Pengikut

Wednesday, November 30, 2011

Hari-hari marah~

Assalamualaikum

Mood aku sekarang ni asyik tak bagus je. Bukan apa, aku dah tak tau macam mana nak jaga anak buah aku yang semakin nakal ni. Bila ditegur je melenting. Suka pukul-pukul orang. Masalahnya, bercakap pun tak pandai lagi. Kecik-kecik dah macam ni. Risau aku.

Aku sampai dah malas nak layan. Janji dah mandikan, dah kasi makan, dah kasi susu aku biarkan aje. Kalau dia merengek pun selagi aku tak rasa rimas aku biarkan aje. Kalau mintak dukung, aku takkan senang-senang nak dukung. Aku tak nak dia asyik dapat apa yang dia nak.

Aku marah pun dia tak dengar, aku cakap slow lagi la. Kadang aku pukul jugak (bukan kuat-kuatla) tapi dia macam tak faham sakit. Dah tau sakit buat jugak. Entah la. Penat jaga budak tengah nakal ni.

Mungkin jugak dia perlukan lebih perhatian dari orang yang sepatutnya. Nak kata dimanjakan tak jugak, nak kata dimarah aje, dimanjakan jugak. Aku puji jugak selalu. Sayang-sayang selalu. Tapi, kalau salah aku marah jugak.

p/s: nak je biarkan- bukan anak aku tapi tak boleh. Kesian.

Budak kecik (non-edited)

Tuesday, November 29, 2011

Holiday 2~

Assalamualaikum

Bertemu lagi pagi ni. Aku nak sambung cerita percutian aku. Tak tau la ada orang baca ke tidak. Yang pasti kisah hari ni disulami dengan bahang kemarahan. Kenapa? Siapa yang marah dan hampir mengamuk ni?

Akhirnya, kami tiba di lokasi yang dituju. Nak kena naik feri. Tapi sebelum tu, kami singgah mengisi perut dulu. :)

Keluar dari parking- excited

Makan dulu..

Naik feri
Sekali lagi, naik feri Is menangis dan merengek. Aduh. Apa nak jadi dengan percutian ni? Tapi, kitorang teruskan jugak dengan percutian kitorang ni. Sampai je kat jeti (lama jugak naik feri rupanya. Ingatkan sekejap je.) kitorang tengok punya la ramai orang. Dah la tu, masa menunggu dah macam sardin dalam tin dah.

Lepas tu, tahan teksi - van kot- cukup 10orang terus menuju ke resort yang abang aku dah settlekan. Tapi.... Aduh! Sekali lagi ada masalah. Dah sampai lobi tu dah turunkan beg, tiba-tiba wakil GB Resort tu kata kami terpaksa dipindahkan ke resort lain! Alasan diorang resort dah penuh sebab ada kursus. Boleh meh? Dah terjadi dah pun. Kalau ikut kat wad kiranya kami ni dah jadi kes lodger la. Kes lain tapi terpaksa tumpang wad lain sebab dah penuh. Abang aku sangat marah. Kenapa dah sampai baru nak maklumkan?

Tapi, disebabkan pemandu teksi mendesak kitorang supaya cepat kitorang ikutkan aje. Abang aku? Sebaik je tengok resort yang dimaksudkan (katanya lebih selesa sebab sebuah rumah ada empat bilik. Dia bagi dua buah.), ianya tak seindah dikata. Nama resort tu? PP Resort.

Rumah tu ada 2 bilik. TV tak ada siaran, tempias- balkoni banjir- aircond bilik ada yang tak hidup. Rumah kami pulak lain-lain tingkat. Abang aku? Dia kata orang situ mintak lagi RM100 sedangkan abang aku bayar semua dah settle.

p/s: Pertama kali nampak abang aku mengamuk. Sangat marah. Apa jadi seterusnya?

Monday, November 28, 2011

Holiday 1~

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kitorang sekeluarga berjaya menamatkan percutian 2 hari 1 malam di sebuah lokasi percutian. Setelah kian lama menanti, puas jugak hati bergembira. Namun, kisah percutian aku dan keluarga bukan semuanya menggembirakan. Nak tau apa yang telah terjadi? Sila ikuti siri pengembaraan kitorang yang tak seberapa ni. :)

Hari Sabtu, jam 7 pagi semua orang mula sibuk bersiap-siap. Maklumlah, 10orang nak bersiap. Jam 10 pagi, kami pun bertolak - dua kereta. Sepanjang perjalanan aku tak tidur sangat. Selalunya aku mesti sekejap je dah lena dibuai mimpi. Namun, dek kerana keterujaan yang menggila aku tidur berapa minit je.

Akhirnya, kami tiba di sebuah lokasi. Bukan lokasi percutian, cuma perhentian pertama. Kami behenti di tebing sebuah sungai yang besar. Sempat lagi bergambar.

Sungai tepi jalan
 Itulah sungai yang dimaksudkan. Ada sesiapa tahu apa nama sungai ni? Aku pun tak berapa pasti. Tapi, kemungkinan nama sungai ni sama dengan nama negeri tempat sungai ni mengalir. Setelah berhenti beberapa minit, pemandu dah melepaskan lelah masing-masing, perjalanan diteruskan. Kami perlu menempuh dua jambatan tinggi. (Tau ke?)

Diorang kata aku ada tertidur antara jambatan pertama dengan jambatan kedua. Aku cuma ingat-ingat lupa aku tersedar bila sampai jambatan kedua. Perjalan memang lancar. Alhamdulillah. Eh, masa nak dekat sampai abang aku tersasar sedikit. Sepatutnya kena belok kiri, tapi dia sedap terus je. Nasib la dia sedar tak lama lepas tu dan ada tempat U-turn. Semua orang bukan main teruja. Aku dengan adik aku lagi la. Tapi, aku maintain cool aje. Adik aku la tak habis-habis duk sebut-sebut tempat percutian kitorang.

Akhirnya, setelah beberapa jam perjalanan, kami pun sampai ke destinasi yang dinanti-nati.

Parking atas bumbung 0_0
Pusing-punya pusing, cuma bumbung yang sudi terima kehadiran kami. Lain semua penuh dah. Masa nak turun, si kecik Is dah mula merengek. Aduh. Apa akan jadi dengan percutian kitorang ni?

Si kecik mula merengek
Banyak perkara lagi terjadi semasa percutian aku ni. Nak tau apa terjadi nantikan sambungannya esok ye? Heheh.

p/s: orang lain seronok-seronok cuti, aku terbaring. Kenapa?

Saturday, November 26, 2011

Holiday~

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Akhirnya tiba jugak hari yang aku tunggu-tunggu. Hari ni insyaAllah kitorang akan bertolak menuju ke destinasi percutian yang dirancang. Memang dah lama aku tunggu sebab aku nak jalan-jalan, main-main. Bosan dah kot duduk rumah sesaja.

Mengikut rancangan, semua ahli keluarga aku akan pergi. Is si kecik pun pergi jugak. Wah, macam tak pernah bercuti. Mungkin la. Kali terakhir aku dapat ikut bercuti dengan keluarga aku bila entah. Maklumlah, tuntutan pelajaran. Sementara aku belum jadi wanita berkerjaya (gitu) aku nak luangkan masa dengan keluarga aku jugak sekali sekala.

Persediaan semua dah siap. Beg, siap. Kaca mata hitamku jugak dah siap. Aku telah menyebabkan hampir semua orang beli cermin mata hitam nak jalan-jalan. Agak gila-gila kat sini.

Aku cuma mampu berdoa percutian ni akan mengeratkan keluarga aku dan segala terguris terkilan mampu dilupakan. Aku jugak berharap semua akan berubah sikap kepada lebih positif kepada satu sama lain- bukan lah sebelum ni tak positif. Eh, mungkin perlu lebih optimis kot. Positif melulu tak bagus.

Aku dari pukul 5 pagi tadi dah bangun sebenarnya. Aku kalau nak ke mana-mana memang tak boleh nak bangun lewat. Automatik terjaga. Macam masa nak pergi interview haritu.

Dan aku hadiahkan special photo untuk tatapan kamu semua ye?

Yo, mama.. (credit to Is)


Thursday, November 24, 2011

Penat je aku tunggu~

Assalamualaikum

Ingat tak aku pernah cerita tentang gaji aku tak dapat-dapat lagi? Buat penat je aku risau fikir macam-macam. Punya la aku tunggu dan tunggu mesej dari bos aku. Nak marah pun ada, segan pulak tu nak mesej banyak kali.

Maka, malam kelmarin aku pergi keluar ke kedai dengan abang aku. Aku ajak singgah ke kedai- sebab kakak ipar aku cakap pergi je la tanya kat kedai. Bukan apa, aku memang segan dah la. Asyik tanya duit je. Ok, kembali ke cerita asal.

Aku masuk ke kedai jumpa Kak Ayu, borak-borak dengan dia. Lama jugak aku ambil masa untuk tanya bos aku. Akhirnya, aku beranikan diri tanya.

"Uncle, gaji saya boleh dapat bila ek?"
"Apa?"
"Gaji. Boleh dapat bila?"
"Kakak tak ada hantar kat you meh?"
"Ha? Takde."

Bos aku pun mencari-cari dalam cash machine. Aku terfikir, dah ada ke gaji? Kakak lupa nak mesej aku kot. Lepas tu, bos aku menuju ke kereta. Aku tunggu lagi.

Tak lama kemudian, dia serahkan pada aku gaji aku. Alhamdulillah. Rupa-rupanya, kakak lupa nak mesej aku da.. Aiya. Kakak..

Kak Ayu pun ada cakap, kakak datang kedai cakap kat Kak Ayu dia lupa nak kira gaji aku. Dia kata aku marah. Hahaha. Aku mesej dah paling berhati-hati dah tu. Aku tak nak orang salah faham. Adui la.

Kali 18 rupanya. :) Aku ingat nak masukkan bank terus, tapi malam tu machine cash deposit Bank Islam rosak. Terpaksa aku bawak balik. Esoknya, nak masukkan pun terlupa bawak. Akhirnya? Aku dah berbelanja guna duit tu beli sandal malam tadi RM18. Terjebak sebab ikut abang dengan adik aku beli sandal.

p/s: sandal kanak-kanak saiz 5.

Harimau masih kenyang telan garuda- hidangan unta tak mampu ditelan.

Assalamulaikum.

Bahang bola semakin berlarutan nampaknya. Sana sini orang cerita tentang pasukan bola sepak Malaysia bawah 23. Baru sahaja mereka dihadiahkan wang kemenangan RM30 000 sempena kemenangan mereka menggondol emas untuk Sukan Sea, malam tadi mereka telah mengecewakan rakyat Malaysia setelah tewas dengan Syria dalam pusingan kelayakan ke Olimpik.

Mungkin mereka masih kepenatan dengan perlawanan yang berlangsung hanya selang sehari. Mungkin. Atau mungkin juga kerana beberapa pemain yang menjadi nadi pasukan tidak dapat beraksi. Barangkali juga kerana tekanan yang dirasakan adalah kurang berbanding apabila bermain di tempat lawan. Tidak ketinggalan juga kemungkinan disebabkan melihat penonton Malaysia yang tidak memenuhi stadium dengan jualan tiket yang rendah berbanding yang dijangka. Kurang sokongan?

Pelbagai persepsi boleh timbul.

Keputusan Mas 0- Syr 2 .

p/s: sempat tonton separuh masa kedua kat rumah sepupu- tak ada Astro.

Monday, November 21, 2011

Emas ke- 59- Perlawanan bola sepak Malaysia vs Indonesia Sukan Sea 2011 siri 2

Sambungan..

Baru je Indonesia offside, tiba-tiba pemain Malaysia pulak sepak bola ke gawang gol. Tapi.. offside jugak.

Entah berapa kali free kick dah. Entah berapa kali offside dah. Perlawanan semakin mendebarkan sehinggalah masa tambahan seterusnya diberikan.

Masa kedua, free kick dua kali oleh Indonesia dekat dengan gawang gol. Tapi, berjaya dipatahkan oleh pertahanan Malaysia.

Tengah saat mendebarkan pemain Indonesia offside lagi. Dan seorang pemain Malaysia cramp. Mungkin sebab masa terlalu singkat, dia perlu diberi rawatan di luar padang. dan tak lama selepas tu penjaga gol Malaysia berjaya menahan bola oleh Indonesia.

Terkejut aku! Tengah taip tiba-tiba hampir gol- pihak lawan. Debaran semakin terasa pada minit-minit terakhir masa tambahan. Aku pasti semua orang tak nak guna penalti untuk menentukan kemenangan. Entah berapa kali cubaan gol oleh Indonesia.

Dah saat-saat akhir jatuh lagi pemain Indonesia. (memang asyik jatuh je aku tengok. hehe)

Akhirnya, masa tambahan tamat. Penalti menjadi penentu untuk menentukan siapakah pemegang pingat emas Sukan Sea 2011 Indonesia.

Harimau menentang Garuda - Penalti.

Tekanan besar untuk penjaga gol kita.
Sepakan pertama Indonesia berjaya menjaringkan gol dan pemain Malaysia juga berjaya menjaringkan gol.
Sepakan kedua pemain Indonesia gagal! Terkena tiang walau
pun Khairul Fahmi Che Mat telah terbang ke arah bola manakala sepakan kedua Malaysia berjaya membolos gol.
Sepakan ketiga Indonesia masuk manakala sepakan ketiga Malaysia yang kelihatan bersahaja tidak berjaya menembusi gawang gol.
(3 vs 3)
Sepakan ke-4 Indonesia berjaya begitu juga Malaysia!

Sepakan terakhir! dengan kedudukan sekarang 4 vs 4.

Sepakan ke-5 Indonesia berjaya dihalang dan gol kemenangan Malaysia berjaya pada tendangan ke 5!!

Emas acara bola sepak bawah 23 Sukan Sea 2011 akhirnya milik Malaysia. :) Emas ke- 59 walaupun Indonesia telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Tapi, emas dalam acara bola sepak amat bermakna.

Untuk penyumbang emas acara lain, terima kasih dan tahniah. Semoga semangat kesukanan ini semakin membara. Jangan gaduh-gaduh walau apa pun orang kata.

p/s: aku sokong negara aku saja.

Malaysia vs Indonesia Sea Games 2011

Assalamualaikum

Sekarang tengah masa tambahan. Aku dah geram je tangan nak menaip. Keputusan 1-1 dan corak permainan yang mendebarkan ni buat aku rasa grrr..

Tak kurang jugak kakak ipar dan adik perempuan aku yang kecoh duk kata itu ini. Aduh! Diorang ni tengok penuh emosi. Aku gelak aje la sebab bukan tau sangat peraturan sebab tu aku diam je. Yang penting aku tengok pemain-pemain ni bersemangat lebih ni.

Tekanan nak mengekalkan kedudukan pemegang emas Sukan Sea mesti semakin meluap-luap. Harap tekanan tu menaikkan semangat pemain Malaysia.

Ohhh! Aku tengah duk taip tiba-tiba pemain Indonesia jaringkan gol!! Haha. Dah terkejut beruk dah kitorang. Sekali offside!! Huh!

p/s: nak fokus jap.

Nanny 911! Nanny McPhee! Help!!

Assalamualaikum

Siapa ada nombor telefon Nanny 911 atau Nanny McPhee? Sila serahkan pada aku dengan kadar segera. Berlaku kecemasan yang amat cemas. Dah nak naik gila aku ni.

Anak buah aku yang berusia setahun lebih sekarang semakin nakal. Dah la tu, suka menjerit tak tentu hala. Aduh! Kalah budak perempuan. Bukan apa, seharian aku jaga bingit dah telinga aku. Kalau dia tak buat hal tak apa jugak. Ni semua benda dia nampak dia nak. Kalau makan, sesiapa je makan dia pun nak makan sekali- tapi, ni bukan masalah.

Bila orang pegang benda yang tak layak dimain oleh kanak-kanak pun, dia nak jugak. Bila tak kasi menjerit menangis semahu-mahunya. Dah cakap elok-elok, tak boleh pun dia jerit jugak. Dimarah pun dia jerit jugak. Kena jelentik pun dia jerit. Bila nangis-nangis dah kena marah, apa yang dia nak tetap dia nak jugak. Aduh!

Adik aku pulak, tak habis-habis menyakat. Tiap hari aku marah dia buat jugak. Budak kecik tu kena sakat sikit menjerit. Terus terang, aku serabut jadinya. Mungkin sebab aku pantang orang jerit-jerit ni. Aku pun bukanlah suka nak menjerit. Tapi, kalau dengan adik aku yang tak dengar kata ni, terpaksa jerit jugak baru dia nak dengar kata. Mungkin sebab kitorang adik-beradik selalu bersuara lantang la anak buah aku pun jadi gini. Menjerit je tau, cakapnya tidak.

Nanny, help me! Macam mana nak ajar budak setahun lebih ni? Dia faham je bila disuruh. Buat masa ni, aku cuma baru berjaya ajar dia sabar bila tunggu susu. Aku suruh dia ke depan dulu, baring, baru dapat susu. Kalau tak sebelum ni tang mana aku buat susu kat situ la dia nak meneguk, biar la berjalan pun.

Bab menjerit dan asyik nak semua benda ni yang aku jadi sesak nafas dan serabut. Aku marah selalu aku rasa bersalah. Yela, kecik sangat lagi. Tapi, cakap pelan-pelan pun dia buat tak faham je.

Nak tunjuk tauladan pun, nak tunjuk apa? Semua benda dia nak. Dalam rumah ni pulak ramai sangat-sangat orang. Rasa nak campak bawah pokok pisang je? Hahaha. Tak lah. Kalau dia tak ada aku yang sunyi. baru tinggal kerja sekejap pun dah rasa nak peluk cium lama-lama.

p/s: bingit- tak sabar nak bercuti. Tapi, tadi aku baca tentang angin timur laut yang diramal berlaku ke atas kawasan yang aku nak pergi pada masa aku nak pergi. Semoga Allah lindungi kitorang. Tujuan nak rapatkan hubungan dan bawak mak berehat-rehat je.

Mangsa keadaan~

Assalamualaikum

Korang semua mungkin ramai yang ada facebook kan? Untuk mereka yang aktif tentu akan join segala macam jenis group, fan dan sebagainya kat facebook tu. Tapi, aku tak macam tu. Yang mana aku betul-betul nak je aku join. Tapi, sekarang ni nama aku dah di"join"kan oleh orang lain untuk macam-macam group.

Ada yang joinkan aku atas dasar perkongsian, atas dasar kepentingan sendiri pun ada. Maklumlah, syarat nak beriklan kena bawak banyak kawan join group, habis la aku tak pasal-pasal ditambah jadi ahli. Bukan apa, aku tak suka banyak-banyak benda menyemakkan kat skrin aku. Aku nak ia bersih dengan benda-benda asas je.

Lagipun, kalau nak ajak join tu ajak je la elok-elok mintak tolong ke. Ni tak pasal-pasal pulak. Aku memang sentiasa cuba menghadkan jaringan sosial aku dalam facebook. Blog tak apa.

p/s: nak mengemas muka buku :)

Resah gelisah~

Assalamualaikum

Wah, apa yang aku resahkan pagi-pagi buta ni? Bukan lah kes berat pun. Al kisahnya, setelah seminggu aku berhenti bos aku tak ada tanda-tanda nak kasi gaji aku yang terakhir. Aku ada tanya menerusi sms, tapi langsung tak berjawab. Kot la jawab nanti dulu ke, lambat sikit ke, dia tengah sibuk ke.. Ini tidak, senyap langsung. Aku ada tanya kat pekerja yang masih ada kat situ, dia memang tak sebut langsung.

Dua kali dah aku mesej tanya. Aku malas nak mesej banyak kali, macam memaksa sangat pulak. Lagipun, mana la tau dia sibuk. Entahlah. Hujung minggu ni memang nak guna duit sangat-sangat, tapi, dia buat selamba pulak. Aku dah beritahu aku nak guna duit sebelum Jumaat. Kalau Khamis dia masih tak respon aku bercadang nak ke kedai dan menuntut hutang gaji tu. Memang la bukan ribu-ribu, tapi kalau 17 x 11 dahh berapa kan?

Selama ni, setahu aku kalau ada pekerja berhenti dia yang akan mesej beritahu bila nak ambik gaji. Ni langsung, senyap sunyi tanpa khabar berita. Aduh, parah!

Aku bukan apa, malas nak paksa-paksa sangat. Aku kenal dah bekas bos aku tu. Tapi, aku sangat-sangat nak guna duit tu. Lagipun, 3 minggu sebelum berhenti aku dah beritahu aku nak berhenti. Aku tak buat salah apa-apa kalau dia tak bersedia dari awal ambik pekerja baru. Malas nak komen pasal tu.

Aku cuma harap dapat duit tu dalam minggu ni. Lagipun, memang sengaja aku plan berhenti 2 minggu sebelum nak pergi holiday. Ingatkan dah dapat duit masa ni. Rupanya, senyap aje bos aku.

Aku dah resah gelisah fikir tak ada duit nak jalan-jalan. Duduk kat rumah pun tak senang hati. Jaga budak pun asyik rasa bengang je. Haha. Kesian anak buah aku, beberapa hari aku saja malas nak layan kadang tu. Doakan lah duit aku tu dapat minggu ni dan tak payah aku susah-susah pergi kedai tuntut. Dah macam ceti pulak nanti.

p/s: tak sabar nak pakai cermin mata hitam.

Saturday, November 19, 2011

imascu? I must see you?

Assalamualaikum

Aku rasa tak senang hati pulak. Aku menjengah imascu - sistem baru yang digunakan untuk para pelajar lepasan SPM, STPM dan matrikulasi untuk menyemak status kelayakan mereka masuk ke universiti di seluruh Malaysia. Buat masa ni, mestilah guna keputusan percubaan.

 Sisitem ni sama ada akan buat orang hilang semangat atau sedih je, atau pun akan membuat orang berusaha lebih. Aku harap sistem ni akan menaikkan semangat lah.

p/s: imascu dah macam lagu See U di IPT pulak.

STPM`

Assalamualaikum

Selamat pagi. Hari ni pagi-pagi lagi aku dah menhidupkan blog aku. Hari ni, bermulalah perjuangan untuk mereka yang menduduki STPM- buat yang terlibat dengan MUET (Malaysia University English Test). Adik aku adalah antara yang terlibat. Aku tak pasti la debaran yang dia rasa tapi dari tadi dia asyik humming lagu korea je. Adik aku ni lah.


Masa percubaan MUET haritu dia dapat band 3 dan dia sangat berharap untuk dapat band 4. Tapi, kalau dia dapat band 5 ke 6 ke lagi la bagus kan? Aku pulak debar sama. Mak baru je hantar dia ke sekolah ni.

Semoga dia dapat menjawab, menuls dan bercakap dengan baik hari ni, dan semoga idea dia mencurah-curah macam Koko Crunch mencurah-curah ke ladang gandum.

STPM- aku tak pernah ambik. Tapi, aku dengar orang kata memang lebih susah daripada matrikulasi. Aku baca adik aku punya nota pun, pening aku. Bahasa Melayu? Apa benda entah. Susur galur Bahasa Melayu semua ada. Cara sebutan setiap huruf, macam mula-mula belajar Bahasa Arab kat sekolah rendah dulu. kat mana makhraj al huruf/ tempat keluar huruf pun kena belajar.


p/s: Aku pulak risau.

Friday, November 18, 2011

Tentang Dhia~

Assalamualaikum

Salam pagi Jumaat. Semoga hari ini indah dan ceria. Ececeh. Maklumlah, semalam baru menang bola Sukan Sea lawan Indonesia. Seronok terlebih ni.

Aku nak cerita bukan tentang bola. Aku nak cerita tentang, "Tentang Dhia". Merujuk pada post oleh hasrulhassan.com. Terus terang aku cakap, aku tengok cerita tu sebab penggambaran dibuat di sekitar Tanjong Karang je. Sebulan lebih diorang berkampung kat sini nak buat penggambaran. Siap tempah makan kat tempat yang sama. Ye, aku teruja la jugak. Bukan apa, masa tu aku masih kerja kat kedai, aku berharap la jugak ada diorang buat penggambaran kat situ sebab aku nak jugak dapat duit poket barang RM50. Hahaha.

Apa pun, masa hari penayangan cerita tu, kecoh la jugak ada ramai orang yang dikenali berlakon. Paling tak tahan adik aku kecoh cikgu dia berlakon jadi bos. Tegas dan tegap pulak katanya. Aduh! Budak-budak ni.

Disebabkan faktor lokasi berlakon tu, aku tertarik la jugak nak tengok cerita tu. Cerita disebalik cerita tu, aku malas nak komen. Cuma ada beberapa perkara yang sedikit mencetus getus rasa aku. Maklumlah, cerita ni kan isu wanita solehah sikit, isu keagamaan sikit. Semoga ambik yang baik-baik ajelah. Mereka cuma pelakon. :)

p/s: Hidayah milik Allah.

Wednesday, November 16, 2011

UPT +ve~

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kakak ipar (yang muda beberapa bulan dari aku ni) hari ni pergi cek kehamilan kat klinik kesihatan.

Dari pukul 7 pagi abang aku bawak kakak ipar aku (sambil hantar adik aku ke sekolah) keluar ke klinik. Pukul 10 lebih tadi baru balik. Aku tanya, dia kata apa pun tak tau. Orang tu tak cakap apa-apa katanya. Aduh, tak pulak dia tanya. Lawak betul la. Bila tengok kat buku ada pun tulis UPT+ve. Nasib la ada tulis.

Dia cuma kata, tadi cek darah, cek urin, lepas tu scan. Scan tak nampak kecik sangat katanya. Memang la. Dia tulis dua bulan sedangkan kakak ipar aku baru nikah 1/10/2011 . Dia kira ikut LMP (last menstrual period) sebelum tu. Maksudnya umur kandungan tu akan lebih tua beberapa minggu dari umur sebenar la kan?

Entah la. Aku tak tau la.

p/s: Ada orang asyik cakap itu ini pasal kerja. Kata mintak tolong orang dalam lah apa lah. Hospital Tanjong Karang kan kerajaan. Aku tak tau dah nak cakap macam mana. Pening kepala aku duk fikir kerja, orang asyik sebut itu ini sedangkan tak faham. Bukan apa, aku ni dah cukup serabut dah. Haish.

Wordless Wednesday~

Assalamualaikum

Very Delicious
Pau dan donut yang buat aku gemuk ni.. Hampir hari-hari aku beli. Sedap dan empuk walaupun dah sejuk. Aku rasa donut dia boleh kalahkan jenama-jenama terkemuka. Pau dia memang sedap kalau tak makan dengan inti pun sangat enak.... Fuh..!

Tuesday, November 15, 2011

Kerja salah, tak kerja salah..~

Assalamualaikum

Dah dua hari duduk rumah, baru hari ni aku nak mencari-cari lagi mana nak hantar resume. Entah kenapa, semakin hari semakin malas. Mungkin dah lama sangat duduk rumah, selesa. Makan pakai semua cukup. Tapi, duit? Semakin habis kot.

Semangat aku pun dah semakin hilang. Aku tak tau la macam mana nak mula kerja nanti. Bila? Kat mana? Segala persoalan semakin bersarang dan bersawang. Betul la orang cakap, penantian tu penyeksaan. Aku tak la terseksa apa pun, cuma dari segi psikologi ni ha la. Makin tak selera nak fikir soal kerja.

Asyik-asyik terfikir macam mana cara lagi nak cari dan buat duit ni. Duduk kat rumah je ni.

Hari-hari jaga anak buah, kejap marah, kejap suka, kejap bosan. Makan minum, tidur. Aku pun rasa aku dah mengembang. Entah-entah dari underweight boleh masuk kategori heavyweight kalau lama-lama macam ni.

p/s: Semakin tak sabar nak bercuti.

Monday, November 14, 2011

Belum buat pregnancy test dah dapat buat buku?

Assalamualaikum

Hari ni kakak ipar aku pergi ke klinik kesihatan kat tempat aku. Niat untuk buat pregnancy test, tapi bila dah kat sana tak payah buat pun. Terus buat buku. Cuma diberi surat untuk buat blood test kat tempat lain. Dia fikir kak ipar dah buat urine pregnancy test sendiri tak payah buat la kot.

 Tapi, bukan ke test kit tu tak boleh beri keputusan yang salah atas beberapa sebab? Memang la disuruh buat kat klinik satu lagi Rabu ni, tapi, buku dah buat dah pun. Bukan la nak fikir negatif, tapi kata lah kalau keputusan negatif. Bukan ke haru..?

Tak tau la. Aku tak belajar jadi jururawat masyarakat dan tak tau sistem. :P

Bos tak nampak, tak pe..

Assalamualaikum

Baru terbaca tentang amanah kat page En. Ben. teringat pulak aku kes-kes kat kedai bila pelanggan mintak kurang harga.

Rami yang mintak kurang beberapa sen. Kadang mintak harga supaya genap. Aku jadi serba salah. Bukan aku nak letak harga mahal, aku cuma pekerja.

Kadang ada yang mintak aku telefon bos untuk mintak kurang harga- kalau barang besar atau beli banyak aku tak kisah nak telefon. Aku telefon je walaupun segan jugak sikit-sikit telefon bos.

Cuma yang aku tak seronok bila ada yang mintak kurang sikit, lepas tu bagi alasan berapa sen je, bos tak tau, bos bukan ada. Suruh aku kurangkan harga jugak. Tolonglah ye, saya cuma pekerja. Saya kena bersikap amanah.

Tiap kali terpaksa menahan rasa malu, bila ada orang mintak kurang macam tu. Aku tak tau nak cakap apa. Kadang nak je aku cakap aku kena amanah. Lebih-lebih lagi aku orang Islam takkan tak faham kot? Tapi macam kasar bunyinya. Akhirnya aku cuma cakap, saya kerja je. Kalau pekerja satu lagi akan cakap bos tengok dari CCTV. Yelah, kalau bos tak tau pun bukan ke ada yang Maha Mengetahui tengah memerhati setiap perbuatan kita walau sebesar zarah?

Hutang 10sen pun entah berat macam mana kat akhirat nanti, kalau aku dengan sengaja bagi harga rendah, berapa tan aku nak kena pikul nanti?

Itu baru soal duit, harta benda yang nampak. Banyak lagi amanah-amanah yang ada pada kita yang kita tak nampak selalu terleka ni.

Dari Abu Hurairah:
“Tanda-tanda munafik itu ada tiga: apabila bicara, dia dusta; apabila berjanji, dia ingkari; dan apabila dipercaya (amanah), dia berkhianat". (Hadist Sohih). Sumber

Ada apa dengan 12/12/12 ?

Assalamualaikum

Tarikh 11/11/11 telah berlalu dengan ramai yang meraikan majlis perkahwinan, kelahiran dan tak mustahil juga yang meratapi kematian orang tersayang.

Tahniah untuk yang meraikan hari bahagia, dan takziah untuk yang berduka.

Tapi, perasan tak? Tahun depan, 12/12/12 merupakan peluang terakhir untuk dapatkan tarikh yang cantik untuk era 2000? Kalau nak dapatkan tarikh catik lagi kena la tunggu tahun 3000 kalau ada.

Tak boleh nak dapat tarikh 13/13/13 sebab mana ada bulan 13 kan?

So, apa lagi? Sila la rebut peluang yang ada ni ye? Hehe. Kalau ada yang nak merancang apa-apa, sila la rancang.

p/s: Merepek meraban lagi.

Sunday, November 13, 2011

Melepak tak keruan.

Assalamualaikum

Hari pertama pengangguran semula. Tahniah untuk aku.

Pagi ni, aku cuma melayan karenah anak buah aku, Is. Sempat aku tidur tadi lepas tidurkan Is. Haha. Ni aku on laptop nak melayan lagu-lagu yang dah lama tak aku dengar, elok pulak dia bangun dah. Biarlah. Tak kacau aku lagi buat masa ni.

Bila aku nak mulakan penghantaran resume lagi ni? Aku malas lagi hari ni. Bilik pun masih kapal karam.

Semalam berlaku sedikit ketidakpuashatian. Seseorang yang telah bergelar pengajar telah menyebabkan aku terasa rendah diri dan sedikit terhina. Bukan nak bagi sokongan. Kalau tak berani dengan jururawat baru, kata pengajaran tak macam dulu, siapa yang mengajar? Salah aku jugak? Lantak kamu la cik puan.

Nanti kamu sakit suruh la kawan-kawan sebaya kamu jaga kamu ye? Mestila kamu akan komen banyak kalau golongan muda ni yang jaga. Semua tak betul nanti. Huh. Ok, aku naik angin.

Astaghfirullah.

Yela, aku tengah kalut nak cari kerja boleh pulak ada orang yang merendahkan semangat.

Terus doakan aku, ye.

Menganggur Semula..

Assalamualaikum.

Ye, aku telah meletak jawatan secara rasmi hari ni. Aku bukan lagi pekerja Sunrise Cash & Carry. Aku kembali menganggur.

Kali ni aku nak tumpukan perhatian pada pencarian kerja. Ipoh? Tidak. Aku takkan ke sana. 3bulan tempoh latihan yang ditawarkan langsung tak diberi sebarang bayaran, aku dah tanya orang-orang yang lebih arif, ia adalah tak wajar. Dalam Akta Buruh pun, tak ada kerja yang tak punya bayaran.

Aku tak memilih, tapi ini kewajaran. Aku tak nak tergesa-gesa nak kerja punya pasal akhirnya menganiaya diri sendiri.

Aku akan terus mencari dan menanti. :)

Saturday, November 5, 2011

Dalam kereta pun boleh meragut..

Assalamualaikum.

Ni la alkisah peragut zaman sekarang. Kalau dulu peragut je disinonimkan dengan motosikal, sekarang naik kerata pun boleh meragut.

Kejadian ni baru je berlaku beberapa hari lepas di depan Billion Tanjong Karang. Seorang wanita berjalan kaki diragut oleh seorang wanita yang menaiki kerata- dipandu oleh seorang lelaki.

Dah tak boleh nak takut dengan penunggang motosikal je. Orang naik kereta pun bahaya jugak. Senang kata semua orang dah semakin menakutkan.

Semakin lama, semua orang makin berhati-hati, kepercayaan pun akan mula terkikis.

p/s; makin la aku berkira-kira nak berhijrah sendiri..

Salam Aidiladha~

Assalamualaikum..

Di kala malam yang sejuk diiringi hujan rintik-rintik ni, sambil menonton kompilasi Chucky, aku nak mengucapkan salam Aidiladha untuk semua.

Aku tak rasa raya langsung sebenarnya. Maklumlah, kerja sehari suntuk. Tadi stok sampai, pekerja tinggal dua sebab sorang tiba-tiba pitam. Esok masuk kerja pukul 9.30am. Huhuk.

Tak apa lah. Ini latihan untuk masa akan datang.

Apakah pengorbanan yang aku dah lakukan? Apakah aku dah cukup menghayati Aidiladha ni? Aku tak pasti.

p/s: Masih berkira-kira tentang Ipoh. Cuba hubungi pihak sumber manusia sana tapi belum berjawab.

Thursday, November 3, 2011

Please pray for her ~

Assalamualaikum

Selamat malam. Semoga semua dalam keadaan sihat-sihat sahaja hendaknya.

Aku cuma ingin memohon kesempatan untuk meminta masa anda sedetik untuk mendoakan salah seorang ahli keluarga saya (anak sepupu) yang menghidap penyakit Leukemia -kanser darah- dan sedang menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur.

Doakan supaya Kamelia tabah dan berjaya mengharungi rawatan dan penyakitnya. Semoga yang terbaik untuk dia. Doa anda amat dihargai.

Kamelia baru berusia 2 tahun lebih. Baru-baru ni doktor mencadangkan untuk mengambil tulang sum sum kakaknya sebagai salah satu alternatif rawatan. Sebarang keputusan belum dibuat.

p/s: Hari tu tengok Kamelia pucat lesi, biru dalam buaian.

Tak tahu mana arah~

Assalamualaikum

Hari ni baru aku terbaca entry kawan aku. Akhirnya, dia mintak jugak Glen tu. Tak apa lah, semoga dipermudah rezekinya. Aku pun masih bingung tentang Ipoh.

Aku perlu cepat telefon dan tanya setepat-tepatnya tentang tempoh 3bulan latihan dengan hospital tu. Panjang aku kena fikir ni.

Entahlah. Doakan aku ditunjukkan jalan terbaik buat aku. Sementara tu aku memang nak menghantar lagi seberapa bundle resume yang boleh.

Ke mana?

Tuesday, November 1, 2011

Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran~

Assalamualaikum..

Sekali lagi aku tinggalkan blog aku sampai bersawang. Sejak dua menjak ni aku merasa kepenatan kerja di kedai. Malah aku telah membuat keputusan untuk berhenti pada 12/11/2011. Aku tak perasan ada tarikh 11/11/11, kalau aku perasan aku mesti nak berhenti tarikh lawa tu.

Melalut je. Hari ni aku cuti. Bukan cuti bersenang lenang. Aku ke Perak tadi. Ye, Ipoh, Perak atau lebih spesifik lagi Hospital Fatimah. Ada ujian kemasukan untuk menjadi trainee staff kat sana.

Alhamdulillah, aku boleh masuk bila-bila aku nak. Cuma telefon untuk mengesahkan persetujuan aku dan bila aku nak mula. Cuma..

Bukanlah aku nak memilih. Antara perkara yang berada dalam pertimbangan aku ialah:

1. Ipoh- jauh dari Selangor dan aku tak ada kenalan kat sana.
2. Rumah sewa- mana aku nak duduk?
3. Gaji- basic RM1500 + elaun 100++ kalau tak silap. Total dalam 1700++ (tapi ni aku tak berapa kisah sangat)
4. Paling aku kisah- kalau aku setuju, aku kena buat medical check up yang memerlukan modal RM100++. Lepas aku dah sah jawatan, baru aku boleh claim, atau aku berhenti sekerat jalan aku boleh tulis surat untuk claim. Selain itu, maximum tempoh latihan adalah 3bulan, dan dalam tempoh latihan aku TAKKAN BERGAJI (aku terlupa tanya, adakah tak dapat langsung atau akan dibayar setelah sah jawatan- mungkin akan telefon semula kemudian untuk pastikan). Aku nak makan apa? Sewa nak bayar pakai apa? Kawan aku kat KPJ dulu kata tak bergaji gak, tapi ada elaun RM600. Hmm.. Sila call kot..

Aku boleh telefon bila-bila aku nak masuk ke sana. Maknanya, aku ada tempoh lama untuk berfikir. Aku masih lagi nak berusaha dapatkan kerja di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan tak perlu aku tunggu melangut tak masuk gaji (makin kering la aku). Cumanya, aku khuatir terlalu memilih akan buat yang dikejar tak dapat, dikendong keciciran.

....... Nak rehatkan kepala otak dulu. Tak sabar nak berhenti dan bercuti dengan keluarga aku hujung bulan ni. :)