Assalamualaikum..
Bertemu lagi hari ini nampaknya.
22 Jun 2011
Dah pergi bank. Tapi duit syiling tu tak cukup 25sen menjadikan jumlah terkumpul RM111.15 sahaja. Sebenarnya dengan kuku aku yang berconteng, aku segan nak berurusan dengan orang, tapi nak buat macam mana, terpaksa. Padan muka, siapa suruh menconteng inai di kuku?
Selepas pergi bank, aku singgah kedai perabot. Yeah! Dah beli rak buku. RM 29.90 dapat discount 90sen. Dengan tak malu aku tanya akak kedai tu, kurang tak boleh ke? Dia kata "dah murah dah ni dik". Malu je.
Bila nak balik tu aku tanya abang aku, macam mana nak pasang ni? Dia kata guna apa benda entah, "L lengkey?" Tak tahu macam mana nak eja. Bila bukak, rupanya kena guna screw driver- kat rumah aku ni, semua benda tak boleh nak kekal lama. Asyik hilang je. Entah la diorang ni, makan agaknya.
Tak lama lepas tu, mak aku ajak pergi pekan lagi, bayar bil pulak. Aisyeh. Abang aku la ni, malas nak singgah bayar bil, takut lama. Huhu. Dia nak kena pergi kerja. Maka, aku dengan mak aku pun pergi la bayar bil. Kalau dah ke pekan, mana mungkin balik tangan kosong. Mula-mula menyinggah beli screw driver je, tapi lepas tu, segala macam alat2 mak aku beli. Ariel (betul ke eja ni?) TV pun masuk sekali dalam list. Dah sampai rumah baru perasan pulak tu. Ingatkan tak jadi beli ariel tu. Dah beli dah pun.
Muka-mula, aku suruh abang aku tolong pasangkan rak tu. Lepas tu, bila aku dah sampai rumah abang aku terus cabut lari pulak. Maka, disebabkan aku ni kurang sabar aku pun pasang la sendiri rak tu. Bukan tak biasa pun. Ngada2 nak suruh orang- konon kan ada abang. Pada mulanya aku dah bangga dah dapat pasang, lepas tu baru aku perasan, aku tersilap pasang. Papan bahagian tengah aku letak kat bawah sekali, terpaksa la bukak semula.
Lepas dah mengemas segala barang yang tinggal, maka, aku terfikir nak cat bilik. Dah lama dah fikir nak cat bilik, cuma duit je belum dalam budget. Nak cat color biru, lepas tu tiang color putih. Baru terang sikit bilik aku. Ni gelap sangat, semua color coklat dan hitam. - rumah papan.
Semalam jugak, tengah duduk2 tu, adik perempuan aku, tiba2 je "kakak, Achik dapat pointer 3.08! Seronoknya." Aku terpinga2 sebab aku tak faham apa yang dia seronok sangat. Bukan aku nak merendah2kan dia, mungkin sebab aku dah terbiasa kawan2 aku semua pointer tinggi2. Aku memang la tak. Kesian dia. Dia pun cakap la, selama ni susah nak dapat pointer 3.00 ke atas. Kawan2 dia yang lain memanglah. Semua rajin study. Itulah masalahnya, adik2 aku tak rajin. Semua markah okay2 walaupun tak study, kalau lah korang rajin sikit kan bagus. Aku pun malas jugak, tapi, diorang lagi malas kot.
Yang lucunya, masa aku paksa adik aku balut buku2 aku, adik aku tanya, apa sumber inspirasi (ceh) kakak? Dia ingat abang aku yang sulung. Tak ada la sangat. Yang paling aku utamakan duit kot. Sebab mungkin dari dulu aku fikir, belajar rajin2 sebab nak dapat kerja yang bagus, gaji banyak, hidup pun senang sikit. Adik aku cakap dia belajar sebab nak lulus ujian je. Dia belum ada perancangan masa depan nak kerja apa. Dia kan dah tukar ambik perdagangan, dia kata nak ambik apa bila masuk U? Nak kerja apa lepas tu? Aku mana la tau benda2 tu.
Ok lah. cukup dulu bebelan aku. Mengarut2 je lah. Budak kecik tak bangun lagi pulak hari ni. Adios amigos.