personal nurse tu telefon lagi. Dia memerlukan seorang lagi personal nurse supaya boleh buat 2 shif. Malam dan pagi. Emak dia tak larat nak jaga ayah dia waktu malam, katanya. Sampai demam- demam.

Tawaran yang diberi:

1. Gaji - RM1500 - kalau kerja Sabtu/Ahad sehari = RM60

2. Penginapan - rumah sewa dekat (kosong), boleh jalan kaki. Sebulan = RM 450 - client bayar separuh. Jadi mungkin kena bayar dalam - RM250.

3. Waktu bekerja - dua shif - 8am-8pm & 8pm-8am.

4. Tugas- 2 hourly positioning + feeding + jaga segala keperluan peribadi.

5. Socso - insyaAllah diusahakan

6. Latar belakang client - pesakit - bekas guru sekolah agama, ahli keluarga berpendidikan agama yang baik, insyaAllah

7. Tempat makan - 500m dari rumah.

Cumanya, dia nak aku kerja SEGERA. Maksudnya, kalau boleh esok pun dia boleh terima aku kerja.

Aku pulak, ada komitmen lain minggu depan. Aku nak uruskan adik aku masuk kursus sekitar ibu kota. Kursus jangka pendek bakery.

Aku cakap pada en. client, kalau dia dah jumpa orang lain, aku faham. Kalau dia masih nak upah aku, insyaAllah aku usahakan.

Sekarang, aku berserah. Kalau ada panggilan interview, aku pergi, kalau tak, aku terima.

:)

“Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).



“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

p/s: Is dah balik kampung. Kecoh!