Pengikut

Monday, December 31, 2012

Masa yang terjual~

Assalamualaikum warahmatullah..

Berapa banyak duit kita dah dapat dengan menjual masa kita? Kita kerja, gunakan masa. Kita sibukkan diri dengan mencari wang ringgit. 

Kawan minta tolong buat kerja dia, dia beli masa kita dengan wang ringgit. Tapi, berapakan nilai ringgit tu?

Kita sibukkan diri, kita kata kita masih muda, masa ni lah nak kumpul harta. Dengan kudrat yang ada, dengan komitmen yang kurang berbanding orang lain, kita jual masa kita untuk wang ringgit.

Kita beri alasan pada diri, tolong kawan, tapi niat dalam hati memang nak cari duit lebih. Kita nak pergi solat, tapi terlintas dalam fikiran, kerja tak siap lagi. Kalau tinggalkan kerja, kawan susah.

Membuat pilihan terasa susah. Masa yang satu nak diguna untuk perkara beribu.

Tapi, soalnya, berbaloikah masa yang terjual? Berapa nilai wang ringgit yang kita dapat? Sampai mana dapat kita bawa?

p/s: Niat di hati nak cakap dengan teman-teman sekerja, tolonglah jangan asyik beli masa saya dengan wang ringgit. Aku rasa macam orang gila harta bila setuju tolong buat kerja bila orang tawarkan dengan wang yang tak seberapa- nilai yang jauh lebih rendah dari masa yang lebih berharga.

Saturday, December 29, 2012

In the closet~

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah..

Tadi, aku tak perlu kerja,. Kenapa aku seronok sangat? Sebab hari ni memang hari aku cuti @ "day off" setelah beberapa hari kerja "double shift". Stress dan memenatkan sebab sangat sibuk dan stress dengan tekanan teman sekerja. Kena marah, kena arah. Nak nangis.

Oh, susah kalau ada teman sekerja yang pandai bawak mulut. Dah jumpa banyak. Kena jaga-jaga. Jangan percaya sesiapa. Susahkan? Ini namanya bersangka buruk ke?

Hari tu tak pasal-pasal ada orang bawak cerita pasal aku. Terkejut bila dengar dari mulut orang lain. Bukan la cerita buruk, tapi memalukan.

Sebab tu lah, aku masih menjarakkan diri dari semua orang. Lebih baik aku dengan dunia aku je. Tak boleh cerita apa-apa kat sesiapa pun walau benda kecik. Maklumlah, perempuan- orang kata. Aku pun terkadang terlepas cakap jugak.

Yang pasti kena lebih berhati-hati dengan apa kita cakap. Muhasabah diri. Sebab aku dah pernah cakap pasal orang, Allah bayar "cash" untuk ingatkan aku kot. Astaghfirullah.

In the closet,
I stay,
Keeping a distance,
I pray,
Be safe..

In the closet,
I stay,
Closing the heart,
I pray,
Be brave...

In the closet,
I stay,
Watching from far,
I pray,
Be aware...

Fragile heart, about to break,
In the closet,
I kept..

p/s: Kawan masa kat Uni juga yang paling dekat dengan hati. Mungkin dah lama sangat kami bersama. :) Thank you Allah for those friends, and please let our heart stay together always without even seeing face to face.

Thursday, December 13, 2012

Kesabaran teruji lagi~

Assalamualaikum warahmatullah.

Semalam dah rasa kecil hati kena suruh itu ini sedangkan dah habis shif. Pagi ni ada pulak orang tegur seolah-olah kita ni sengaja tak nak tolong kawan dalam hal kerja. Suruh kita susun jadual kerja dan mohon apa yang patut, bila mohon untuk "not available locum" kata kita nak sabotaj pulak.

Aku pun tak faham apa maksud dia. Rupanya, dia nak kata kita sengaja tak nak tolong orang. Tu pasal bila cuti buat "not available". Aik?

Aku baru je kerja malam ke-5 kan? Locum kan? Aku tak kata tak nak pun. Aku tak nak ungkit, tapi tetiba kata macam tu pulak. Aku pun nak cuti. Aku nak cuti nak balik kampung. Tak payah la cakap macam tu.

Takkan aku nak kena ungkit semua benda? Habis la pahala aku tolong orang macam ni. Tak payahlah fikir negatif kat orang sangat. Aku tengok orang lain tu mohon cuti bukan main lagi, tak apa je. Siap buat sendiri jadual, bila nak kerja pagi, bila nak kerja petang. Aku tak cakap apa-apa pun.

Sensitif sangat ke aku? Ye, mungkin. Tapi, bila kita tak berniat apa-apa, tak fikir langsung nak buat benda jahat orang cakap macam tu, kecil hati la jugak. Akhirnya, aku dah padam apa yang aku mohon. Sekali je aku mohon cuti "not available locum". Kalau ikut sakit hati tadi nak padam je semua. Tapi, bila fikir bulan ni tak dapat balik kampung, aku biarlah yang satu tu.

Lain kali aku tak payah mohon apa-apa. Letak la nak aku kerja sepanjang masa ke, ikut suka kamu la. Tapi, suruh habiskan annual leave cepat sebelum bulan 3. Mintak cuti tuduh sabotaj. Terima kasih la buat aku kecil hati.

p/s: makin hari tengok perangai orang yang tak reti hormat orang lain, buat rasa rimas. Nak kita je hormat. Give and take la kawan.

p/s: OH, SABAR MAKIN KURANG. UJIAN MAKIN MENDATANG. UJI SABAR. OH, UJIAN~

Astaghfirullahal 'azim.

Wednesday, December 12, 2012

Hati kering~

Assalamualaikum warahmatullah~

Nak nangis. Kenapalah orang suka buat macam ni?

Dah la datang lambat. Kenapa bila korang yang ikut doktor korang boleh je pass kat orang next shif?

Aku rasa dah beberapa kali aku kena stay sebab ikut doktor. Aku rasa aku masih tak pernah datang lambat.

Aku bukan nak cakap aku lebih baik, memang aku pun ada buat kesilapan, tapi, kalau dah berkali-kali korang buat. Aku pun macam korang jugak. Aku pun tau marah. Cuma aku tak reti nak marah kat muka korang je.

Jangan sampai aku hilang sabar.

Please lah. Aku dah bosan la dengan perangai korang.

Kalau marah orang, bukan main lagi, macam korang tak pernah buat salah. Kalau korang buat salah, ada fikir?

Mood: Geram. Luahan perasaan. Nak marah kat diorang tak reti. Bebel je la kat sini. Hilang mood rasa nak kerja lagi malam ni. Kalau aku dapat tangkap silap salah diorang, jaga la korang. Aku tak ada nak cakap baik-baik lagi dah.

Tuesday, December 11, 2012

12.12.12

Assalamualaikum warahmatullah..

Hee.. Hai hai.. Dah lama sangat sangat tak menulis kat blog ni. Mood tak ada la sejak kerja ni.

Tapi, hari ni dek tarikh keramat 12.12.12 aku nak menulis. Aku tau semua orang pun suka tarikh ni. Ada orang nak nikah, nak bertunang dan macam-macam lagi nak buat masa tarikh ni kan?

Oleh kerana itu jugaklah, ramai jugak ibu mengandung nak melahirkan anak pada tarikh ni. Pada awalnya dah ada 7 kes untuk pembedahan melahirkan anak / Lower Segment Caesarian Section (LSCS) tapi dah kurang tinggal 4 je sebab ada yang dah tak boleh tunggu 12.12.12. Keadaan tak mengizinkan.

Ada lagi 3 kes untuk induce of labour (IOL), paksa bersalin guna ubat. Secara keseluruhan ada 7 kes bersalin esok. Itu yang dah ada dalam senarai, yang tiba-tiba nak bersalin belum lagi.
updated: Induce of labor = 6 orang.

Apa kaitan dengan aku? Huhu. Disebakan kebarangkalian untuk esok menjadi hari yang sibuk untuk wad kami, maka, sister letak aku sebagai back up untuk kerja pada malam ke-5 pada "hari tidur"/sleeping day aku. Patutnya aku kerja malam 4 hari je. Tapi kena buat locum hari ke-5, kalau wad sibuk.

Rasa macam dah confirm je aku kerja ni. Tadi pun, katil tinggal 7 je kosong. Malam tadi pun dah ada 3 kes walk in untuk bersalin.

Apalah ada dengan tarikh? Walaupun mengikut kepercayaan orang Cina, tarikh tu tak ong (tak bagus) nak jugak diorang ni lahirkan anak tarikh tu. Huhu.

Bukan je ibu mengandung ni yang semangat, "orang atasan" pun semangat jugak. Siap beritahu kat doktor, kalau boleh biarlah ada 12 orang yang bersalin pada tarikh tu. Nak masuk dalam surat khabar katanya. 12 orang bersalin pada tarikh 12.12.12. Yela, lepas tu yang sibuk kitorang ni. Lepas tu, kalau ada masalah apa-apa kitorang jugak kena marah. 

Nasiblah...

p/s: Satu lagi tarikh lawa, 20.12.2012. Ini pun kawan aku yang beritahu. Aku pun tak perasan. Diorang (berbangsa India) siap cakap lagi, dalam ramalan tarikh ni adalah tarikh end of the world. Akan jadi gempa bumi yang dahsyat. Dah ada kat beberapa tempat mula kena gempa. Aku senyum je la dengar. Mungkin la kot dalam kajian sains ada tengok mungkin jadi bencana alam yang dahsyat. Kalau end of the world (kiamat) tu...err...Wallahua'lam..