Assalamualaikum warahmatullah..
IDD rate promotion in our beloved country of Malaysia:
(Semua gambar ihsan Google)
Aku tersedar sesuatu bila melihat iklan-iklan di atas. Kamu semua macam mana?
p/s: Malam tadi mimpi tentang Indah.
Pengikut
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Kalau macam ni, sampai bila pun kita tak makan nasihat~
Assalamualaikum warahmatullah..
Haritu aku ada menonton sebuah video bertajuk "Sila jaga tepi kain saya". Video Youtube yang di upload ke FB.
Ia buat aku berfikir. Aku pernah menerima nasihat dari orang yang aku rasa, eleh, pandai la cakap. Bajet dia baik sangat lah. Erk. Ye, dalam hati aku ada fikir macam tu. x_X
Tiba-tiba aku terfikir, kalau aku asyik fikir hal negatif dan keburukan orang, sampai bila aku nak terima nasihat dan makan nasihat tu dan hadamkannya. Asyik-asyik aku makan dan luah balik.
Ada jugak di kalangan kita yang tak suka ustaz ni lah, sebab dia main gitar, tak suka ustaz ni lah, sebab dia berlagak macam model la bagai. Aku tak suka ustazah ni sebab dia demand mintak bayaran tinggi. Aku kecik hati dengan orang ni, sebab dia cakap aku macam ni, sama je macam bla bla bla..
tapi kan, kalau kita asyik fikir macam tu, sampai bila kita nak terima nasihat orang?
Contoh la kan, contoh je:
Akak pelacur (tak payah fikir jumpa kat mana):
Adik, adik jangan tinggal solat tau. Solat tu tiang agama.
Adik:
Eleh, pandai la kau cakap. Kau pandang diri kau tu sikit.
So? Adakah kita akan merosakkan diri macam akak tersebut? Kita terima nasihat baik yang dia bagi, tapi, kita jangan lah sibuk nak tiru macam dia.
Lagipun, ada ke manusia yang sempurna. Kalau pun orang yang bagi kita nasihat tu perangai entah apa, selagi nasihat tu ke arah kebaikan (tau fikir kan?) terima je lah.
Sebagai balasan, kita boleh nasihat kat orang tu balik,
Wahai si polan bin si polan, aku terima nikahnya nasihat kau, tapi, aku rasa kau pun patut buat begini dan begitu.
Walah! Kan bagus kalau sama-sama saling nasihat-menasihati. Kan? Kan?
Insaf lah cp, ok? You are far from good. Banyak lagi kena ubah nak jadi orang yang baik nih. Ganbatte!
Khas buat kaki online :) Muslim (termasuk Aku) ~
Assalamualaikum warahmatullah..
Hari-hari saya suka online..
Suka online? Blogging sepanjang hari? Suka baca blog saya? Ehem..
Online, online jugak..
Marilah..
Solat tiang agama. Blog ramai pengunjung, komen beribu, duit berjuta pun..kalau tak berkat tak guna..kan? Ingat tu cp? Uhuk.
Selamat beramal..
p/s: idea banyak, tapi nak online tengah hari, laptop dah boleh buat goreng telur suhunya. Bhaha..

(Entry merepek) Somewhere I belong~
Assalamualaikum warahmatullah
Rantai masa lalu yang merantai masih mengikat, walau tambatnya telah lama patah.
Walau rantai itu lepas aku bebas, tapi, aku tahu, kesannya akan terus parah.
Keyakinan aku, di mana kamu?
Aku sendiri tak tahu apa yang di fikiran.
Menipu diri. Saban hari.
Denial.
Selfish.
Weirdo.

Monday, February 27, 2012
Pernah tak korang macam ni? Habit atau...?
Assalamualaikum warahmatullah..
Aku nak tanya, korang pernah tak alami dan melakukan perkara ini?
Korang beli makanan,
Korang beli tak la banyak-banyak ikut nafsu pun. Sikit je. Kalau tempat yang selalu nasik penuh tak hengat, korang mintak separuh. Kemudian, korang makan. Bila makanan dah jadi takat ni,
Tiba-tiba korang dah kenyang. Makanan tu tak semestinya nasik pun. Macam, bila dah sikit sangat, sekali dua suap je lagi nak habis dah rasa tak larat nak makan. Memang rasa tak larat nak makanlah.
Bila fikir membazir, telan je lah jugak. Tapi, kan tak elok makan terlebih kenyang. Ke nak kena fikir camne?
Pernah alami? Macam mana nak atasi?
p/s: Banyaknya nyamuk hujan-hujan ni. Teringat kisah nyamuk dengan raja namrud.

Tiba- tiba nak bagi freebies~
Assalamualaikum warahmatullah
Malam semua? Tengah buat apa tu? Mestilah tengah baca blog ni, kalau tak, korang takkan tengah baca sekarang. Erk. Merepek. Bajet nak jadi gadis ceria. Awkward..
Ok lah. Kembali ke niat asal. Aku nak bagi freebies. Aku tengok ramai orang kasi freebies doodle, aku pun nak kasi jugak. Maklumlah, aku ni kerja ikut je apa orang buat. Haha. Ada untuk lelaki, dan ada untuk perempuan. Siapa-siapa nak ambik je lah. Tak payah beritahu. Aku isytiharkan doodle kat bawah sebagai hak awam. Okay?
Blogger Boy~
Blogger girl~
Okay tak? Aku saja buat dia color putih tau. Korang boleh colorkan ikut rasa hati edit ikut suka. Tulisan blogger tu contoh je. Padam dan tukarkan apa-apa saja yang korang nak.
Dah, tak nak bebel panjang. Enjoy. Eh, aku buat latar belakang transparent, kalau dah edit, save as png format ye?
p/s: Hari ini penat blogwalking je. Hehe.

Sunday, February 26, 2012
Cik ke Puan?
Assalamualaikum warahmatullah
Masa aku dalam bas nak balik kampung selepas interview haritu, aku mendengar radio yang dipasang pemandu bas. Radio berbahasa Cina- kantonis.
Isu yang dibincangkan adalah tentang panggilan Miss dan Mrs untuk wanita sedangkan lelaki tetap dipanggil Mr tanpa mengira status perkahwinan. DJ wanita radio tersebut cuba membangkitkan isu ketidakadilan dan diskriminasi terhadap panggilan tersebut.
Kenapa perlu ada perbezaan? Lebih-lebih lagi kaum Cina, perempuan yang telah berkahwin dipanggil mengikut nama keluarga suami.
Beberapa pemanggil memberi pendapat.
Pendapat 1: (lelaki)
Kat Malaysia ni memang banyak sangat panggilan. Bukan setakat Miss, Mrs, Mr malah juga Tan Sri, Dato', dan sebagainya. Memang orang Malaysia suka dengan pangkat dan panggilan macam ni. Tak macam kat negara luar, tetap Mr, Mrs, Miss (keluar dari topik tapi ada isi).
Pendapat 2: (lelaki)
Memang susah nak panggil. Kenapa nak kena ada beza untuk wanita? Kalau salah panggil marah pulak. Contoh:
A: Boleh saya tau nama cik?
B: Puan.
A: Oh, puan.
C: Boleh saya tau nama puan?
D: Cik.
C: Maaf, cik.
Pendapat 3: (wanita)
Tak kisahlah ada beza. Lagipun pelik kalau dah kahwin tapi masih panggil cik.
Pendapat 4: (wanita)
Biasa je. Tak ada apa-apa rasa tak puas hati. Kalau dah kahwin panggil saja lah puan. Kadang-kadang kita rasa lebih seronok kerana dah bergelar puan.
Kemudian, DJ lelaki tambah lagi, mak dia sendiri minta kawan-kawan panggil dia Miss dan guna nama keluarga sendiri, tak gunakan nama keluarga suami.
Mungkin sebab panggilan ini dah jadi perkara biasa, maka, apabila gelaran seperti ini digunakan, kita rasa biasa je. Dari dulu memang orang guna macam tu, mestilah tak rasa pelik dah kan?
Apa pula pendapat korang? Ada rasa diskriminasi ke (perempuan)? Menyusahkan ke?
p/s:
1. Esok Isnin. Adakah aku akan mendapat panggilan buat medical check up? Atau adakah akan ada lagi panggilan interview? Berdebar.
2. Aku asyik terbayang dan teringat suara Indah. Masih rindu pada arwah. Al Fatihah.

Kiz Garden~
Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, seperti yang aku rancang aku berjaya menyiapkan satu lagi doodle untuk pengunjung blog aku. Macam mana terpilih? Rahsia.
Kali ini aku menghadapi kesukaran sebab aku tak reti sangat tentang fesyen. Maka, ini adalah hasilnya.

Disebabkan mereka berdua ni bergaya orangnya, aku tiru dan cedok idea daripada header. Aku tak pandai nak reka fesyen yang sesuai.
Harap diorang suka la. Suka la ye? Heheh.
p/s: Who's next? Rahsia. Hehe. Klik-klik la churp-churp yang ada. Terima kasih.
Saturday, February 25, 2012
[Nukilan] Aku bukan Cinderella! ( I )
Assalamualaikum warahmatullah
Aku bukan Cinderella
Dia merenung ke luar jendela. Sawah yang terbentang luas benar-benar buat dia rasa kecil. Semakin kecil. Ya Allah, ini baru sebahagian kecil dari nikmat dan kurniaMu, bisik hatinya. Pak Ali sudah lama keluar ke sawah. Mak Yah ikut sekali hari ini. Nampaknya, tugas memasak berpindah kepada dia.
Haitnya meronta-ronta ingin lari dari kampung ini. Dia juga ingin ke bandar, ke kota besar dan mencari kepuasan hidup. Seringkali dia lihat di kaca televisyen, anak-anak kampung keluar ke bandar dan berjaya. Dia mahu seperti mereka, mengejar impian dan cita-cita. Dia sudah muak duduk di kampung. Dunianya terasa makin sempit sejak dia menamatkan persekolahan. Kalau dia dapat keputusan cemerlang dalam SPM, dia mahu keluar dan menyambung pelajaran ke bandar. Itu tekadnya. Saban malam dia berdoa, agar keputusan SPM yang keluar nanti menjawab segala permintaan dan impiannya. Impiannya sejak 10 tahun lalu.
“Indah, apa kau buat menung kat tingkap tu?” Tanya Chantek, adiknya. Penyapu di tangan di angkat, memberitahu Chantek dia sedang menyapu. Chantek menggelengkan kepala. Ada saja kakaknya menungkan. Penat membasuh baju, peluh kelihatan menitik di wajahnya yang putih. Indah menyambung menyapu rumah papan yang menjadi tempat dia dan adiknya berteduh. Tempat mereka menumpang kasih.
Sejak mama dan babah hilang, Indah dan Chantek tinggal dengan atok dan neneknya. Mereka punya seorang abang. Tetapi, abangnya sudah lama bekerja dan meninggalkan kampung. Jarang sekali dia balik. Hanya tiap bulan, duit akan masuk ke akaun Indah dan Chantek. Namun, Indah bersyukur, sekurang-kurangnya abangnya masih ingat akan mereka dan tanggungjawabnya. Indah malu bergantung sepenuhnya dengan Pak Ali dan Mak Yah. Mereka sudah tua untuk diberi tanggungjawab menjaga cucu.
“Wei, dah la menung tu. Bila nak siap kemas rumah ni? Tak payah nak berangan jadi Cinderella la cik Indah sayang. Tak ada putera raja nak datang kat rumah kita ni ambik kau buat bini,” ejek Chantek.
“Sibuk la,” balas Indah sambil mencebikkan bibirnya. Mujur Chantek ada bersama dia. Kalau tidak, dia boleh jadi gila.
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Indah dan Chantek sibuk menyiapkan hidangan makan tengah hari. Sekejap lagi, atok dan neneknya akan balik dari sawah. Kalau makanan belum siap terhidang, alamatnya mereka akan mendapat ceramah percuma dari nenek dan atok akan cuma ketawa.
Hidangan hari ini, ikan tilapia masak tau chu. Chantek pulak beria-ia mengidamkan masak lemak nangka. Dia yang beria, dia lah masak. Indah sudahkan masakan dengan menabur sedikit serbuk perasa. Sesetengah orang tidak gunakan serbuk perasa kerana tidak baik untuk kesihatan, tapi, Mak Yah tak sedap makan kalau tak ada serbuk perasa. Pak Ali? Dia makan saja tanpa banyak cerita. Indah pun letak sekadar untuk syarat. Dia tak mahu atok dan neneknya sakit pula.
Pak Ali berjalan diiringi Mak Yah. Sesekali mereka mengelap keringat. Wajah mereka saban hari semakin dimamah usia. Dalam usia begini, mungkin orang lain akan duduk bersenang lenang di rumah. Tapi, tidak begitu untuk mereka. Mereka bekerja bukan untuk wang semata-mata, tetapi untuk menjaga kesihatan. Kalau diikutkan sawah mereka diuruskan oleh anak meraka, Idris dan Ismail.
“Assalamualaikum,” jerit Pak Ali.
“Waalaikumsalam. Atok ni, jerit macam la rumah ni besar sangat,” ujar Chantek sekadar menyakat.
“Yela, rumah atok ni buruk, kecik. Tak macam rumah mama dengan babah kamu.”
Chantek menarik tangan Pak Ali. Mak Yah cuma menggeleng. Chantek membawa atok kesayangannya duduk di meja makan, menghulur air basuhan tangan. Nasi sudah sedia terhidang. Mak Yah ikut duduk.
“Kotor-kotor macam ni kau suruh atok dengan nenek terus makan?” Tanya Indah. “Atok dengan nenek ni ikut la sangat kepala si budak perasan cantik ni. Kot ye pun, tukar la baju dulu ke, basuh tangan kat sinki guna sabun.”
“Wei, Indah. Atok dengan nenek dah lapar la. Kau tak habis-habis dengan jaga kebersihan kau yang terlebih teliti tu,” balas Chantek tak mahu kalah.
“Dah, dah. Nenek pergi tukar baju. Nenek pun dah berpeluh-peluh macam ni. Kenapa la korang hidangkan makanan cepat sangat. Kot ye pun bagi la atok dengan nenek mandi dulu, bersihkan badan. Bagi minum air dulu ke,” ujar Mak Yah pula.
Pak Ali bangun dan menunjukkan gaya tangan yang membuatkan Indah dan Chantek ketawa terbahak-bahak. Keletah Pak Ali cukup menghiburkan dua beradik yang hatinya penuh lara.
* * *
“Nenek, Chantek rasa la kan,” Chantek memulakan bicara. “Indah tu dah angau la. Hari-hari dia berangan, menung kat tepi tingkap. Tengoklah lukisan-lukisan dia tu, semua lukisan puteri raja ada kepak. Konon-konon puteri raja dari kayangan la tu. Berangan nak jadi Cinderella.”
“Chantek!” Jerit indah dari bilik.
Kedengaran ketawa berderai lagi. Tak habis-habis si Chantek menyakat kakaknya. Indah meneruskan tulisannya.
Aku impikan sayap
Sayap yang mampu membawa aku terbang
Aku mahu terbang ke negeri kayangan
Aku mahu hinggap di taman larangan
Aku.. (terhenti)
Dia meletakkan penselnya dan meletakkan kepala atas meja. Air matanya tiba-tiba mengalir. Kenangan mama dan babah menggamit segenap ruang hatinya. Ke mana mama dengan babah pergi? Walaupun masa itu dia cuma berumur lapan tahun, dia masih ingat dengan jelas peristiwa yang berlaku.
bersambung....
p/s: Masih mencari kekuatan. Mohon rezeki penuh keberkatan.
Inilah hidup~
Assalamualaikum warahmatullah
Aku ingin kongsikan dua cerita.
Cerita 1:
Adik aku telefon tadi. Katanya dia keseorangan. Kawan-kawan semua keluar. Dia takut dan tak berani ke mana-mana. Duduk dalam bilik dan telefon pun cakap perlahan je.
Dia kata, semalam makan sandwich je. Sardin pun dah habis. Hari ni, entah makan apa.
Aku cakap dengan mak, suruh dia belajar keluar. Kenal tempat, belajar naik train. Katanya, semalam dah keluar. Duit mungkin dah sikit. Zakat belum lagi berikan elaun yang dijanjikan. Mungkin masih dalam proses sebab kumpulan pelajar tajaan zakat bakal masuk.
Inilah dugaan nak belajar. Walaupun aku tak lah alami perkara yang sama, aku turut pernah alami kesusahan masa belajar. Aku pernah seminggu makan maggi dan berseorangan dalam bilik. Bilik air kat luar, takut tak payah cerita lah.
Sekurang-kurangnya adik aku, bilik air dalam bilik jugak. Sabar je lah. Aku kesian sebenarnya, tapi, aku belum mampu nak tolong. Kalau aku dah kerja dekat-dekat sana nanti, hari minggu kau turun la rumah kakak, ye? Kau duduk lah puas-puas.
Cerita 2:
Mak aku cerita tentang anak jiran. Sebaya adik aku kat atas. Dia memang budak pandai, dan cita-citanya nak jadi juruterbang. Walaupun dah masuk matrik sekejap, tapi dia keluar sebab dia memang sangat-sangat nak jadi pilot.
Dia dah belajar sekejap, tapi, terpaksa keluar sebab tak ada tajaan. Dapat separuh mak aku kata. Mungkin dah tak mampu nak tanggung, maka, dia terpaksa berhenti suku jalan.
Namun, dia tak berputus asa. Sekarang ni, dia bekerja dengan Score A, nak cari duit untuk dia belajar nanti. Dia memang sangat rajin. Bila balik kampung dia akan tolong mak ayah menyawit, kerja kebun. Aku tahu, dia anak yang baik dan bercita-cita tinggi.
Dengarnya, dia masih nak cuba cari lagi biasiswa. Aku doakan dia dapat mencapai cita-citanya.
Aku beruntung dapat biasiswa. Alhamdulillah.
Bukan senang nak senang, dan ada ketika dalam hidup kita kena belajar menerima perubahan dan berubah demi menyesuaikan diri dengan keadaan. Semoga dengan kesusahan yang dialami sekarang, kita akan senang kemudian.
Tapi, jangan lupa. Jangan mudah kita nak cari rezeki kat dunia hingga mengundang bala di akhirat nanti.
p/s: Aku masih berkira-kira dan mempertimbang. Aku masih mengharap supaya mendapat rezeki yang diredhai. Klik la churp-churp kalau sudi. Terima kasih.

A confirmation that took part of my soul~
Assalamualaikum warahmatullah
Baru berjaya buka akaun FB dan aku menerima mesej balas dari kenalan rapat sahabat tadi,
"ye, Indah dah takde. takkan nak main-main pasal kematian?"
Maybe he's mad with my question and that I didn't believe the news. How can I believe? I just couldn't imagine her.....passed away?
My head is throbbing in pain now. The tears feel like falling and my heart ripped apart. I know as a believer I should accept this, but this is no simple matter. She was a very special friend. She still is.
We never met each other, but we linked somehow.
I guess Allah loves her more. Allah took away all her pain and let her rest with her momma.
Ya Allah,
sungguh Kau telah membawa dia kembali ke sisiMu,
lenakan dia dalam pembaringan
amankan dia dalam jagaanMu
letakkan dia bersama para solihin
seindah namanya..
Amiin...
p/s: ye, aku emosional. She's one in a million, okay?

Pening kepala aku~
Assalamualaikum warahmatullah
Sejak dapat perkhabaran pagi tadi, kepala aku pening. Banyak yang aku ingat dan fikirkan. Entah kenapa, aku masih mahu kepastian.
p/s: Ya Allah..tunjukkan aku sesuatu..

Innalillahi wa innailahi roji'un. Seseorang, sila khabarkan pada aku~
Assalamualaikum warahmatullah
Pagi ni aku dikejutkan dengan berita seorang kawan lama telah meninggal dunia.
Aku perlukan maklumat dari ahli keluarga.
Aku bukan cuba menafi, tapi ini terlalu tiba-tiba. Kami masih belum bertegur setelah bergaduh lama.
Ya Allah, sekiranya berita ini benar Kau tempatkanlah dia dikalangan orang beriman, dan aku maafkan segala kecil hati aku pada dia. Aku juga mohon semoga dia telah memaafkan aku.
Amiin.
p/s: Masih mencari-cari cara hubungi keluarga dia.
Updated: Status seorang yang rapat dengan dia-
"Al Fatihah buat Indah yang telah kembali menghadap Illahi." (modified status)
Ya Allah..
Dear,
walaupun kita masing-masing ego, tapi saya selalu ingat kamu. Saya akan rindukan suara kamu yang comel bila kamu telefon saya. Ingat suara kamu bila kamu ketawa. Ingat masa-masa kita habiskan bersama dalam YM.
Saya takkan lupa, kamu kata, kamu suka YM dengan saya sebab kamu sentiasa ketawa sorang-sorang bila YM dengan saya.
Banyak. Banyak sangat cerita kita dan kesedihan kamu yang saya tau. Tentang kesihatan kamu, tentang keluarga kamu, tentang arwah mama kamu.
Emosi saya yang memuncak masa tu membuat kita jadi dingin. Kita musnahkan semua saat gembira tu sekelip mata. Saya terlalu merasa rendah bila berkawan dengan kamu. Dan kamu sangat kecewa.
Dan sekarang Allah telah menjemput kamu.
Biarlah ini jadi pengajaran buat saya untuk lebih menghargai mereka yang saya ada.
Saya selalu ingat kamu, Indah (tak sangka pemilihan nama Indah dalam cerpen saya adalah di saat kamu pergi).
Saya sayang kamu. Harap kamu tau.
Semoga Allah letakkan kamu di kalangan orang-orang yang beriman.
Amiin.
You'll always be in my heart and my prayer, dear~

Lebih kurang macam ni la gaya dia dalam gambar ucapan hari raya tahun lepas~ |
You'll always be in my heart and my prayer, dear~
Friday, February 24, 2012
[Nukilan] Aku Bukan Cinderella (Opening)~
Assalamualaikum warahmatullah..
* * *
Aku bukan Cinderella
Dia merenung ke luar jendela. Sawah yang terbentang luas benar-benar buat dia rasa kecil. Semakin kecil. Ya Allah, ini baru sebahagian kecil dari nikmat dan kurniaMu, bisik hatinya. Pak Ali sudah lama keluar ke sawah. Mak Yah ikut sekali hari ini. Nampaknya, tugas memasak berpindah kepada dia.
Haitnya meronta-ronta ingin lari dari kampung ini. Dia juga ingin ke bandar, ke kota besar dan mencari kepuasan hidup. Seringkali dia lihat di kaca televisyen, anak-anak kampung keluar ke bandar dan berjaya. Dia mahu seperti mereka, mengejar impian dan cita-cita. Dia sudah muak duduk di kampung. Dunianya terasa makin sempit sejak dia menamatkan persekolahan. Kalau dia dapat keputusan cemerlang dalam SPM, dia mahu keluar dan menyambung pelajaran ke bandar. Itu tekadnya. Saban malam dia berdoa, agar keputusan SPM yang keluar nanti menjawab segala impiannya sejak 10 tahun lalu.
“Indah, apa kau buat menung kat tingkap tu?” Tanya Chantek, adiknya. Penyapu di tangan diangkat, memberitahu Chantek dia sedang menyapu. Chantek menggelengkan kepala. Ada saja kakaknya menungkan. Penat membasuh baju, peluh kelihatan menitik di wajahnya yang putih. Indah menyambung menyapu rumah papan yang menjadi tempat dia dan adiknya berteduh. Tempat mereka menumpang kasih.
Sejak mama dan babah hilang, Indah dan Chantek tinggal dengan atok dan neneknya. Mereka punya seorang abang. Tetapi, abangnya sudah lama bekerja dan meninggalkan kampung. Jarang sekali dia balik. Hanya tiap bulan, duit akan masuk ke akaun Indah dan Chantek. Namun, Indah bersyukur, sekurang-kurangnya abangnya masih ingat akan mereka dan tanggungjawabnya. Indah malu bergantung sepenuhnya dengan Pak Ali dan Mak Yah. Mereka sudah tua untuk diberi tanggungjawab menjaga cucu.
“Wei, dah la menung tu. Bila nak siap kemas rumah ni? Tak payah nak berangan jadi Cinderella la cik Indah sayang. Tak ada putera raja nak datang kat rumah kita ni ambik kau buat bini,” ejek Chantek.
“Sibuk la,” balas Indah sambil mencebikkan bibirnya. Mujur Chantek ada bersama dia. Kalau tidak, dia boleh jadi gila.
Siapa Indah? Berjayakah Indah mencapai cita-citanya untuk keluar dari kampung? Bagaimana pula dengan adiknya?
Adakah ini sebuah kisah cinta? Atau sekadar kisah cabaran biasa seorang remaja?
Nantikan karya saya yang seterusnya... Hehehe..
Bajet iklan mahal. Aku baru selesai buat draf cerita ni. Dah tamat dah pun, tengah nak mengarang. Kalau sudi, tunggula karya ni keluar ye? InsyaAllah akan siapkan sebaik yang mungkin.
p/s: I don't wanna be like Cinderella. I rather rescue myself.
Opps. Ada beberapa dah cerita tajuk sama. Tapi, tak nak tukar. Takpe kan. Lepas dah buat baru tau ada tajuk ni banyak dah. Ala.. Dan jangan lupa klik churp-churp. Terima kasih.
Aku tak prihatin?
Assalamualaikum warahmatullah.
Tadi, masa kat Pudu, aku ternampak seorang lelaki mencari-cari tiket ke Kuala Selangor. Satu jalan dengan aku. Bas yang sama.
Aku takkan lupa rupa dia, sebab dia tak macam orang Malaysia, muka style asia bahagian utara, Thailand, Myanmar, Cina, Korea, Jepun. Tak pasti mana. Dia juga tak tau cakap Bahasa Melayu.
Masa dalam bas, aku cam rambut dia yang serabai. Macam biasa aku tidur sampai lah bas dekat dengan Kuala Selangor. Aku tengok lelaki tu di depan tersengguk-sengguk hampir tergolek, tidur.
Terdetik dalam hati aku, nak beritahu dah nak sampai Kuala Selangor ni. Tapi, aku segan nak bangun tolong lelaki tu semata-mata. Kejap lagi aku nak turun jugak.
Aku perhatikan sampailah bas melepasi jambatan Kuala Selangor tu. Ah, nampaknya dia dah terlajak. Aku terus diamkan je. Aku fikir, nanti kalau aku turun kat Tanjong Karang aku nak beritahu driver bas tu, ada seorang penumpang nak turun Kuala Selangor, kalau tak silap.
Bila dah sampai tempat aku nak turun, ada seorang gadis Cina dah ke depan dulu beritahu yang dia nak turun. Aku pun tergesa-gesa ke depan. Aku nak turun jugak. Mujur tempat yang sama. Aku pun cepat-cepat aje turun bila pintu bas terbukak.
Berjalan dan berjalan, " Ah! Lelaki tadi!" Aku terlupa. Aku perhati jugak ke belakang, turun tak lelaki tu. Tak nampak. Bas tu pun aku tak pasti gerak ke tidak, macam tak.
Adakah aku tak prihatin? Aku tau tapi aku tak tolong pun. Serba salah. Tak kisahlah dia siapa, aku sedar dia nak turun Kuala Selangor, aku tak salah dengar rasanya. Apalah jadi dengan mamat tu.
Siapa sebenarnya mereka?
Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah. Sampai dah kat rumah - kampung.
Pagi tadi, pagi-pagi lagi dah bertolak keluar ambik train dan menuju ke Puduraya. Bila aku sampai kat sana, kaunter tiket yang bas yang aku nak naik belum bukak. Terdetik jugak kat hati aku, bukak ke tak kaunter ni? Nak tanya segan.
Masa aku mula-mula masuk, ada seorang pekerja wanita tanya aku nak ke mana? Aku cakap apa aku pun tak pasti. Nak tak nak je dengar suara aku. Yang pasti aku menolak dari bercakap dengan dia. Entah kenapa, aku masih teringat suasan Pudu yang lama.
Kemudian, aku asyik perhatikan mereka yang kerja kat situ. Bila ada orang masuk je mereka tanya, "nak ke mana?" Ada orang yang buat tak tahu, ada yang jawab dengan baik, dan ada juga yang menerima huluran tangan mereka (bantuan).
Aku mula sedar, oh, mereka bukan macam mereka-mereka yang ramai kat Pudu yang dulu. Bukan mereka-mereka yang perlu aku takuti. Mereka membantu sedayanya jika kita menjawab dengan elok.
Ada seorang makcik menegur aku dan bercerita bahawa ada seorang pelancong mencari tiket ke Melaka. Pemandu teksi yang bawak dia ke Pudu nampaknya terlupa bahawa bas ke arah Selatan sudah lama berpindah ke TBS-BTS.
InsyaAllah, lepas ni, walaupun aku tau dah kat mana kauter tiket bas yang satu tu, aku akan cuba menjawab dengan elok. Tak ada apa yang perlu aku takuti lagi. Hehe. Penakut tak bertempat dah ni.
Oh, ye. Ingat ye, bas ke arah selatan berada di TBS-BTS.
p/s: Sebenarnya, teringin aku nak interview mereka yang kerja kat Pudu tu. Mesti banyak cerita kan?
Thursday, February 23, 2012
Spontaneous Thursday~
Assalamualaikum warahmatullah
Not sister in blood, but always sister in heart~
p/s: Mungkin dia tak pernah baca.

Aku tak sangka ia sebegini susah.
Assalamualaikum warahmatullah.
Aku tak sangka, duduk di negara yang katanya negara Islam pun begini susah. Ke mana perginya hak orang Islam?
Duduk bersembang dengan kawan aku, dia kata dia menangis. Sebelum masuk kerja berkali dia tanya, betul ke boleh pakai armsock? Baru masuk tiga hari, tiga hari je, dia dah kena panggil dan ditegur.
Hari ke lima dia masih pakai, sekali lagi dipanggil. Sebab tu lah dia cepat2 hantar resume ke tempat lain. Hospital yang lebih Islam? Lucu. Islam sekarang sudah jadi anak tiri.
Infection control? Adalah mustahil Allah mencipta hukum yang menyusahkan manusia kan?
Sungguh aku tak sangka, begini susah nak mengamalkan Islam kat negara ni.
Memang ada banyak lagi hospital yang boleh pakai pakaian menutup aurat. Banyak sangat. Tapi, kebanyakannya kerajaan la yang entah bila nak ambik kami kerja.
Ada. tapi dengarnya bulan 6 baru bukak jawatan, malah entah nak ambik kami fresh graduate sebab mereka ada pelajar mereka sendiri.
Semua tu bukan persoalannya. Tapi kenapa masih ada yang tak boleh menerima hak orang Islam?
Baru sekarang aku rasakan. Pengorbanan dan perjuangan muslim memang penuh ranjau dan dugaan. Aku harap aku mampu tanganinya dan tak kalah dek dunia semata-mata.
See this.
See this.
Ada Beza Ke?
Assalamualaikum warahmatullah..
Aku tak mau kerja kat sana sebab tak boleh pakai tudung.
Aku dah lepaskan banyak peluang untuk menerima gaji.
Aku ingin kerja di sini yang boleh pakai tudung tapi lengan sama je pendek dengan kat sana.
Ada beza ke?
Aurat tetap aurat, kan?
Terima dulu dan cari lain?
Terasa macam cakap, buat jela dosa dulu. Taubat kemudian. Uhuk. Dilema.
What should I do?

Mungkin ini yang terbaik?
Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah. Tamat dah sesi interview yang panjang lebar. Bukan aku yang lebih banyak cakap, tapi interviewer tu.
Menurut puan tersebut, dia memag nak nurse degree dan aku sangat kagum sebab dia memahami graduan macam kami yang perlukan pengalaman. Dia pun tak setuju kalau semua orang nak cari staf yang berpengalaman. Dia sudi bagi peluang menimba pengalaman tu kat kami.
Sebelum aku keluar tadi, dia cakap aku mungkin dapat sebab dia kata,
I quite like you.
Cuma, kat sini pakai lengan pendek atas dari siku. Agak janggal tapi boleh la pakai tudung masuk dalam baju.
Alhamdulillah. Sampai pun.
Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah.
Aku rasa macam apa je tadi. Aku pertama kali naik KTM kat stesen baru tu. Duk fikir je aku ni naik train yang betul ke? Ikutkan nati nak turun kat mana-mana je tadi naik LRT. Tapi dah beli tiket ke sini.
Sampai pun HUKM.
Singgah sarapan. Lapar sangat. Tapi tempat ni pun dah jadi sangat asing. Nak makan pun segan. Makan kuih je. Kak Liza ajak naik jabatan. Segan la pulak. Hihi.
p/s: Aku rasmikan Tab abang aku. Sehari je.

Sea_Lavender~
Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah. Tercapai niat aku nak buatkan satu lagi doodle untuk pengunjung blog aku. Kali ni, aku buat khas untuk Sea_Lavender. Dia pun ada mintak hari tu.
Tanpa membebel panjang, ni lah dia.
Aku letakkan lavender sikit je. Tapi, aku guna tona warna yang hampir dengan lavender. Aku bayangkan dia ni seorang yang lemah lembut. Tangan dia tu, diinspirasi dari gambar profile dia lah.
Kebanyakan entry dia bersifat nasihat atau peringatan. Entah kenapa, bila baca entry dia, aku akan baca dengan membayangkan seorang perempuan yang bercakap dengan lemah-lembut.
Sekarang ni, dia dah lama tak update. Mungkin masih sibuk dengan peperiksaan. Semoga Sea_Lvender berjaya!
p/s: Terima kasih sebab baca dan sudi-sudi la klik iklan. Tak lupa juga terima kasih untuk mereka yang wish all the best kat aku dan jugak yang mendoakan aku dalam diam. :)

Wednesday, February 22, 2012
Interview at Pantai Hospital~
Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah. Hari ni aku menerima panggilan interview dari sebuah cawangan Hospital Pantai.
Date and time:
23/02/2012
11.15am
Kalut aku tadi. Tengok jam dah petang sangat. Sempat ke nak pergi?
Aku mesej kawan aku, nak tumpang tempat tinggal. Aku mesej sepupu aku mintak hantar ke KTM. Aku telefon mak aku yang tengah "ngelayat" @ melawat orang meninggal dunia dan aku juga mesej abang aku.
Akhirnya, semua setuju. Tapi, alhamdulillah, abang aku balik rumah malam ni. Ada hal kereta katanya. Aku akan ikut dia, tumpang rumah dia. Rumah dia pun dah tinggal dia sorang je sekarang.
Esok pagi-pagi, abang aku akan ke Shah Alam. Maksudnya, pagi-pagi aku kena keluar rumah dan ke tempat kejadian. Sampai ke petang la aku berkeliaran. Kawan aku ajak ke tempat dia. IsnyaAllah. tengoklah macam mana.
Aku sangat berdebar. Aku sangat harapkan doa semua orang. Doakan supaya interview berjalan lancar, interviewer suka aku dan aku dapat jawatan tu. Staff nurse Pantai Hospital cawangan tersebut.
p/s: Tolong juga klik iklan-iklan sekalian, ye. Terima kasih.

Wordless Wednesday~
Assalamualaikum warahmatullah..
Klik gambar untuk membesar dengan lebih sihat.
p/s: Baru satu karya dah bangga.

Jangan Merungut. Ini masa untuk berbakti ~
Assalamualaikum warahmatullah..
Macam biasa, pagi-pagi buat kerja rumah. Menyapu, basuh baju dan cuci pinggan mangkuk. Mak pulak keluar menanam keladi. Is ikut neneknya la, apa lagi.
Masa basuh pinggan tadi, aku terfikir.
Inilah hikmahnya aku belum kerja. Adik aku baru je pergi belajar. Kalau aku pun pergi kerja dah mak aku mungkin tak menang tangan nak buat semua kerja. Mungkin mak aku tak dapat nak tanam apa-apa.
Mak aku cakap, sementara aku ada ni la mak aku nak menanam tanaman. Nanti bulan puasa dah ada hasil. Hari tu mak dah tanam anak pisang. Biasanya, bulan puasa permintaan daun pisang tinggi.
Mungkin aku terlalu ingin menyumbang dari segi wang ringgit, tapi, aku tak sedar yang aku berada di rumah ni membantu mak aku.
Tak apalah. Walaupun aku belum mampu menyumbang dari segi wang ringgit, aku harap tenaga aku dapat buat mak rasa ringan sikit.
Jangan merungut, ini masa untuk berbakti.
p/s: Aku dalam proses membuat doodle untuk seseorang. Jangan lupa klik iklan-iklan saya. Terima kasih.

"Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."(Surah An-Nisa: 36)
p/s: Aku dalam proses membuat doodle untuk seseorang. Jangan lupa klik iklan-iklan saya. Terima kasih.
Tuesday, February 21, 2012
Header baru lagi?
Assalamualaikum warahmatullah..
Selamat malam.
Aku baru je online. Kenapa? Sebab aku bertungkus lumus mereka header. Aku terfikir nak tukar header baru, lagi.
Tapi, aku masih tak pasti nak guna tak header baru ni.
Lagipun, header ni terlalu terang dan ceria. Aku suka yang berwajah suram. Mungkin ia akan terus kekal sebagai header dalam simpanan. Satu lagi, header ni skema. Center je. Mungkin sebab aku skema kot.
Doa minta jadi sabar (sumber: e-mosque):
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
p/s: Sejak lukis guna laptop dah lama tak lukis atas kertas. Jari mesti dah kaku.

|

"Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah"
Assalamualaikum warahmatullah..
Petang. Hujan kat sini. Perut pun kenyang makan kuih mak beli dari pekan.
Maka, aku pun luangkan masa untuk join giveaway dari Korea ni.
Ia adalah giveaway yang sangat simple. Join, buat entry dan hantar komen ke link yang diberikan.
Senang kan? Jom, join jom!
p/s: budak-budak dah makan nasik. Banyak pulak diorang makan. Walaupun malas nak suap, tapi, baguslah diorang banyak makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)