Pengikut

Sunday, March 4, 2012

Hanya kerana seringgit~

Assalamualaikum warahmatullah.

Tadi keluar ke sebuah Mall. Keluar makan tengah hari. Abang bawak kereta dan parking kat tempat parking Mall tu. Seringgit tanpa kira masa. Parking, banyak kosong.

sumber : enchek google


Tapi, aku tengok banyak lagi kereta berderet kat luar tu. Penuh dan menyesakkan. Kenapa? Takkan hanya kerana seringgit?

Kalau parking kat dalam, kan ke senang kot nanti-nanti hujan. Tak lah penuh lobi Mall tu berderet-deret kereta nak menjemput orang.

Nak balik tadi, abang aku cakap, "saman parking"

Aku berpaling. Sebuah kereta yang lebih besar kena saman. Parking depan Mall tu je. Aku tanya abang aku, saman parking berapa? RM200, kata abang aku. (Tak sempat ambil gambar pak polisi tu tengah tulis saman)

sumber : makcik google

Hanya kerana tak nak bayar seringgit.

Bila kereta bergerak lagi, aku tengok lagi, kereta berderet parking tepi jalan. Jalan sibuk. Nanti, bila jalan sesak, salahkan orang lain dan bising.

Aku tak pernah bawak kereta, mungkin aku tak faham. Tapi, abang aku banyak bercerita pendapat dia bila aku naik kereta dengan dia, dan dia seorang pemandu juga.

p/s: Tak tau lagi bila akan berlesen. Hee.

Doodle bercerita tentang makan ubat~

Assalamualaikum warahmatullah.

Pernah makan ubat? Ubat berbentuk pil kadang-kadang menyebabkan masalah yang sangat besar pada sesetengah orang. Layan kisah di bawah.


1. Perlukan dua orang untuk makan ubat? Lepas masukkan ubat, mendongak dan minta kawan tuangkan air.


2. Tahan dengan tangan supaya ubat tak terkeluar semula.


3. Ubat mula turun ke tekak dan lidah mula menolak-nolak. Pahit mula terasa. Epiglotis terbuka ke tertutup? Teragak-agak.

Apakah ubat berjaya ditelan? Apa kesudahannya?


















Susah ye nak telan ubat? Aku pun tak faham. Sampai semua orang marah-marah dan dia pun bengang. Adik perempuan aku la ni, tak reti telan ubat. Tau tak apa yang dia makan? Pil Chi Kit Teck Aun yang kecik tu.

Aku rasa geram je, apa pasal susah sangat nak makan ubat. Dia yang sakit. Aku memang pantang kalau orang macam ni. Grr..

Tapi, lawak jugak. Yang tolong dan paksa tu abang sulung aku. Haiya..

p/s: Tidak berada di rumah.

Saturday, March 3, 2012

Perompak terlampau!

Assalamualaikum warahmatullah..

Entry ni aku tulis untuk mengingatkan supaya berhati hati. Baca kes benar di bawah untuk mengetahui kaedah tipu muslihat mereka.


Kes 1:

Pemuda: Assalamualaikum. Wak, saya ni nak mintak sayur sikit.
Wak: Waalaikumsalam. Alah, wak ni dah tua. Pergi la ke belakang tu cabut sendiri.

(Wak ke dapur ambil pisau)

Pemuda: (Diam-diam masuk ke rumah.)
Wak: La.. Kau diam-diam dah naik rumah rupanya.
Pemuda: Saya nak buang air la wak. Tak tahan ni.
Wak: Ye lah. Wak ambikkan pisau ni, nanti kau ambik la sayur sendiri ye?
Pemuda: (Hilang dari pandangan dan keluar beberepa minit kemudian.) Tak jadi la wak. Saya tak boleh la buang air kecil kat rumah orang.

Pemuda balik. Wak masuk rumah, tengok semua bersepah. Rumahnya baru saja dirompak!


Kes 2:

Tengah hari Jumaat.

Lori mencari besi buruk berhenti depan rumah. Tuan rumah dipanggil tapi tak dilayan.

*Lelaki 1= India

Wak: Tak pe lah. Tak payah. Aku tak nak jual besi.(Terus duduk dalam bilik air.)
Lelaki 1: (Masuk ke rumah tanpa diundang). Saya ambik besi dengan zink kat luar tu ye. Wak lelaki mana?
Wak: Pergi sembahyang Jumaat la. (tipu, dia sebenarnya sudah lama kehilangan suami)

Lelaki 1: Wak, ada ular kat bawah zink ni.
Wak: (Keluar dari bilik air) Mana?
Lelaki 1: Oh, saya dah bunuh dah. Jom ke depan jalan timbang berapa banyak besi dapat.
Wak:(Ikutkan saja)
Lelaki 1: 5kg. Nah RM1.
Wak: (Takut dan terima dengan pasrah)

Seorang lelaki Melayu sedang bergayut dalam telefon. Tiba-tiba seorang kawannya keluar dari rumah wanita tua tersebut.

Wak: La..kau dah masuk rumah aku rupanya.

Mereka cepat-cepat pergi. Wak masuk rumah. Habis semua periuk belanga yang besar dan duit diambil. Beberapa hari selepas itu, baru dia tersedar, rumah atas juga dah dimasuki dan barang kemas, habis!

Sebelum pulang mereka ada berkata: Nanti Jumaat saya datang lagi. (!!!!)

Laporan polis tak dibuat serta merta. Si anak cuma pujuk ibu dengan bawak jalan-jalan ke pasar malam. Duit tak boleh dapat lagi kalau report pun katanya. (Ya Allah. Fikir demi sendiri je ke? Keselamatan? Kemudian hari?)

Kes 3:

Lelaki muda (India): (Turun dari lori) Besi buruk ada? (Dah nampak la tu zink banyak, basikal tepi rumah.)
Makcik: Takde. Takde!
Lelaki muda: Itu ada sana. Saya ambik.
Makcik: Takde. Tak nak jual. Tak jual. (Bercakap hanya melalui tingkap. Pintu terkunci)
Lelaki muda: Nanti malam2 saya datang bawa lori saya ambik semua! (Ugut!)
Makcik: Datangla kalau berani! Saya report polis! Datanglah. Saya report tau la. Saya telefon polis terus! (Kembali ugut)

Makcik berdebar-debar bila malam tiba. Alhamdulillah, mereka tak datang.


*************************************

Memang melampau! Merompak dengan menjadikan wanita tua sebagai sasaran. Wak di kes 2 dah kena berkali2. Ada kes lain lagi yang jadi. Ni la buat aku tak nak tinggalkan mak kat rumah sendiri bila siang. Tapi, mak pulak risaukan aku anak perempuan dia.

Berhati-hati bila kat rumah. Jangan percaya kat orang yang tak kenal. Tengok-tengokkan ibu kat rumah. Jangan ambil ringan kes macam ni. Takut!

Malam-malam ada jaga kampung- orang-orang muda, tapi, dia sekarang bertindak siang!