Pengikut
Tuesday, February 21, 2012
"Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah"
Assalamualaikum warahmatullah..
Petang. Hujan kat sini. Perut pun kenyang makan kuih mak beli dari pekan.
Maka, aku pun luangkan masa untuk join giveaway dari Korea ni.
Ia adalah giveaway yang sangat simple. Join, buat entry dan hantar komen ke link yang diberikan.
Senang kan? Jom, join jom!
p/s: budak-budak dah makan nasik. Banyak pulak diorang makan. Walaupun malas nak suap, tapi, baguslah diorang banyak makan.
Pantang anak buah aku~
Assalamualaikum warahmatullah.
Duduk kat rumah ni, memang hidup aku hampir setiap masa dan ketika dengan anak buah aku. Walaupun kadang-kadang bosan, tapi, keletah dia memang mencuit hati. Dia ada satu pantang.
Pantang dengar muzik!
Tak kira lah dia tengah buat apa, kalau dengar muzik mesti dia nak joget. Kalau tak menggoyang-goyang pinggul, dia hangguk-hangguk kepala. Tak pun tangannya mencucuk-cucuk langit.
Antara iklan yang dia suka, iklan Boboi Boy. Mesti dia akan muncungkan mulut dan nyanyi.. "Bo bo bo.."
Lagu Satu Malaysia pun, dia sangat suka. Tapi, dia cuma pandai nyanyi kat hujung lagu je la.
Memang comel!
Satu lagi iklan yang dia suka...
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang huggies? Sila klik...HuGGies!
Kisah ni kisah benar ye. Bukan promo iklan semata-mata. Untuk yang klik, terima kasih.
p/s: Nak merajinkan diri dan berusaha lebih gigih mendoodle. Rasanya, bakat doodle lebih baik daripada menulis. Perasan. Klik la iklan lain-lain ye? Terima kasih.

Kita satu bangsa kita satu negaRA.
Kita satu matlamat...OHHH...
Kita satu bangsa satu negaRA
Kita satu MalaysiA
Memang comel!
Satu lagi iklan yang dia suka...
Kau adalah
Baby baby baby beee...
Dengan Huggies ku
Kering selesa
Ruam pun tiada
Tidur pula...
Sentiasa lena...
Kau adalah baby baby baby bee....
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang huggies? Sila klik...HuGGies!
Kisah ni kisah benar ye. Bukan promo iklan semata-mata. Untuk yang klik, terima kasih.
p/s: Nak merajinkan diri dan berusaha lebih gigih mendoodle. Rasanya, bakat doodle lebih baik daripada menulis. Perasan. Klik la iklan lain-lain ye? Terima kasih.
Pandangan- Sesuatu yang tertinggal~
Assalamualaikum warahmatullah.
Malam tadi, berkesempatan menonton sesuatu yang tertinggal. Aku selalu fikirkan ayat dalam iklan yang ditayangkan kat TV.
"Nak tidur ke, dah tau?"
Sebabnya, ayat ni sangat popular dalam cerita-cerita seram kat asrama. Korang pernah dengar?
Cerita tentang beberapa orang anak yatim yang berpindah ke sebuah banglo tinggal dan cerita tentang cermin yang menyimpan sesuatu. Salah seorang telah dirasuk dan menghantui hidup mereka. Kesudahan? Punya kesudahan yang menarik.
Pada pendapat aku, cerita Sesuatu Yang Tertinggal ni, sebenarnya ada jalan cerita yang menarik. Tapi, entah kenapa, ia tak digarap dan dipersembahkan dengan baik. Aku rasa macam, diorang ni tak pandai berlakon.
Pelakon yang memang dah selalu berlakon pun aku rasa tak bawak watak dia dengan baik. Sesetengah dialog aku rasakan diucap terlalu cepat. Si A tak habis cakap lagi, dah watak B cakap. Lagi satu, kekurangan pause, atau jeda masa waktu diorang bercakap. Beberapa kali aku perasan.
Ini jugak antara cerita hantu yang aku tak banyak tutup mata. Maksudnya? Tak berapa seram la. Watak hantu yang sedikit mencedok idea filem-filem seram Jepun dan Korea mungkin boleh jadi lebih seram kalau diiringi bunyi suara dan jugak latar belakang bunyi yang lebih mendebarkan.
Ramai pelakon yang aku rasa tak menyampaikan dialog dengan feel. Aku rasa janggal menonton diorang berlakon, seolah-olah sangat berlakon. Tak tau kat mana silapnya, sedangkan bukan semua tu pelakon baru. Pengarah? Mungkin pengarahan tak cukup tegas.
Perkara yang paling aku suka adalah scene watak yang mati. Ada sedikit ciri-ciri cerita Final Destination. Ngeri. Pergh.. kagum!
Secara keseluruhan aku cuma mampu bagi 2 bintang kat cerita ni. Kalau filem ni boleh diulang lakonkan dan garapan yang dibawak lebih bernyawa, mungkin ia boleh jadi filem seram yang lebih seram.
p/s: Padangan adalah dari idea aku sendiri. Aku bukan profesional, tapi, ini pandangan seorang yang gemar walaupun takut tengok cerita hantu. Untuk bantu aku dapat duit, tolong klik iklan aku. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)