Pengikut

Wednesday, July 25, 2012

Kembara Ramadhan @ Masjid - I Luv Islam~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ini aku cuti. Lagi? Kekeke. Dah jadual macam ni. Lambat lagi la cuti aku minggu depan.

Sedang aku duk fikir-fikir nak buat apa hari ni malam tadi, aku belek-belek internet. Terjumpa pula iklan promo ni kat facebook. I Luv Islam akan mengadakan kembara Ramadhan di masjid-masjid utama di Selangor. Hari ini, aktiviti ni akan diadakan di Masjid Negara! 

Terfikir untuk pergi, tapi, tengoklah macam mana keadaan. Aku ingat-ingat lupa je ni cara nak pergi. Lagipun, sorang-sorang je.



Meh aku copy paste jap aktiviti yang dirancangkan:

*Tentatif tambahan (ISNIN-JUMAAT)

9.30 pg: Bicara iLuvRamadhan bersama penulis-penulis buku Islam 'Best seller'
11.00 pg: Forum khas muslimah bersama YB Puan Rodziah Binti Ismail dan selebriti 'Solehah'
12.00 tgh: Pameran & jualan barangan untuk projek Hospital Untuk Gaza (H4G)
5.00 ptg: Persediaan majlis berbuka puasa


Tentatif program (SABTU/AHAD)

5.00 ptg: Demo masakan iLuvCook@Chef Sabri & Solehah TVAH, Ustazah Pilihan Astro Oasis
5.00 ptg: Bicara iLuvRamadhan bersama Solehah & penulis-penulis buku Islam 'best seller'
7.00 ptg: Majlis berbuka puasa
7.45 mlm: Solat Maghrib & Tadarrus Al-Quran bersama Imam Muda
8.45 mlm: Solat Isyak
9.00 mlm: Solat Tarawih bersama Imam Muda
9.30 mlm: Tazkirah Ramadhan – Tajuk: 'Cinta Ramadhan' oleh penceramah jemputan
9.45 mlm: Sambungan Solat Tarawih
10.15 mlm: Slot khas Palestin 'Tangisan Gaza' – usahasama ILUVISLAM & NGO (MAPIM) untuk dana Hospital Kanak-kanak Gaza
10.45 Mlm: Moreh & tidur
4.00 pg: Qiamullail
5.15 pg: Makan sahur
6.00 pg: Solat Subuh & bersurai

 Kalau nak tahu lebih lanjut terus je ke laman web ILuvIslam.

Ada sesiapa berminat? Kekeke. Yela, mana ada ramai orang cuti hari Rabu macam aku ni.

p/s: Merindui kemanisan rasa Ramadhan. Lainnya Ramadhan tahun ni.

Tuesday, July 24, 2012

Nak pindah!

Assalamualaikum warahmatullah.

Bila Ramadhan ni rasa makin kritikal keperluan nak pindah rumah.

1. Tak selesa langsung nak masak kat rumah ni. Walaupun niat masih terhalang (tak dapat beli rice cooker) tapi, memang dalam hati ada rasa berat hati nak masak.

2. Tak selesa nak guna pun barang kat rumah ni terutama peti ais. Bukan nak diskriminasi, tapi bila duduk dengan non-muslim ni terpaksa ragu-ragu jugak.

3. Susah nak cakap. Mereka dah besar, dah dewasa. Sesekali bawak teman lelaki, suami (yang duduk asing) masuk rumah. Susah nak keluar bilik. Kena sentiasa berjaga-jaga. Dah macam tak duduk rumah sendiri. Sedangkan aku pun bayar sewa jugak.

4. Roommate pun dah cakap nak pindah lepas ada lesen. Nak kena cari rumah lain awal-awal. Tak nak duduk bilik ni sorang-sorang. Tak larat nak bayar.

5. Entahlah. Kalau boleh nak ada kawan dalam rumah ni. Bosannya..Kalau boleh biarlah yang boleh masak sama-sama, deal apa-apa sama-sama, kemas rumah dan buat aktiviti-aktiviti dalam rumah sama-sama. Rindu zaman duduk kat apartmen masa belajar.

Kawan yang tengah cari rumah pun masih tak dapat cari. Susah betullah nak cari rumah dan bilik kat sini. Yang sesuai dengan citarasa. Aku rasa macam duduk oversea. Payah betul nak survive.

p/s: Malam ni buka ala kadar. Malas dah nak fikir nak cari makanan. Bukan ada kedai nak pergi beli pun. Tak bestnya duduk sini. Tapi, terima je lah seadanya. Mujur ada tempat tinggal lagi.

Cuti raya, raya ke-4 selama 3 hari je. Hari ke-4 cuti kerja malam. Baju raya banyak (kain pasang orang bagi, dan mak suruh beli), pakai entah bila nanti. Sebelum raya pun cuti dua hari je sebab lepas naik shif malam patut cuti 3 hari, (sleeping day, night off + day off) tapi, day off terpaksa kerja shif pagi pulak. Tak tau la dapat balik ke tak. Mak dah pesan siap-siap suruh tolong kemas rumah. Hmm..

Monday, July 23, 2012

Zakat Fitrah: Pertama Kali~

Assalamualaikum warahmatullah..

Tadi pergi ke Tesco, niat di hati nak beli rice cooker. Tapi, dah ditakdirkan semua rice cooker saiz mini dah out of stock temporarily. Tak masak la nampaknya.

Lagipun, roommate awal-awal dah beritahu, dia takkan masak masa puasa. Dia nak cut diet dia, tak makan nasi langsung. Aku ada fikir juga, kalau aku masak sorang-sorang bajet aku akan lebih ke tidak banding dengan beli kat luar. Cumanya, aku fikir nak masak ni, demi nak makanan lebih berkhasiat - cewah. Maklumlah, takut kolesterol tinggi.

Apa kaitan dengan zakat fitrah pulak ni? Okay-okay.

Lepas beli barang makanan apa yang patut dan sedikit tak patut (mee segera), aku turun la menuruni tangga bergerak a.k.a escalator. Menanti kat hujung tu adalah dua orang amil yang bertugas mengutip zakat fitrah kat situ. Mula-mula aku dah terdetik nak bayar, tapi, segan. Aku pun pergi la ke Watson dulu beli barang sikit. Lepas tu, aku mesej abang aku tanya macam mana nak bayar. Tak sempat abang aku balas mesej, aku dah duduk dah kat kerusi tempat bayar tu.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Aku cakap, " pertama kali nak bayar."- Selama ni arwah abah lepas tu abang aku bayarkan, ye.

Amil tu cakap, "belajar-belajar la. Baca ni je," sambil tunjuk tulisan atas kertas tu.

"Inilah wang menggantikan beras fitrah wajib ke atas saya tahun ini kerana Allah"

Aku baca dan lepas tu dia pun baca akad dia. Lepas tu, tadah tangan baca doa. Amiin.

Lega. Ni la pertama kali aku bayar zakat fitrah sendiri. Maklumlah, dah bergaji. Tahun lepas aku ada fikir nak bayar jugak masa aku kerja kat kedai tu, tapi, entahlah. Segan je lebih.

Bukan susah pun bayar zakat fitrah. Lepas dah bayar, lega rasa. Macam dah tunai satu tanggungjawab yang besar.

Korang? Dah bayar ke? Selalunya dengar dah nak dekat raya atau saat-saat akhir baru orang bayar. Baik bayar awal. Tak la sesak dan ramai rang sangat. Takut lupa je nanti.

Oh, lepas tu, aku mesej abang aku beritahu dah bayar dah. Best je dia balas, 

"lega. Kurang satu duit raya." 

Yela-yela. Aku tau aku dah kerja. Tak layak dah nak dapat duit raya. Sob sob.

* Satu fitrah sebanyak satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras bernilai RM 7.- tertulis kat resit ke apa bukti pembayaran ni.

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

p/s: Esok shif pagi. Mata dah ngantuk. Bismikallahumma ahya wa amutu..amiin.. :)