Pengikut

Friday, July 15, 2011

Malaysia vs Liverpool

Assalamualaikum

Tak perasan dah petang. Semalam, sepupu aku tu datang rumah - macam biasa la- ajak aku tengok bola. Sejak bila aku suka bola ni? Aku bukan tak suka, bukan jugak suka. Asalkan ada kumpulan yang aku boleh sokong - negeri aku@ negara aku- aku boleh je layan.

Tiket RM20 je katanya. Aku cakaplah, tengok kat TV lagi best. Dia cakap, kat rumah tak boleh jerit-jerit, kat stadium boleh jerit sesuka hati. Nak boo ke, nak kata blahh ke.. Pulak dah.

Aku cakap nanti dapat duduk belakang-belakang je. Dia cakap pulak, duduk belakang lagi bagus. Duduk depan bahaya. Nanti orang nak baling botol, tak sampai kena kat kepala ko. Mak aih.

Kalau masuk awal boleh pilih tempat strategik.

Aku? Cuma boleh gelak je. Bayangkan dalam stadium yang bising dengan sorakan, orang baling botol, nak pulak kena masuk awal bersesak-sesak <--ini bukan alasan untuk aku pergi, malah aku menolak adalah.

Duduk rumah kan lapang, tak bising. Tak ada siapa nak baling botol. Kan?

Bangun pagi..gosok gigi~

Assalamualaikum

Pagi Jumaat. Hujan baru je berhenti. Dalam tempoh beberapa jam je aku mencelikkan mata dari tidur yang tak berapa nak lena, dah macam-macam perkara aku lalui.

1. Is menunjukkan sifat penggeli yang melampau.

Tadi, dia mengamuk sebab barang yang dia nak tak dapat. Akhirnya, dalam tangan dia duk kibas-kibas terkena pinggan bubur dia. Habis tumpah kat badan budak tu. Tau apa jadi? Dia tak berani nak letak kaki sebelah. Sebab geli. Tangan dia duk cuba bersihkan tapak tangan. Bila tak bersih dia merengek-rengek. Dia berdiri pandang aku dengan penuh simpati mintak dibersihkan. Padan muka. Degil sangat.

Kecik-kecik dah penggeli, besar nanti macam mana lah. Kadang tu, kalau kaki dia pijak habuk kecik pun, dia suka angkat tapak kaki tunjuk kat aku mintak dibersihkan. Yang bukan-bukan.

2. Tadi Is mengamuk.

Sebab punggung dia melecet, merah. Aku dah tak tau nak buat apa dah. Hari-hari aku tukar diapers dia secara kerap. Sapu ubat, sapu bedak- tapi baru baik sekejap dah melecet lagi. Kesian dia- nangis meraung-raung bila cuci. Kalau dah kotor atau basah terkengkang-kengkang dia jalan. How to prevent diaper rash eh?

3. Aku keluar dalam hujan beli Balm Gamat untuk Is.

Naik kereta la. Abang aku drive. Sebab kesian tengok punggung budak kecik tu, abang aku ajak aku keluar beli ubat yang mak aku selalu guna kat Is. Hujan pun hujan lah. Beli kat Kedai Nabia.

4. Is tidur sambil dikendong.

Dek mengamuk tadi, mak aku terpaksa kendong dia sampai tidur. Kalau masa dia dah merajuk, mengamuk, memang payah la nak pujuk selain dukung aje.

5. Aku macam dah dengar suara budak kecik tu bangun tidur...Emm..Emm.. Pandai buat suara manja..

Thursday, July 14, 2011

My article been published?

I just checked my G Mail this morning after a very long time. I never had a clue that my article sent to ILuvIslam had been published. It was a very long time ago when I try. The article was from my own blog (this one) and the article was published as this . No body commented on it, so I have no idea if anybody read it.

However, the feeling of your very own article being published is somewhat amazing. I just feel like writing some more. But, first of all I need to read even more. This is just great.

Because of all the money spent without thinking, I was checking my Nuffnang account. RM1.50 ? Just see how lame my blog is. Maybe I should reconsider about being a serious blogger. If I could earn a bit from blogging, maybe life would feel just better than having no income. Think and act, please!