Pengikut

Wednesday, April 20, 2011

Thriller vs Horror~

assalamualaikum..

hari ni, aku cuma nak cerita tentang movies. apakah jenis movie yang aku suka tengok??

loves story?? comedy?? tajuk pun dah thriller vs horror, mesti la aku nak cerita pasal dua genre tu je. tak payah la teka. aku suka tengok semua cerita - "hantu TV" is my middle name.

antara Thriller dan Horror, mana lagi aku suka??

Aku suka dua2 la.. sebab die BEST...

Bila aku tengok cerita Thrill/Horror ni, jantung aku akan berdegup kencang (palpitation), rasa macam nak tercekik, sesak nafas (SOB-shortness of breath, dyspnea). Perasaan tu sangat menarik!! ahaha.

Bila aku tengok cerita Thriller, aku akan menjegilkan bijik mata sambil tutup mulut dan menahan nafas bila tengok part pancung2, potong2, gergaji2, kapak2 dan bloody scene..

Bila aku tengok cerita horror?? well, kawan aku kata, bila aku tengok cerita hantu, aku cuma tengok cerita. Hantu aku tak tengok.

ooppss..ha, nak cakap aku penakut la tu. No, No, No. bukan ye. aku bukan penakut (kunun). Aku dikurniakan daya imaginasi yang tinggi. Maka, bila aku tengok cerita hantu, kalau aku nampak muka hantu tu aku akan mula terbayang2 selalu. Jadi, untuk mengelakkan aku duk fikir + terbayang2 muka hantu tu, baik aku jangan tengok kan??

Takut pulak aku jadi lebih takut kat hantu dari yang sepatutnya aku takut. Astaghfirullah.

Pemilihan cerita Thriller aku, aku tak kisah. Janji ngeri. Kalau cerita budak2 kecik yang pegang watak ganas, aku lagi rasa menarik. Innocent face with a devil heart. Thrill..!

Kalau cerita Horror, aku prefer movie dari negara luar yang bukan asia tenggara. kenapa?? Sebab movie asia tenggara low quality?? Bukan2.. Amatlah bukan..

Sebab, latar belakang cerita asia tenggara = Malaysia. Nanti bertambah2 la kepala otak aku yang kreatif ni fikir bukan2. ngeh2. Alasan yang bernas kan? kan?

Banyak lagi Horror movie & Thriller yang aku tak tengok. Maklumlah, nak beli CD fikir al-fulus, nak download, setakat wifi kolej ni, ape la sangat yang aku boleh download. Lain la korang2 yang guna streamyx mahupun unifi..

Okay. That's all.

Tapi, ingat- termasuk aku la- jangan la melayan movie sampai terbawak2 takut. Lain jadinya. Khurafat <--dah tengok cerita ni, tak faham ape yang boleh cecah juta2 sangat ntah. biasa je. Jalan cerita yang biasa dan terlalu common. Sepanjang cerita aku asyik bebel je, penuh dengan comment itu ini. kesian member aku yang duk fokus melayan cerita.

Ok lah.

Asy-Syaikh Abdurrahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dalam kitab beliau Fathul Majid mengatakan: “Takut berkedudukan tinggi dan mulia di dalam agama dan termasuk jenis ibadah yang banyak cakupannya yang wajib hanya diberikan kepada Allah subhanahu wa ta’ala.”
Firman Allah : "Jangan kamu takut kepada manusia, takutlah kepada aku" (Al Maidah : 44)
“Sesungguhnya mereka itu tidak lain adalah setan dengan kawan-kawannya yang menakut-nakuti kamu, karena itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepada-Ku jika kamu benar-benar beriman.” (Ali Imran: 175)


ends~

Tuesday, April 19, 2011

Kenapa Perlu Ada Malu??

Assalamualaikum..

how are you? ayam tak patuk, itik tak sudu..

well2x.. terasa cam lama dah tak ade idea nak buat entry yang berfaedah. so, aku pun terfikir la nak cerita hal aku balik kampung. boleh kan?

ok. ceritenyer......once upon a time...(bayangkan ye....) dalam sebuah kampung.....

aritu, aku balik kampung. atas reason seperti pada post aku sebelum ni.

so, aku duduk2 la. tetiba mak aku cakap, " cP (of course mak aku tak panggil aku cP la), kalau ko tolong urut agaknya sedap gak ni." (ahaha..tak leh tahan, ayat mak)

entah kenapa, aku malu sungguh nak urut mak. rasa macam mengekspresi kasih sayang- aku memang la sayang mak aku- tapi, janggal sungguh la.

aku pun pegang le bahu mak aku. mak aih! keras sungguh. mak aku kate, biasa la. semua orang pun cakap, kalau urut mak, keras betul badan mak- keje kuat.

aku pun urut je la.

persoalannya: KENAPA AKU RASA JANGGAL DAN MALU??

entah la. mungkin sebab aku tak biasa....teruk kan? ye la, duk jauh dari mak. mana ada rajin sangat mengekspresi kasih sayang ni. tapi kan, aku rasa kalau aku tak urut mak aku aritu, aku akan menyesal kemudian nanti.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.(doakan mereka)"” (QS. Al-Israa [17]: 23-24


percayalah, selagi ada masa, jangan la sesekali lawan cakap. memang ada ketikanya, kita pun tak perasan yang kite dah sakitkan hati mak ayah. betul tak aku cakap?

kite sembang biasa je, tetiba sedar tak sedar, mak dah kecik hati. so, mintak maaf, atau pun lepas tu pandai2 la amik hati ye. hehe.

p/s: malu biar kena pada tempatnya, mungkin kita bukan malu, tapi EGO!!

Monday, April 18, 2011

Isqandar ~ Setahun ^_^


alhamdulillah...

umur Is dah setahun.. happy bebeday my Isqandar...

hehe.. balik kampung sambut beday budak ni la. banyak nye adiah die.. jeles I.

semoga die jadi anak soleh..amiin...


sempena beday Is, aku hadiahkan korang gambar special..

biase je, tapi aku rasa sangat cute..