Pengikut

Wednesday, March 7, 2012

Bermadu @ HOT FM~

Assalamualaikum warahmatullah..

Dengar radio pagi-pagi, di 8TV.

Topik: Madu

Mula-mula cuma menerima pemanggil-pemanggil wanita, dengan jawapan biasa. Kemudian, menerima paggilan seorang lelaki.

Lelaki tu kahwin dua.

Isteri kedua merupakan bekas GRO dan lebih berusia. Alhamdulillah isterinya kini, kembali ke jalan Allah. Solat, menutup aurat dan sebagainya.

Jumpa pertama kali di kedai makan. Allah nampaknya mengirim lelaki itu untuk menjadi penunjuk arah wanita tersebut.

Isteri pertama turut memberi sokongan.

Lepas tu, lelaki tu merayu jangan pandang hina perempuan macam tu sebab jauh dalam sudut hati ada keinginan nak berubah. Dia juga merayu jangan rosakkan perempuan. Dia nyatakan, dia berkahwin kerana Allah.

Tersentuh jugak naluri kewanitaan aku. Aku sangka tak ada dah lelaki macam tu. Dan, aku kagum dengan isteri pertama dia. Mesti rahmat Allah melimpah ruah.

Mungkin, madu itu rasanya manis. Cuma nak mendapatkannya kita berdepan dengan lebah-lebah yang berbisa. Kalau kena cara, manis itu dapat diarasa bersama.

Aku? Jujur, aku tak ada apa-apa pendirian tentang tu. Tak tau apa rasa memiliki lagi. Heh.

p/s: Ke depan dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Mana arah?

Wordless Wednesday~

Assalamualaikum warahmatullah




p/s: fly me to polaris.

Tuesday, March 6, 2012

Mungkin aku yang terlalu emosi (Luahan biasa)~

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku juga boleh hilang mood. Sebab aku sama macam orang lain. Kepala aku juga kadang runsing walaupun aku cuba memujuk diri. Janganlah asyik buat aku nampak bersalah. Sesekali tolong hargai aku. Aku tak mintak balasan wang ringgit atau pujian, tapi, jangan sikit-sikit kata aku salah.

Aku pun reti penat menahan rasa. Aku pun tahu marah walaupun kebanyakan masa aku diam je. Kamu tahu kalau aku marah macam mana, tapi, aku selalu cuba tahankan aje.

Mood aku memang dah lari hilang tinggalkan aku. Mungkin esok baru dia datang balik. Sebab dah berhari jugak aku tahankan.

p/s: Aku tak suka orang tau kesusahan dan kerisauan aku, terutama orang yang kenal rapat dan orang terdekat. Tapi, aku mengharap mereka tak tambah sesak nafas aku. Adakah aku terlalu tamak?