Pengikut

Tuesday, July 26, 2011

Mereka di mataku~

Kisah 1:

Aku lihat dia masuk ke kedai seperti pelanggan yang lain. Aku pandang atas bawah- tanpa sedar. Aku lihat kasutnya bukan main tinggi- dalam hati terdetik, "amboi, makcik ni." Namun, akhirnya aku tersedar aku membuat kesimpulan tanpa tahu hujung pangkal cerita- aku perhatikan betul-betul. Oh, cuma sebelah kakinya memakai kasut bertapak tinggi. Aku tak pasti apakah masalahnya, tapi aku perhatikan jalannya sedikit tempang. Mungkin dia memang punya kaki yang tidak sama panjang, atau berlaku kejadian atau dia ditimpa penyakit, atau itu kaki palsu yang lama- tak mampu nak beli baru. Ya Allah. Betapa aku patut bersyukur dengan kaki ku yang dua ini.


Kisah 2:

Seorang pakcik berjalan pusing satu kedai- ala-ala window shopping. Kemudian di tanyakan harga beberapa barang- dan berlalu tanpa membeli apa-apa. Aku terdetik, adakah dia tidak punya wang yang cukup untuk membeli apa yang dia mahukan. Dia ada bertanya tentang seutas jam. Bila dia tahu harga setelah dibelek-belek jam tu, dia berlalu. Esoknya, dia datang lagi. Kali ni, dia merokok- penjaga kaunter menutup hidung dengan tisu- terbatuk-batuk. Entah kenapa, kali ini naluriku kuat mengatakan aku patut hanya menahan sesak nafasku- bau asap rokok. Akhirnya, dia bertanyakan jam yang diminati. Dihulur wang RM50- aku perhatikan dia dari mula hingga kahir dari jauh. Oh, dia beli jam tu. Mungkin semalam dia survey jam, mungkin dia mahu belikan jam tu untuk cucunya. Tiba-tiba aku rindu arwah abah. Mungkin abah juga macam tu bila aku mahukan sesuatu sedangkan dalam poketnya tak punya wang yang cukup.

Kisah 3:

Mak aku cerita tentang kawan adik aku. Dia duduk di asrama di Kuala Lumpur sedangkan semua ahli keluarganya di Brunei (mak dan adik2 ke Brunei sebab ayah yang kerja kat Brunei dah sakit-kalau balik Malaysia susah nak dapat kerja)- aku jumpa dia kat kedai, ada makcik kat KL katanya. Mak cerita, dari kecil dia memang duduk dengan nenek jaga adik-adik. Mak di KL, ayah di Brunei. Dia balik sekolah masak buat semua kerja rumah. Bila neneknya meninggal maknya balik duduk kat kampung tapi balik lewat malam. Bila hujan, guruh, ribut- ajak jiran temankan kat rumah. Sekarang duduk di asrama- sambung tingkatan 6 kat KL sebab duduk asrama dan ada makcik. Bila duit poket habis dia akan tolong makcik kantin basuh pinggan, kemas-kemas. Wah, betapa dia hidup berdikari. Aku selalu rasa sesak dalam keadaan keluarga aku, tapi dia? Aku cuma mampu ucap "all the best" pada dia masa dia nak balik bertolak ke KL petang semalam.

Siapalah aku nak dibandingkan dengan mereka?

Monday, July 25, 2011

Dah berisi~

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Wah, dah lama tak online pagi-pagi macam ni. Saja je nak mengulas khabar. pagi ni bangun bukan main batuk ni main kejar-kejar. Silih berganti.

Bukak facebook, alhamdulillah seorang kawan aku dah berisi. Isi apa? Semakin gemuk ke? Ha'a, perut dia insyaAllah akan semakin membesar - a little baby is inside her womb.

Aku ada dua housemates ni kat U dulu sebelum aku pindah masuk ke kolej - seorang dah nikah sebelum tamat belajar- sekarang dah kerja dan baru diberitakan dah ada baby kat dalam, yang seorang insyaAllah akan melangsungkan perkahwinannya raya Aidilfitri nanti - masih belum dapat tarikh la.

Semoga semuanya berjalan lancar dan semua sihat-sihat belaka.

Sunday, July 24, 2011

Demam berlarutan~

Assalamualaikum dan selamat malam..

Dah seminggu aku demam dan batuk. Aku jarang sakit lama-lama macam ni. Aku dengan mak asyik bersahut-sahut @ berduet - batuk. Mungkin sebab aku bantai kerja jugak walaupun tak larat kot. Angkat stok sesuka hati.

Semalam aku dah pergi jumpa doktor- klinik je la. Kena RM65- banyak benar. Malam semalam dapat la aku tidur dengan lena tak macam malam sebelum tu, 2jam saja aku tak dapat tidur sebab batuk tak henti-henti. Nak menangis pun ada, sesak tak boleh bernafas.

Asalnya demam aku dah kebah masa hari pertama kerja, sekarang dah demam semula. Berpeluh-peluh hidung aku sebab panas sangat. Bernafas pun rasa sangat panas. Buat masa ni, makan ubat yang terpaksa beli dan jugak letak tuala basah kat kepala ni ha.

Tadi siang, sorang pekerja tak datang. Terpaksa la aku tolong cover kawasan dia- tolong yang mana tahu je. Penat aku sorang jaga belakang. Lagi dua orang jaga counter bila ramai orang. Aku sorang kena tengok orang membeli dan memilih- aku tak puas hati tapi diam je lah. Bos yang suruh gitu.

Cepat la aku dapat kerja nurse. Aku dah tak larat kot nak kerja sehari suntuk macam ni. Nak pengsan. Kerja kedai, nak mintak cuti pun rasa serba salah- baru sangat- tapi bila sakit camni dapat rehat sehari pun ok dah la. Hmm..

Entah lah. Semua dalam rumah ni pun macam dah berjangkit-jangkit je batuk. Harap cepatlah semua sembuh. Karang pusing-pusing jangkit sakit sampai sudah.

Ok lah. Tak larat dah nak membuka mata. Doakan aku dan keluarga aku lega dari sakit ni. Amiin..