Assalamualaikum warahmatullah..
Beberapa hari lalu sister aku tanya lagi, nak sambung midwifery (perbidanan) tak? Kali ni hospital akan hantar belajar ke HUKM.
Aduh. Aku masih tak tahu sama ada aku nak sambung dalam midwife ke tidak. Aku dah kerja hampir setahun, tapi, masih tak tahu sama ada hati aku ada kat dalam bidang ni ke tidak.
Susahnya nak buat keputusan. Lagipun, kalau kembali ke HUKM, mungkin seronok tapi, nanti jumpa dengan orang-orang yang dikenali -semua orang atasan dah sekarang- lecturers, matron, sister. Dah la kawan masa ambil degree dulu sister wad bersalin. Mesti jumpa dia balik. Err..
Tahun ni dengarnya, dah ada 3 orang disenaraikan. Dua orang akan pergi tahun ni, dan dua lagi akan pergi seterusnya. Masih ada satu lagi kekosongan.
Nak ke? Minat ke aku? Boleh ke aku buat? Adoiyai.. Ataupun, aku nak tunggu sambung master? Tapi bila? Dalam bidang apa?
Tak sanggup pun nak ada kontrak 3 tahun dengan hospital ni kalau aku ambil midwife. Kenapa rasa lama? Tak tau la T_T..
p/s: umur dah 25 masih tak tahu arah tuju..
Pengikut
Saturday, February 23, 2013
Midwifery?
Labels
dilema,
future plan,
masa depan,
midwifery,
perbidanan,
study
Wednesday, February 20, 2013
Dapat Ang Pow!
Assalamualaikum warahmatullah..
Semalam, aku mulakan kerja selepas lama bercuti. Aku kerja petang. Lepas "hai, hai" kat semua orang, aku jalan ke pantry nak simpan beg.
Terserempak Dr. C (arah bertentangan), aku pun cakap la, "afternoon Dr." Aku dah lepasi dia, tiba-tiba dia tanya, "have you got your ang pow or not?"
Dengan muka blurr dan inncocent bak kata junior aku, aku pun geleng kepala. Heheh. Dia pun bagi ang pow kat aku. Yeah-yeah. Segan aku.
Tadi, aku tengah sibuk-sibuk terserempak pulak Dr. T. Aku cakap, "hai, Dr." Dia pun hai kat aku. Tiba-tiba dia tanya, "ada dah dapat ang pow tak?" Err. Dalam segan-segan tu, cakap je la tak. Hehe. Dapat ang pow lagi.
Terima kasih la. Lepas duit makan aku. :) Alhamdulillah. Rezeki. Kui kui.. jeles tak?
p/s: Tunggu jadual bulan depan keluar, nak kena pergi kursus L untuk kereta dengan motor pulak. Debar rasa.

Monday, February 18, 2013
Tertukar kad pengenalan!
Assalamualaikum warahmatullah~
Tadi aku pergi ambil ujian memandu komputer. Hee. Akhirnya...
Alhamdulillah lulus. Berdebar-debar aku. Aku buat dengan sangat cepat dan tak fikir sangat pun. Cuma kat hujung-hujung je aku tak dapat nak jawab sikit.
Bila dah siap tu, aku tunggu masa tinggal lagi 10minit baru aku klik hantar. Takut tak lulus.
Lepas dah siap tu, aku keluar la. Aku letakkan kad pengenalan pada kerani kaunter tu. Tunggu sekejap.
Tak lama tu nama aku dipanggil. Aku ambil salinan keputusan ujian aku dan kad pengenalan dan kami balik rumah.
Pukul 4 tadi aku dapat panggilan telefon, auntie (cikgu memandu) tanya aku, aku dapat kad pengenalan yang betul tak. Haih? Aku pun tengok semula, alamak! Bukan kad pengenalan aku!
Adui. Aku pun tak periksa betul-betul. mungkin sebab gambar orang ni pun pakai tudung hitam, sama ada Siti kat depan, dan nombor IC dia mula dengan 89, aku pula 88, tak jauh beza pun.
Err.... Auntie kata nak datang hantar IC aku dalam pukul 5petang, tapi sampai sekarang tak datang-datang lagi. Huhu. Apa la cuai sangat aku ni?
p/s: Lain kali kena periksa apa-apa dokumen atau urusan yang kita buat.

kad pengenalan,
lesen,
ujian memandu berkomputer
Sehari bersama makanan laut :)
Assalamualaikum warahmatullah..
Apa khabar?
Aku baru je habis cuti. Hari ni hari terkahir. Oh, bila dah cuti lama, rasa malas sungguh nak kerja.
Cuti hari tu, abang aku bawa pergi memancing. Err. Aku tak memancing la, aku duduk makan je. Kat mana?
Rantai Remis Jeram, Selangor.
Dah alang-alang sampai sana, abang sulung aku, Bg Yun suruh la beli apa-apa yang patut. Kakak ipar aku, Kak Lin teringin nak makan mentarang. Suami dia pulak, abang aku la, teringin nak makan tiram. Bukan main, nak tiram.
Satu lagi kerangan laut dengan nama "anak dara" (unik kan?) buatkan kami rasa nak beli. Mana taknya, kami lalu kat kedai tu je asyik kena pancut dengan air. Huhu. Gambar "anak dara" tak jumpa la. Mungkin dia ada nama lain.
Malam tu, abang aku pun susah payah la mengupas tiram tu. Masak apa? Bakar dalam oven je. Letak keju, dengan bawang putih dan juga lada hitam. Sedap? Terus terang, rasa dia tak sedap pun. Haha. Abang aku nak suruh aku makan mentah, cuma perah limau je? Oh, memang tak la. Kalau kita duk perhatikan memang geli dan tak rela nak makan lah.
Anak dara tu kami rebus biasa je. Mentarang tak masak. Masing-masing sibuk dah esok kena periksa tekanan darah, makan banyak sangat makanan laut. Haha.
Kuala Selangor memang terkenal dengan makanan laut. Maklumlah, tepi pantai. Nak cuba?
p/s: Alhamdulillah, majlis makan-makan yang dirancang berjalan lancar. Lepas juga duit gaji. Walau buat majlis kecil je, makan RM300 la juga. Susah buat majlis ni rupanya.

Mentarang |
Tiram (yang kami bel harga satu RM1) |

anak dara,
makan-makan,
makanan,
makanan laut,
mentarang,
pantai remis jeram,
tiram
Monday, February 11, 2013
What did I do when I'm officially 25?
Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah.
Aku masih diberikan nikmat umur. 25 tahun pada 10 Februari 2013. Walaupun rasa sedikit dah berusia - ngeee- tapi, aku bersyukur.
Pada tarikh ni, aku pergi ke rumah terbuka MCA kat Bandar Tun Razak! Hehe. Kenapa? Saja je. Pagi aku balik kerja, buka TV ada sedutan pasal rumah terbuka tu. Aku pun ajak roomate aku pergi. Dia setuju!
Apa lagi?
Lepas tidur sekejap, kami pun pergi.
Malam tadi juga, kawan sekerja aku buat satu surprise small event sempena birthday aku! Merah muka aku. Segan pulak.
Aku bukan beritahu diorang sebab nak diorang sambut untuk aku. Aku saja je. Mulanya, sebab aku belanja diorang makan malam sebelum hari lahir aku. Aku kerja malam sekarang ni.
Niat nak belanja saja-saja. Akhirnya, diorang buat sambutan untuk aku pulak.
Terima kasih.
p/s:

birthday,
hari lahir,
rumah terbuka MCA,
surprise
Friday, February 8, 2013
Halal lah...~
Assalamualaikum warahmatullah..
Mencari yang halal itu fardhu..
Kadang-kadang aku terfikir, kenapa kita makan? Untuk apa kita makan?
Zaman sekarang ni, macam-macam makanan ada. Macam-macam jenis kedai makan ada. Kita boleh dapat makanan dari satu dunia.
Dengan pelbagai iklan dan publisiti yang ada, kita pun asyik teringin nak makan itu ini. Kita pun pergi makan kat kedai tu, kita makan kat kedai ni.
Selain tu jugak, kita dah makin ramai kawan-kawan bukan Islam. Bukan nak kata tak boleh kawan, boleh.
Tapi, bila kawan kita bagi makanan kat kita, dia kata, halal lah..
Persoalannya:
Berapa ramai yang betul-betul periksa kedai makan terkenal yang dia masuk tu halal? Tak ada jual arak, tak ada jual babi maka halal?
Berapa ramai yang periksa tanda halal kat makanan yang kawan kita bagi?
Berapa ramai yang periksa kat kedai mana kawan kita beli makanan?
Kenapa aku tiba-tiba tanya? Sebab aku dah periksa beberapa kedai yang terkenal dan ramai orang makan, aku tak jumpa nama kedai tu dalam senarai kedai halal JAKIM.
Sekarang ni, kita ada telefon yang smart, bila-bila masa boleh layari internet. Apa kata sebelum melangkah masuk ke sesebuah kedai makan, atau sebelum membeli sebarang produk, kita periksa dulu ada tak dalam direktori halal JAKIM.
Sebab mencari yang halal tu fardhu. Apa kita guna, apa kita makan jadi darah daging.
Susah nak tegur orang lain bab halal haram ni. Mereka kata, "halal lah. Ingat aku tak tau ke halal haram?"
Hmm.. Renung-renungkan.. :)
Laman direktori halal jakim.
p/s: Kembali kepada perkara asas.

Thursday, February 7, 2013
Healthier~
Assalamualaikum warahmatullah~
Let us be healthier.. Exercise.. Start with a minute and slowly make it a habit.
p/s: Healthy mood~

exercise,
healthy lifestyle
Tuesday, February 5, 2013
By the end of this year~
Assalamualaikum warahmatullah..
Hai.
Setelah berminggu-minggu pening kepala nak beli smartphone, akhirnya... aku buat keputusan untuk tak nak beli.
Kenapa?
Tak boleh. Tak boleh nak meyakinkan diri untuk beli. Rasa membazir. Nak online, laptop ada je. Nak sms nak calling2 ada je telefon yang tak smart.
Aku tetap rasa menyimpan adalah lebih baik. Haha. Kedekut? Sikit la.
p/s: Nak kena buat majlis makan-makan sambut hari lahir sebab dah ter"join" makcik-makcik punya aktiviti sambutan hari lahir. Ouch.. Duit..
By the end of this year I must have at least RM10k in my savings, more and cannot be less!

bazir,
decision,
savings,
smartphone
Saturday, February 2, 2013
Tech World Expo~
Assalamualaikum warahmatullah..
Esok ada Tech World Expo kat Mid Valley. Dah plan nak pergi dengan adik. Huhu.
Tak tau la nak beli ke tak nak smartphone. Dah berapa lama dah asyik fikir nak beli kan? Tak beli-beli jugak lagi.
Hari tu jalan-jalan kat Low Yat pun tak dapat nak buat keputusan.
Alhamdulillah, gaji bulan ni ada lebih. Boleh je nak beli, tapi... tak sampai hati jugak. Haha.
Entah lah. Tengok lah esok macam mana.
2nd story:
Kira bazir ke kalau buang makanan yang kita was-was beli kat mana? Kawan India ajak order makanan, aku tanya nak beli kedai mana, dia kata tak tau lagi.
Akhirnya, ada seorang uncle India datang hantar makanan.
Aku rasa macam kedai India Hindu je, tak macam mamak pun. Tak berani nak makan walaupun dah bayar. Huhu.

duit,
keputusan,
smartphone,
Tech world expo
Subscribe to:
Posts (Atom)