Pengikut

Thursday, October 20, 2011

..maafkan saya..~

Petang itu mereka keluar menunggang basikal ke kedai berhampiran.

Si ibu membelek-belek barang-barang yang ada di kedai itu. Si anak turut sama membelek-belek, mencari sesuatu yang diminati.

Tidak lama kemudian, terjadi perbualan yang akhirnya menyebabkan Yuhara-san memarahi anaknya. Miko-chan jadi tak keruan. Dia memeluk ibunya, " Ibu..ibu..." dalam nada memujuk. Pada mulanya, ibu yang bertubuh kurus itu cuba tidak menghiraukan anaknya, namun, dia mengalah juga. Dipeluk dan dibelai anak kesayangannya yang satu.

Setalah selesai memilih barang yang dikehendaki, gam berharga 3000yen, Miko-chan menarik tangan ibunya. Bahagian barang permainan. Dia meneliti setiap satu permainan yang ada dan matanya terpaku pada sejenis permainan blok. Dia menunjukkan kepada Yuhara-san. Yuhara-san menyatakan bahawa itu tidak sesuai untuknya.

Miko-chan meneliti pula permainan yang lain. Sesekali dia mencuba dan menggayakan permainan yang ada. Entah kenapa, satu pun tidak diminatinya. Dia tetap menunjuk ke arah permainan blok tadi. Ibunya pula asyik menidakkan segala yang dia mahukan.

Bila dia terpandang mainan yang terletak tinggi, dia meminta Yuhara-san mendukungnya. Ternyata hubungan mereka amat erat dan mesra. Sepanjang masa itu, Yuhara-san kerap mengusap dan memperbetul rambut anaknya.

Dalam tempoh tidak sampai 30minit itu, hubungan dan kasih sayang antara mereka jelas tergambar, mungkin tidak cukup untuk digambarkan dengan kata-kata. Walaupun akhirnya tidak ada satu permainan pun yang dibeli, mereka tetap melangkah keluar kedai sambil berpimpin tangan dengan senyuman. Yuhara-san sempat meminta sekarung plastik untuk menutup kepala anaknya. Petang itu, hujan yang akhirnya semakin reda menyaksikan kasih sayang seorang ibu dan anak perempuan yang erat memeluk badan ibunya dari tempat belakang basikal.

p/s: adaptasi kisah benar. Seolah menonton drama kekeluargaan Jepun.

No comments: