Pengikut

Tuesday, September 27, 2011

Hati Emak~

Assalamualaikum

Pagi ni memang dingin. Hujan lebat malam tadi disusuli blackout. Entah pukul berapa bekalan elektrik kembali pulih.

Akhir-akhir ini, aku tengok semakin banyak kes-kes penganiayaan, terhadap orang tua bahkan kanak-kanak. Ada ibu bapa yang dibuang begitu je. Itu kan orang yang membesarkan kita.

Memang semakin meniti usia, mereka ni akan kita rasakan semakin berubah perangainya. Mereka semakin sensitif. Tapi, apa salahnya? Selama ni, nangis manja kita mereka layan dan tempuh sampai kita dewasa. Sihat. Kenapa karenah mereka kita tak mampu nak hadapi?

Mereka mendambakan kasih sayang kita, sama macam anak-anak perlukan kasih sayang ibu bapa. Mana manusia tak perlukan kasih sayang?

Sepanjang pengamatan aku, mereka tidaklah cuba menyusahkan anak-anak. Marah, berkecil hati macam mana pun, anak tetap didahulukan. Tapi, kenapa anak-anak tak boleh mendahulukan ibu bapa? Aku pun tertanya, berapa kali aku menentang permintaan mak?

Hati ibu yang semakin tua, memang jelas semakin rapuh. Mereka semakin keletihan menghadapi pancaroba dunia. Hati mereka itu juga semakin tua. Kasihanilah mereka. Mereka cuma mengharap yang terbaik buat anak-anak mereka. Mereka mahu anak mereka "hidup". Benar-benar hidup. Bukan sekadar bangun pagi bernafas dan kemudian malam tidur setelah perut kenyang terisi.

No comments: