Assalamualaikum warahmatullah..
Sob sob. Segan nak cerita. Tapi kan, tadi aku rasa macam berlaku perkara yang buat aku rasa segan lah. Haha.
Kan aku ada cerita tentang program Kembara Ramadhan ILuvIslam tu, kan? Maka, dengan semangatnya aku keluar rumah pagi tadi pukul 10 lebih. Aku ke KTM dan tunggu KTM hampir satu jam. Ikutkan hati nak batalkan niat ke Masjid Negara, tapi, aku teruskan jugak. Tak nak la batalkan niat nak ke masjid, kan? KTM sekarang lambat sangat lagi-lagi yang 6 coach tu.
Bila sampai stesen Kuala Lumpur, aku jalan menonong je. Akhirnya, tanya la seorang pekedai kat situ macam mana nak ke Masjid Negara. Kena jalan jauh, turun tangga, lalu lorong bawah tanah yang sunyi (ada seorang lelaki duduk kat lorong tu dengan sejadah kat sebelah dia). Dah la pulak tu lorong tu basah, banjir kat hujung.
Bila sampai kat Masjid Negara - kosong. Tak ada apa-apa pun. Yang ada orang kerja kat situ, pelancong asing, dan ada kelas apa entah kat situ. Aku tanya-tanya ada tak sebarang aktiviti kat situ, mereka kata, tak ada.
Aku tengok jam, awal lagi nak masuk Zohor. Akhirnya, aku buat keputusan, tak dapat solat Zohor kat Masjid Negara, solat kat Masjid Jamek pun tak apalah. Aku fikir nak ke stesen Bandaraya dulu, lalu Sogo lepas tu ke arah Masjid Jamek, tapi...aku tersilap lagi.
|
pening dengan stesen LRT ni - google |
Aku naik train stesen aliran Kelana Jaya, berhenti kat Masjid Jamek kena tukar. Aku tersilap arah. Kat Masjid Jamek tu arah lain. Aku hampir-hampir silap naik. Akhirnya, aku keluar je kat stesen Masjid Jamek tu. Terbang duit aku RM1.20. Kalau tak tiket RM1 je. Tu la, tak fikir dulu sebelum beli.
Aku pun buat keputusan jalan sepanjang jalan kat Jalan TAR tu, berapa kali entah aku duk ulang pusing sana pusing sini carikan tudung yang nenek aku pesan dan tudung untuk mak. Masa kat gerai pertama tu aku telefon mak, nak tudung tak? Mak kata mestilah nak. Haha. Siap suruh beli banyak-banak pun tak apa, kalau murah, katanya. Amboi kemain.. Yela, dia kata tudung dia "habis" semua. Tak tau la ke mana.
|
punya la banyak tak reti nak beli jugak - google |
Sejauh-jauh aku berjalan, aku cuma jumpa satu je tudung yang berkenan, tudung nenek aku. Saiz XL warna biru gelap dan berbentuk segi tiga. Tak mau bulat, ye.
Aku pun patah balik ke stesen Masjid Jamek dan ke gerai pertama tadi. Diorang cam aku! lantaklah. Aku beli tudung kat aku satu, kat mak aku 2, kat adik aku satu. Selesai! Tiba-tiba teringat mak cakap, beli banyak pun tak apa. Serba salah la pulak. Aku singgah la kat Muaz dan beli lagi 4 helai! tudung. Wah wah. Gila aku beli tudung banyak camtu. Cantik ke tidak tak tau la. Aku tak reti nak nilai.
Nanti aku balik kampung, aku keluarkan je semua macam jual longgok je la. Pandai-pandai la diorang nak ke tak nak. Malas dah nak fikir.
Dan akhirnya, solat Zohor aku kat Masjid Jamek la, bukan Masjid Negara.
Oh, ye. Dalam perjalanan balik, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari mak aku. Dia tanya, aku dah balik ke? Aku beritahu la aku dalam train. Dia kata, ingatkan kalau aku belum balik, dia nak mintak belikan beg tangan murah-murah. Ececece. Beg tangan yang aku kasi kat dia dah koyak (ingatkan beg berjenama tak koyak, cait!), tak boleh nak masuk barang dah. Beg yang kak ipar aku kasi besar sangat, katanya.
Nak beg tangan raya le tu... Kekeke.. Nantilah, tunggu gaji bulan depan pulak, InsyaAllah. Baki bulan ni, nak simpan dalam bank lain pulak.
|
sekadar gambar hiasan - google |
Banyak duit aku habis harini. Tak apalah, untuk family sendiri, bukan untuk aku berjoli tak tentu hala. Dah ramai perempuan sekarang kat rumah. Bukan macam dulu.
Err..bazir ke? Pertama kali ni aku shopping tudung banyak-banyak. Lepas ni tak nak beli dah. Pening sebab tak reti!
Eh, ada lagi. Balik tadi aku tak terus balik rumah. Aku singgah bazar. Lama tak ke bazar tu. Dekat je dengan tempat belajar dulu. Alang-alang. Dah la kat rumah aku ni susah nak cari makanan halal. Bukan susah, memang tak ada pun. Beli murtabak satu, tau foo fa satu, air sebungkus. Nasi? Tak ada! Takut kekenyangan nanti. Masa tengok memang la rasa semua nak, sat gi tak habis bazir je.
p/s: Masih tak pasti, kat mana aktiviti kembara Ramadhan tu sebenarnya? Bukan kembara Ramadhan yang aku dapat, aku yang mengembara. Memang teruji la jugak iman aku.. air keliling jual! Astaghfirullah..