Pengikut

Monday, February 6, 2012

Siapa aku?

Assalamualaikum warahmatullah..



Siapa aku?

Aku dah tulis panjang untuk entry ni tadi. Tapi, aku padam semula. Aku tak berani nak meluahkan apa yang aku rasa. Aku takut ada orang mampu menembusi segala pemikiran dan kekusutan dalam diri aku.

Aku masih mahu duduk dalam balang kaca yang terlindung. Aku masih mahu duduk dalam kotak hitam. Aku masih mahu berada dalam zon yang selamat.

Aku masih harap, semuanya tertutup. Kalau aku boleh berjalan dalam keadaan berselubung, aku akan rasa lebih selamat.

I just want to stay inside my own world for a little longer. Can I?

p/s: Fikir soal kerja mengusutkan, tapi, fikir tentang letak duduknya diri aku kat dunia, lebih menggerunkan.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Cik Sibuk!

Assalamualaikum warahmatullah..

Dia bukan penyibuk, tapi dia memang sibuk. Dia seorang ibu yang bekerja. Kalau aku tak silap, dia juga sedang menyambung pelajaran. Mungkin sebab tu lah dia sangat sibuk.

Ini hadiah aku untuk dia. Dia pernah mintak masa aku buat doodle iffah.


Cik Sibuk yang sibuk

(Kalau maklumat saya salah maaf ye?)

Trench coat - lambang wanita bekerjaya
Sudip? (Tak tau bahasa Melayu dia la. Bahasa Jawa panggil 'solet') + kasut comel + baju tidur (oops) - lambang seorang suri rumah.
Pemerah pipi - seorang isteri (kena la comel2 kan, dah ada suami)
Buku - masih study
Riak muka - sebab dia sibuk, jadi banyak benda dia nak fikir.
Latar belakang - seolah bergerak pantas - busy la katakan.


Semoga lepas ni, Cik Sibuk dah tak sibuk sangat lagi ye?

p/s: Ramainya orang beri nasihat dan kata-kata semangat. Aku sangat-sangat berterima kasih. T_T

Sunday, February 5, 2012

The Sudden Feeling~

Assalamualaikum warahmatullah.


Asalnya aku nak tulis benda lain tadi. tapi, bila aku baca blog kawan aku, tiba-tiba aku rasa lain macam. Semacam semangat aku ditarik.

Kawan aku ni, rezeki dia cepat je sampai, hingga buat dia susah hati jugak. Dia dah kerja kat Glen Hosp, tapi, dah dapat tawaran kerja kat Brunei pulak.

Terus-terang aku cakap, aku sedikit cemburu. Senangnya dia dapat kerja. Dah kerja, siap dah nak tukar tempat dah.

Aku pun tak nak rasa macam ni. Tak baik kan? Seolah-olah mengeluh atas nasib diri. Bukan aku nak. Aku pun nak jadi orang yang bersemangat dan bersabar. Mestilah aku nak jadi orang yang bagus.

Cumanya, sesekali aku rasa down jugak. Aku tercari-cari kat mana silap aku. Aku merenung balik apa yang aku buat selama ni. Ujian agaknya.

Aku tak pandai buat keputusan. Aku tak berani nak betul-betul keluar dari rumah dan berdikari sendiri. Aku masih merasakan hakikat aku seorang perempuan, aku perlu lebih berhati-hati. Aku pun, kurang percaya kat orang. Berjalan kat ramai orang pun aku rasa seram.

Fobia mungkin. Kenapa aku kata fobia, cukuplah aku je yang tau.

p/s: Dia cakap kalau nak nangis datang lah rumah. Mestilah aku teringin sangat. Jauh la kak. Lagipun, susah lah duduk rumah orang dah bersuami.