Pengikut

Monday, December 31, 2012

Masa yang terjual~

Assalamualaikum warahmatullah..

Berapa banyak duit kita dah dapat dengan menjual masa kita? Kita kerja, gunakan masa. Kita sibukkan diri dengan mencari wang ringgit. 

Kawan minta tolong buat kerja dia, dia beli masa kita dengan wang ringgit. Tapi, berapakan nilai ringgit tu?

Kita sibukkan diri, kita kata kita masih muda, masa ni lah nak kumpul harta. Dengan kudrat yang ada, dengan komitmen yang kurang berbanding orang lain, kita jual masa kita untuk wang ringgit.

Kita beri alasan pada diri, tolong kawan, tapi niat dalam hati memang nak cari duit lebih. Kita nak pergi solat, tapi terlintas dalam fikiran, kerja tak siap lagi. Kalau tinggalkan kerja, kawan susah.

Membuat pilihan terasa susah. Masa yang satu nak diguna untuk perkara beribu.

Tapi, soalnya, berbaloikah masa yang terjual? Berapa nilai wang ringgit yang kita dapat? Sampai mana dapat kita bawa?

p/s: Niat di hati nak cakap dengan teman-teman sekerja, tolonglah jangan asyik beli masa saya dengan wang ringgit. Aku rasa macam orang gila harta bila setuju tolong buat kerja bila orang tawarkan dengan wang yang tak seberapa- nilai yang jauh lebih rendah dari masa yang lebih berharga.

Saturday, December 29, 2012

In the closet~

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah..

Tadi, aku tak perlu kerja,. Kenapa aku seronok sangat? Sebab hari ni memang hari aku cuti @ "day off" setelah beberapa hari kerja "double shift". Stress dan memenatkan sebab sangat sibuk dan stress dengan tekanan teman sekerja. Kena marah, kena arah. Nak nangis.

Oh, susah kalau ada teman sekerja yang pandai bawak mulut. Dah jumpa banyak. Kena jaga-jaga. Jangan percaya sesiapa. Susahkan? Ini namanya bersangka buruk ke?

Hari tu tak pasal-pasal ada orang bawak cerita pasal aku. Terkejut bila dengar dari mulut orang lain. Bukan la cerita buruk, tapi memalukan.

Sebab tu lah, aku masih menjarakkan diri dari semua orang. Lebih baik aku dengan dunia aku je. Tak boleh cerita apa-apa kat sesiapa pun walau benda kecik. Maklumlah, perempuan- orang kata. Aku pun terkadang terlepas cakap jugak.

Yang pasti kena lebih berhati-hati dengan apa kita cakap. Muhasabah diri. Sebab aku dah pernah cakap pasal orang, Allah bayar "cash" untuk ingatkan aku kot. Astaghfirullah.

In the closet,
I stay,
Keeping a distance,
I pray,
Be safe..

In the closet,
I stay,
Closing the heart,
I pray,
Be brave...

In the closet,
I stay,
Watching from far,
I pray,
Be aware...

Fragile heart, about to break,
In the closet,
I kept..

p/s: Kawan masa kat Uni juga yang paling dekat dengan hati. Mungkin dah lama sangat kami bersama. :) Thank you Allah for those friends, and please let our heart stay together always without even seeing face to face.

Thursday, December 13, 2012

Kesabaran teruji lagi~

Assalamualaikum warahmatullah.

Semalam dah rasa kecil hati kena suruh itu ini sedangkan dah habis shif. Pagi ni ada pulak orang tegur seolah-olah kita ni sengaja tak nak tolong kawan dalam hal kerja. Suruh kita susun jadual kerja dan mohon apa yang patut, bila mohon untuk "not available locum" kata kita nak sabotaj pulak.

Aku pun tak faham apa maksud dia. Rupanya, dia nak kata kita sengaja tak nak tolong orang. Tu pasal bila cuti buat "not available". Aik?

Aku baru je kerja malam ke-5 kan? Locum kan? Aku tak kata tak nak pun. Aku tak nak ungkit, tapi tetiba kata macam tu pulak. Aku pun nak cuti. Aku nak cuti nak balik kampung. Tak payah la cakap macam tu.

Takkan aku nak kena ungkit semua benda? Habis la pahala aku tolong orang macam ni. Tak payahlah fikir negatif kat orang sangat. Aku tengok orang lain tu mohon cuti bukan main lagi, tak apa je. Siap buat sendiri jadual, bila nak kerja pagi, bila nak kerja petang. Aku tak cakap apa-apa pun.

Sensitif sangat ke aku? Ye, mungkin. Tapi, bila kita tak berniat apa-apa, tak fikir langsung nak buat benda jahat orang cakap macam tu, kecil hati la jugak. Akhirnya, aku dah padam apa yang aku mohon. Sekali je aku mohon cuti "not available locum". Kalau ikut sakit hati tadi nak padam je semua. Tapi, bila fikir bulan ni tak dapat balik kampung, aku biarlah yang satu tu.

Lain kali aku tak payah mohon apa-apa. Letak la nak aku kerja sepanjang masa ke, ikut suka kamu la. Tapi, suruh habiskan annual leave cepat sebelum bulan 3. Mintak cuti tuduh sabotaj. Terima kasih la buat aku kecil hati.

p/s: makin hari tengok perangai orang yang tak reti hormat orang lain, buat rasa rimas. Nak kita je hormat. Give and take la kawan.

p/s: OH, SABAR MAKIN KURANG. UJIAN MAKIN MENDATANG. UJI SABAR. OH, UJIAN~

Astaghfirullahal 'azim.

Wednesday, December 12, 2012

Hati kering~

Assalamualaikum warahmatullah~

Nak nangis. Kenapalah orang suka buat macam ni?

Dah la datang lambat. Kenapa bila korang yang ikut doktor korang boleh je pass kat orang next shif?

Aku rasa dah beberapa kali aku kena stay sebab ikut doktor. Aku rasa aku masih tak pernah datang lambat.

Aku bukan nak cakap aku lebih baik, memang aku pun ada buat kesilapan, tapi, kalau dah berkali-kali korang buat. Aku pun macam korang jugak. Aku pun tau marah. Cuma aku tak reti nak marah kat muka korang je.

Jangan sampai aku hilang sabar.

Please lah. Aku dah bosan la dengan perangai korang.

Kalau marah orang, bukan main lagi, macam korang tak pernah buat salah. Kalau korang buat salah, ada fikir?

Mood: Geram. Luahan perasaan. Nak marah kat diorang tak reti. Bebel je la kat sini. Hilang mood rasa nak kerja lagi malam ni. Kalau aku dapat tangkap silap salah diorang, jaga la korang. Aku tak ada nak cakap baik-baik lagi dah.

Tuesday, December 11, 2012

12.12.12

Assalamualaikum warahmatullah..

Hee.. Hai hai.. Dah lama sangat sangat tak menulis kat blog ni. Mood tak ada la sejak kerja ni.

Tapi, hari ni dek tarikh keramat 12.12.12 aku nak menulis. Aku tau semua orang pun suka tarikh ni. Ada orang nak nikah, nak bertunang dan macam-macam lagi nak buat masa tarikh ni kan?

Oleh kerana itu jugaklah, ramai jugak ibu mengandung nak melahirkan anak pada tarikh ni. Pada awalnya dah ada 7 kes untuk pembedahan melahirkan anak / Lower Segment Caesarian Section (LSCS) tapi dah kurang tinggal 4 je sebab ada yang dah tak boleh tunggu 12.12.12. Keadaan tak mengizinkan.

Ada lagi 3 kes untuk induce of labour (IOL), paksa bersalin guna ubat. Secara keseluruhan ada 7 kes bersalin esok. Itu yang dah ada dalam senarai, yang tiba-tiba nak bersalin belum lagi.
updated: Induce of labor = 6 orang.

Apa kaitan dengan aku? Huhu. Disebakan kebarangkalian untuk esok menjadi hari yang sibuk untuk wad kami, maka, sister letak aku sebagai back up untuk kerja pada malam ke-5 pada "hari tidur"/sleeping day aku. Patutnya aku kerja malam 4 hari je. Tapi kena buat locum hari ke-5, kalau wad sibuk.

Rasa macam dah confirm je aku kerja ni. Tadi pun, katil tinggal 7 je kosong. Malam tadi pun dah ada 3 kes walk in untuk bersalin.

Apalah ada dengan tarikh? Walaupun mengikut kepercayaan orang Cina, tarikh tu tak ong (tak bagus) nak jugak diorang ni lahirkan anak tarikh tu. Huhu.

Bukan je ibu mengandung ni yang semangat, "orang atasan" pun semangat jugak. Siap beritahu kat doktor, kalau boleh biarlah ada 12 orang yang bersalin pada tarikh tu. Nak masuk dalam surat khabar katanya. 12 orang bersalin pada tarikh 12.12.12. Yela, lepas tu yang sibuk kitorang ni. Lepas tu, kalau ada masalah apa-apa kitorang jugak kena marah. 

Nasiblah...

p/s: Satu lagi tarikh lawa, 20.12.2012. Ini pun kawan aku yang beritahu. Aku pun tak perasan. Diorang (berbangsa India) siap cakap lagi, dalam ramalan tarikh ni adalah tarikh end of the world. Akan jadi gempa bumi yang dahsyat. Dah ada kat beberapa tempat mula kena gempa. Aku senyum je la dengar. Mungkin la kot dalam kajian sains ada tengok mungkin jadi bencana alam yang dahsyat. Kalau end of the world (kiamat) tu...err...Wallahua'lam..

Saturday, October 20, 2012

Transition stage~

Assalamualaikum warahmatullah.

Wah! Semakin hari semakin jauh aku tinggalkan blog ni.

Aku berada di suatu peringkat perubahan yang kritikal. Semakin aku sesuaikan diri aku dengan keadaan sekarang, semakin banyak perkara yang aku terpaksa lepaskan. Betullah kata orang, kita perlu lepaskan sesuatu untuk dapat sesuatu yang lain.

Semakin hari, tanggungjawab dalam kerja makin bertambah. Lagi-lagi setelah aku dapat surat pengesahan jawatan. Aku rasa macam nak lari je dari semua tanggungjawab ni.

Dah 6 bulan aku kerja. Dah setengah tahun.

Pada sesetengah orang, mungkin ia dah cukup lama, tapi, pada aku..

Susahnya nak sesuaikan diri dan emosi aku. Bila akhirnya semua ni akan jadi normal? Bila aku akan rasa semua ni biasa? Atau aku sendiri yang perlu mengubah persepsi aku supaya semua ni rasa biasa dan normal?

I just can't accept the current progress of my life. I want to be a successful someone like many of my friends and have a stable life, but, do I have to get through all this first? Why is it feel so long? 

Huhu. I miss to be happy and live with no much worries. I miss of having a chat and laugh with my closest friends, doing crazy things.

People around me now? I'm not sure that I can call them friends yet. They are just my colleagues. We met at work and mostly talk only about work. I couldn't let them to step into my life just yet. Not that much.

Is it just me?

Thursday, October 4, 2012

Berhenti Kerja?

Assalamualaikum warahmatullah.

Nampaknya, masalah kat tempat kerja aku sekarang dah semakin teruk. Aku dah dengar semakin ramai orang hantar surat berhenti kerja. Bukan sekadar wad aku, tapi wad lain juga.

Hmm. Aku pun merasa kepenatan bila kerja lebih masa dengan banyak. Yang paling aku khuatir, ada dengar-dengar kononnya, mereka tak bayar duit locum dengan betul. Ada dapat kurang dari yang sepatutnya??

Betul ke? Aku ada cuba kira-kira tapi, entahlah.

Bulan lepas pun aku tak dapat cuti lama lepas naik malam. Bulan ni pun sama. Hari ni aku last shif malam, tapi esok aku dah kena kerja pagi, lusa pulak kerja double. Aku nak salahkan sister pun tak boleh, sebab memang dah tak cukup staf.

Aku? Buat masa ni aku perlu bertahan. Aku nak dapatkan jawatan kat mana-mana dulu baru aku akan pergi dari sini, tapi niat tu memang dah ada. Bukan aku sibuk nak kejar duit sangat, tapi, kalau kat tempat lain boleh dapat lebih dengan cuti yang lebih praktikal mesti la aku pilih situ kan?

Mak aku dah telefon, tak balik bulan lepas. Kakak ipar pun dah telefon tanya. Anak buah aku masuk bilik tanya, aku mana. Aduhai. Anak buah aku yang baru pun dah balik kampung sini.

Bila mak dengan kakak ipar aku tanya, aku rasa sangat geram Aku geram sebab aku tak dapat balik, dan geram sebab rasa macam diorang tak faham aku kena kerja, dan seolah-olah aku sengaja tak nak balik. Huhu.

Entahlah..

Aku harap ada rezeki kat tempat lain yang lebih baik. Kat sini banyak benda limited. Huhu.

Friday, September 28, 2012

Tak cukup nafas! @ Interview SPA~

Assalamualaikum warahmatullah..

Bila fikirkan semula apa yang aku cakap @ merepek masa interview tadi, rasa tak cukup nafas!

Mula-mula aku fikir lega dan aku dah buat yang terbaik, tapi, bila fikir semula macam mana kalau mereka lihat apa yang aku cakap dari sisi negatif? Ya Allah.

Rasa tak cukup nafas. Risau.

Bertenang CP, bertenang..

Ingat Allah, doa banyak-banyak, minta Dia perlihatkan sisi positif aku pada mata penemuduga.

Minta pada Dia supaya aku lulus interview. Doa dengan penuh yakin dan spesifik.

Bila dia tanya aku tadi, kenapa datang naik pengangkutan awam? Aku jawab la tak ada sesiapa nak hantar. Dia jadi pelik. Kenapa tak ada sesiapa nak hantar?

Aku cakap lah aku duduk kat sini sendiri. Terus dia tanya soalan pasal pengangkutan awam.

Tak nak fikir! Tak nak fikir!

 p/s: dalam belanjawan ada sebut jururawat? Tapi terlepas pulak nak dengar detail dia. Apa yang dicakap tadi?

Thursday, September 27, 2012

D-day is Tomorrow~

Assalamualaikum warahmatullah..

Esok, hari yang buat aku berdebar dan hari yang aku nantikan sepanjang aku belajar.

Interview SPA. Doakan aku banyak-banyak..

Saturday, September 22, 2012

Just Because I'm Single and Young~

Assalamualaikum warahmatullah..

Kadang-kadang nak je aku suarakan. Tapi, takut dikata aku ni banyak complain.

Setiap kali nak mintak aku buat double shift secara tiba-tiba, mesti ada je yang cakap,

"you single lagi, tak ada apa-apa komitmen. Muda lagi, kena kerja kuat."

Tadi pun, setelah aku dah set dalam minda aku akan kerja shif pagi sahaja, maka, aku boleh buat persiapan untuk interview, aku diminta untuk buat double shift sebab labour room sibuk. Staf senior kat luar kena masuk nursery, aku kena kerja kat luar (wad).

(Sedangkan semalam, bila senior aku tanya sister boleh tak dia cuti dan aku ganti kerja kat wad, dia kata tak boleh sebab dua-dua junior, takut petang sibuk- pelik.)

Bila aku kata tak boleh sebab ada hal, dia tanya,

"hal apa yang penting sangat? Tak boleh ke tangguh lain hari?."

Hanya sebab aku belum berkahwin dan muda tak bermakna aku tak ada tanggungjawab selain pada kerja. Tak juga bermakna aku tak faham erti penat bila bekerja lebih masa.

Aku juga seorang anak, seorang kakak, seorang adik, seorang kawan dan aku juga ada tanggungjawab pada diri aku.

Aku pun rasa serba salah jugak. Cuma, kamu semua mungkin tak nampak. Kalau bukan aku ada hal penting, sakit, penat sangat atau aku bukan kat kampung, aku boleh je nak kerja double.

Hmm. Harap tak ada la sesiapa bising-bising atau sangka aku tak nak tolong. Lagipun, mula-mula memang mereka tanya orang lain dulu, tapi orang tu kata tak boleh buat.

Serba salah, tapi, aku memang perlu bersedia untuk interview dan ada hal adik aku yang perlu aku uruskan. Cumanya, aku tak suka nak beri alasan panjang lebar pada orang. Aku lebih suka kalau orang terima tanpa banyak tanya.

p/s: I hate that when I devote myself to my job, I seems to neglect my devotion to God. Oh, please, I couldn't handle this any longer. Send me somewhere. A place where I'll remember You whenever.

Thursday, September 20, 2012

Nilai Seorang Hamba: Aku dan Duniaku~

Assalamualaikum warahmatullah..

Prof Muhaya kata dalam Forum Perdana Ehwal Islam:

"Aku dan duniaku.."

Sejauh mana aku fikirkan isu Palestin? Sejauh mana aku fikirkan isu Rohingya? Sejauh mana aku fikirkan isu saudara-saudara seagama aku?

Hari-hari aku rungutkan soal kerja. Hari-hari aku rungutkan perangai orang. Hari-hari aku cuma tahu merungut.

Sejauh mana aku fikirkan tentang keluarga aku sendiri?

Prof Muhaya kata lagi,

"Mulakan kerja dengan niat, kerana Allah.."

Sejauh mana aku benar-benar niat kerana Allah? Apa niat aku? Kenapa hari-hari ada terlupa pada Dia? Kalau betul berniat pada Dia, kenapa masih leka, dan tak amanah? Kenapa masih ada rungutan?

Aku yang tak cukup kuat..

Hmm...

p/s: Doakan la saya ditempatkan di tempat yang buat saya lebih ingat Dia..Amiin....Lagi 8 hari nak interview SPA..

Sunday, September 16, 2012

Malaysia Day- The day Malaysia unite!

Assalamualaikum warahmatullah..

16 September..

Happy Malaysia Day!. This is when we unite and be together.

Let us maintain this peace and harmony. LOVE MALAYSIA.

"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."

p/s: Hari Ahad + cuti = nak ke mana?

Saturday, September 15, 2012

Gigil: "Post Delivery" Pitam!~

Assalamualaikum warahmatullah...

Haha. Hari ni sebenarnya aku Night Off, tapi aku kena kerja double shift. Tak apalah, fikir je la dapat duit locum. Huhu.

Apa yang buat aku gigil? Penat kerja? Lapar?

Memang penat la jugak, ramai pulak patient hari ni, walaupun hari Sabtu. Lapar? Memang siang tadi sibuk sampai tak sempat makan. Lepas tu, kawan aku kasi coklat. Kekeke...

Aku gigil sebab...

Tadi, aku bagi ubat pukul 8pm kat seorang patient ni. Dia baru lepas bersalin. Dia kata nak pergi toilet. Lama jugak aku pastikan dia larat ke tidak, pening ke tidak, boleh ke nak bangun. Dia kata, boleh. Dia nak cuba. Dia kata dia dah minum milo, dah makan- supaya ada tenaga. Aku pun bersetuju nak bawa dengan ditemani suami dia lah. Langkah berjaga-jaga.

Perlahan-lahan aku ikut setiap langkah yang diajar, satu persatu aku suruh patient buat. Berkali-kali aku tanya, dia okay ke? Kalau pening atau rasa tak larat cepat-cepat beritahu. Suami dia jaga sebelah, aku jaga sebelah.

Berjaya! Sampai ke toilet. Selepas dia buang air kecil (rujuk notes), dia tiba-tiba rasa pening. Ini normal. Cuma kena berjaga-jaga. Aku pun mintak patient bertenang, pandang atas dan tarik nafas dalam-dalam, dan hembus (deep breathing). Aku mintak suami dia basahkan muka dia, bagi dia minum air sikit (dalam toilet-oops, emergency maa..). Dia semakin okay.

Aku beritahu, kalau dah okay baru kita bangun ke katil. Tak nak la dia tiba-tiba pengsan. Aku bagi dia masa. Tapi, dia semacam serba salah buat aku tunggu lama. Dari awal lagi pun dia kata nak pergi ke toilet dengan suami dia je, tapi aku bertegas nak teman-kalau apa-apa jadi susah aku.

Setelah beberapa minit, dia kata, dia dah okay. Boleh bangun. Aku pesan lagi, kalau pening atau tak larat cepat-cepat beritahu. Elok je sampai kat pintu toilet,

"Saya pening.." dan dia terus lemah. Mujur ada suami dia pegang. Tapi, suami dia cemas sangat sampai menjerit mintak tolong. Aku pun cemas jugak. Alhamdulillah aku dapat fikir dengan baik, aku tarik call bell dalam toilet- call bell toilet ni bunyi lain sikit, bunyi emergency. Maka, kawan aku pun datang dan semakin ramai orang datang. Kami ramai-ramai angkat pesakit naik atas katil.

Alhamdulillah, dengan bantuan semua orang patient baring kat katil. Cek tekanan darah, normal, cek oksigen dalam darah, normal. Lega!

Lepas tu, staf yang lebih senior pun tolong tenangkan patient. Memang normal sebab dah keluar banyak darah masa bersalin, memang sesetengah patient ada risiko macam ni. Kemudian, suruh patient minum milo dan makan biskut. Bagi ada tenaga sikit.

Lega. Kalau lah aku benarkan patient pergi toilet sendiri tadi. Patient pulak berkali-kali mintak maaf dengan aku. Bukan salah dia pun. Cuma muka aku ada la cuak sikit. Tangan pun ketar. Takutla kalau patient jatuh.

Hee.. Mujur pernah sekali jadi macam ni sebelum ni dan senior aku dah ajar cara nak hadapi, kalau tak, aku yang terlebih cuak.

Notes:
 1.Penting untuk patient lepas bersalin buang air kecil dalam tempoh 4-6jam sebab nak bagi peranakan boleh mengecut- uterine contraction- kembali ke bentuk asal. Kalau tidak risiko pendarahan lebih tinggi.)

2. Pertama kali nak pergi tandas lepas bersalin, lebih baik ada nurse yang ikut. Sebarang kemungkinan boleh jadi. Hee..

p/s: Alhamdulillah, walaupun sedikit lambat, adik aku berjaya dalam rayuan UPU. Nampaknya, rezeki dia memang dengan buku dalam library. Dari tingkatan satu sampai 6atas jadi pengawas pusat sumber, siap jadi Naib Presiden pulak. Sekarang dapat kursus pengurusan Perpustakaan dan Maklumat pulak. Kerja dengan buku la. Bestnya..

Friday, September 14, 2012

Crazee~

Assalamualaikum warahmatullah..

Today is my sleeping day after 4 days of night shift. But I did not sleep yet today.

Crazy over a few things lately..Funny me..

p/s: Too tired. Want to have my sleep now.

Saturday, September 8, 2012

Tired~

Assalamualaikum warahmatullah.

Tired. Well, maybe it is my body. Lack of nutrients. Heh.

I've been working double shift for few days. People would say, it's okay, because I'm single and young. Working double shift should be no problem.

But, I don't feel the same. I'm having ache all over, especially my knees. I loose my weight, from 41-42kg to 39-40kg now. Err..

However, what can I do? Nothing. I just don't feel like arguing or changing my shift or request to cut my shift. It just don't feel right unless the sister told me to.

I do complain and mumble about how tired I am, but, that's it. It's a relieve to talk about it, and I'll just continue to work.

p/s: Hutang dah bayar :)

Tuesday, September 4, 2012

Dah Bayar Sewa~

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah. Room mate beri pinjam duit dia dulu RM25. dah bayar sewa. lega rasa. kalau tidak, malu rasa nak duduk rumah ni.

Aku pulak berhutang. Jangan aku lupa sudah. - Tulis dalam blog biar ada bukti.

Kena rekod..Huh.

p/s: Tak sangka penat rupanya kerja double dua hari. Esok dua hari lagi double. Fuh..

Monday, September 3, 2012

Tak suka situasi ni!

Assalamualaikum warahmatullah..

Huhu. Aku lupa ambil duit untuk bayar sewa lagi. Tiap malam ingat, bila pergi kerja lupa.

Budak yang tukang kutip sewa dah tanya dah. Aku paling tak suka bila keadaan ni berlaku. Orang tanya aku mintak duit. Aku rasa macam la aku ni tak nak bayar.

Bukan aku sengaja nak lupa. Aku kerja double shif 2 hari, mana nak ingat nak ambil duit dah. Balik je terus rasa nak cepat sampai rumah. Tak fikir lain dah.

Dia kata, esok kena bayar terus kat tuan rumah. Aduhai, segannya la bila lupa bayar. Segan nak jumpa tuan rumah. Aku bukan sengaja tau. Aku betul terlupa nih.

Aku geledah bilik, beg aku segala tadi, memang cukup duit nak bayar sewa, tapi, RM20 semua pakat duit seringgit. Takkan nak bayar sewa guna duit seringgit. Macam sedih gila, tak ada duit sangat je.

Tak sukanya....!!

p/s: Pelik la. Aku rasa orang tersebut hutang aku RM25, bila ditanya, kenapa dia kata tak ingat? Dia siap tanya aku ada rekodkan ke tidak. Aiyaya..RM25 tu. Kalau tambah duit tu, cukup aku nak bayar sewa rumah. Ke dia dah bayar? Kenapa aku tak ingat langsung? Hmm.. 

Saturday, September 1, 2012

Dah sampai masa?

Assalamualaikum warahmatullah..

Haritu, buat persiapan untuk pertunangan abang aku yang ke-3. Tiba-tiba,

"Lepas ni CP pulak," ujar salah seorang makcik.

Senyap.

"No comment," tu je yang mampu aku cakap.

"Kenapa pulak? Dah sampai masa dah. Kena la ada," ujar seorang lagi makcik.

Cuma mampu senyum.

"Umur berapa?"Tanya seorang lagi makcik." Sebaya EP ke? EP dah nak kahwin dah."

Mana ada sebaya? Aku 24, dia 25 la. Dia lelaki. Err..

"Umur dah 24? Macam budak-budak je lagi," tiba-tiba seorang makcik cakap.

Maksud? Aku nampak muda? Aku berperangai macam budak-budak? Atau?

Aku rasa aku matang je walaupun aku ada sedikit perangai budak-budak. Dan soal kahwin..aku ada banyak benda nak buat lah. Banyak sangat. Bukan kahwin ni macam kutip barang tepi jalan atau beli barang kat kedai, kan?

Alahai. Inilah nasib bila abang-abang dah mula mendirikan rumah tangga. Jadi bahan la lepas ni. Aish..

p/s: Teringin nak tukar jadual harian yang membosankan ni. Kerja, makan, tidur. Kalau la boleh berbasikal ke, skipping ke, menari ke (hah??), apa-apalah yang boleh gerak-gerakkan badan ni kat seronok. Dapat main badminton pun mesti seronok. Huhu..

Friday, August 31, 2012

Obsessive?

Assalamualaikum warahmatullah..

Height of 152cm with weight of 40-42 kg.

Light? Skinny? Heavy? Fat?

Just enough?

I guess this is a growing up lady's obsession. It's not that I want to be lighter, but..

I feel funny about myself. Seems like something wrong here and there. Even the face and the skin.

Maybe this is what my friend said, "Cp is starting to grow up. Before, she never think about beauty and body image at all." Err.. I never did took care of myself much before. Heheh.

A teenage girl just awaken? Haha.

p/s: Why must a woman care so much about her image? It's annoying. Grr.. Hate this feeling of imperfection.

Friday, August 24, 2012

Lunch-western..

Assalamualaikumwarahmatullah..

beefsteak..

Macam biasa kalau hidangan pelik pelik ni, abang sulung aku la yang punya kerja. Tapi, memang sedap..Anak buah aku, Is pun suka. hehe.

Bahagian batang pinang...lembut...

Thursday, August 23, 2012

Raya ke-3: setengah hari di hospital Ampang.

Assalamualaikum warahmatullah.

Sedang semua orang berhari raya masa raya ke3, aku pulak yang sepatutnya kerja shif pagi terpaksa jumpa doktor lagi. Bila cek, suhu aku 39.3'C. Doktor yang cek kata nak kena cek darah. Tapi, aku belum confirm jawatan. Aku kena bayar. Dah la on call lagi. Aku kira kena bayar lebih 300ringgit. Tak sanggup aku.

Maka, aku pun mintak doktor refer aku ke hospital kerajaan. Aku fikir nak ke hospital mana. Dek kerana lokasi, aku pilih hospital Ampang.

Kat sana, aku kena tahan lama jugak lah. Masuk air 3botol. Cek darah 2kali. Beberapa kali orang kat sana cek aku. Diorang suspek aku kena denggi. Tapi, tak pun. Disebabkan platelet aku pun ada rendah sikit, kena la jugak cek darah.

Dalam pukul 1pm, aku dapat balik, dia pesan suruh aku cek darah esoknya. Aku cakap aku nak balik kampung, dia pun bagi surat refer.

Masa tu berapa kali ntah orang tanya, datang sorang ke? Habis tu? Aku nak datang dengan siapa? Lagipun, kalau tak silap aku umur aku dah 24.Tak ada masalah pun datang hospital sendiri. Kan? Tapi, sampai ke aku nak balik pun orang tanya lagi, datang sorang je? Haha.

p/s: semalam cek darah okay je. Doktor tu pun jumpa aku 5 minit pun tak sampai. Punya la lama aku tunggu nombor giliran aku. Ramai orang sakit lepas raya. Haha. Demam raya.

Monday, August 20, 2012

Bila nikmat makan ditarik~

Assalamualaikum warahmatullah

Nikmat makan ditarik sementara. Makanan mak bawak pun dah rasa tak sedap. Kesian mak jauh datang dari kampung bawak makanan untuk anak dia.

p/s: rasa nak mintak MC lagi je esok.

Raya kedua- MC~

Assalamualaikum warahmatullah..

Semalam aku kena kerja double shif. Tapi, bila petang aku cek suhu aku, 39.8'C. Haha. Kawan aku pun suruh jumpa MO- medical officer. Setelah dipaksa, aku pun pergi la.

Bila sampai kat ED- emergency department- suhu jadi 40'C pulak. Haha. Lucu je rasa. Doktor pun tanya la, aku kerja apa hari ni, double, aku jawab. Esok? Double jugak. Dia pun bagi aku MC.

Aku cakaplah, tak ada orang dah nak ganti. Dia kata, tak boleh kerja la. 40'C kot. Okay, kesimpulannya, aku MC hari ni.

Demam raya.

p/s: Kawan aku cakap, kalau dia mesti dah mintak MC lagi untuk esok. Cuti balik rumah terus. Esok aku kerja shif pagi.

Selalu aku demam sehari je dah baik, kali ni tak baik-baik pulak. Terpaksa terus makan panadol dan antibiotik yang doktor bagi.

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri~

Assalamualaikum warahmatullah~

Kad raya buruk~
p/s: Ingatkan malas nak fikir raya, tapi sana sini pasal raya..Hahah..Maaf lah. Ini pertama kali tak raya, tu yang melebih-lebih sikit. Emosi~

Macam sedih je situasi ni~

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ni tak jadi double. Patient dah kurang. Aku diberi keutamaan untuk cut dan balik. Jujurnya, aku mintak balik bukan sebab nak sambut raya, tapi, aku dah tak larat. tak tau la kenapa, baru dua hari double, badan dah tak sihat.

Situasi sekarang yang macam sadis sangat nih: Demam sorang-sorang dalam bilik dan tak balik raya. Kekeke..

Friday, August 17, 2012

Ter'Stress'~

Assalamualaikum warahmatullah.

Dua hari double shift ni, busy pulak wad. Pesakit biasa je jumlah, tapi macam-macam hal. Bila ada refer ke doktor lain, mesti jadi kelam kabut. Macam-macam arahan yang tak biasa kena buat.

Tadi, aku sangat stress. Banyak kerja shift pagi yang tak selesai dan aku terpaksa cover untuk semua tu. Memang aku rasa nak mengamuk, dan aku dah bebel-bebel sangat tadi. Tak dapat nak kawal dah geram.

Kalau aku buat kerja tak siap, mesti esoknya aku kena "tembak", tapi, bila aku terpaksa cover untuk orang lain, aku tak sanggup nak marah. Aku cuma geram dan lepaskan geram macam tu je. Bebel-bebel. Tu je.

Entahlah. Atau mungkin sebab minda aku dah fikir, aku terpksa kerja masa raya dan aku rasa tak ikhlas?

p/s: Tadi, tertengok iklan dari KKM tentang nurse yang terpaksa kerja hari raya. Tetiba rasa cool down sikit. Rupanya, ada orang ingat dan hargai. Ikhlas, please cP~ Bukan tak cuti langsung pun. Tadi, geram punya pasal, mesej adik aku pun aku tak reply. Pasal raya. Rasa stress nak jawab.

Wednesday, August 15, 2012

Bila Masa Lalu Membelenggu~

Assalamualaikum warahmatullah..

Masih dirantai oleh masa lalu
Terbelenggu
Langkah aku masih di situ
Nampak aku di depan
Hakikatnya aku masih terkebelakang

Aku masih terbelenggu..

p/s: Hidup statik.

Selepas Puas Berleter~

Assalamualaikum warahmatullah.

Sampai je aku kat rumah sewa, aku berleter dekat kawan aku. Dia balik kampung esok. Lama dia cuti. Jeles. Kekeke.

Okay2. Dah. Aku nak bertenang dan menerima seadanya rezeki aku ni. Tak baik pulak aku duk membebel. Ada orang sibuk nak cari kerja lain untuk dapatkan duit lebih.

Tak apalah. Terima je la kali ni. Hee.

Astaghfirullah.

p/s: Bagus jugak kerja keras, tak la ingat sangat raya, kan? Cumanya, tak tau la bila nak makan kuih raya aku ni. Duk kerja je.

Bukan tak balik langsung. Ramai lagi orang tak dapat nak balik raya langsung. Please, bersyukur wahai cik CP~

Ceritera Raya: Saya Bekerja (Updated)~

Assalamualaikum warahmatullah..

(UPDATED)
Mungkin sebab ni hari ni pertama kali aku bekerja di kala raya. Aku rasa macam sadis jugak la cerita raya aku.

Hari ni, aku akan balik ke KL. Esok kerja sampai la raya ke-4.

Jadual aku:

Esok kerja petang. Updated: Esok kena kerja double shif jugak. Ada kawan MC. Kalau tidak, petang ni pun kena kerja. Mujur kat kampung. Ini dah gigil, bukan gigih. Nak nangis. Sob sob. Nasib baik cover macho. Kalau tak lama dah.
17-18/8: Double shif.

Malam raya aku dekat wad ye? Pengumuman raya? Sama macam masa puasa haritu la. Tanya kat orang lain je.

Hari raya? Aku kerja shif petang. Aku dah bayangkan pagi raya tu aku duduk termenung dalam bilik sambil makan kuih raya sorang-sorang. Tak ada ketupat tak ada rendang. Tengah hari, aku akan beli makanan kat cafe je la.

Esoknya, raya kedua, double lagi. Gigih kan aku kerja masa raya?

Raya ke-3 kerja pagi, dan insyaAllah aku akan terus balik kampung. Masa tu mesti aku rasa lega, alhamdulillah dapat balik kampung. Cuti 3 hari, lepas tu naik shif malam 4 hari pulak. Lepas tu cuti lagi 3 hari, insyaAllah balik kampung lagi- sambung raya. Haha.

Amacam? Best tak ceritera raya aku tahun ni?

p/s: Hari ni nak balik sana, mak semangat masak kat aku ketupat dengan rendang. Bukan ketupat segera ye? Ketupat original tau. Kesian katanya, nanti raya tak dapat makan.

Nak bungkus kuih raya sekali. Penat aku buat tau malam tadi. Kekeke. Konon. Updated: Mood tak boeh ketawa dah.

Kawan lain kerja shif malam, aku rasa macam okay lagi. Aku kerja double 3 hari berturut-turut sebelum raya masa pertama kali aku nak kena kerja masa raya. Raya ke-2 double lagi. Raya ke-3, jangan harap la kalau ada orang suruh aku buat double jugak. Mau tang-tang tu jugak aku nangis. Haha.

Aku tau ni pun kira rezeki, tapi...can you just imagine?

Saturday, August 11, 2012

30 out of 363~

Assalamualaikum warahmatullah.

30 daripada 363 orang. Itulah purata untuk aku berjaya melepasi interview.

Ramainya orang. Ya Allah. Takutnya..

p/s: Tengah mohon untuk tukar night slot dengan kawan. Harap-harap dia setuju dan aku dapat mohon day off untuk 28/9/12.

Friday, August 10, 2012

Macam mana nak pergi?

Assalamualaikum warahmatullah.

Hmm. Aku tengok jadual aku. Masa temuduga tu aku shif malam. Sempat ke nak pergi sana? Lagipun, mesti aku mengantuk yang amat. Dah la hari ke-3. Macam mana ni?

p/s: Ada ramai kawan yang dapat jugak. Competition.

Thursday, August 9, 2012

Terbalik kampung dan satu lagi kelahiran :) ~

Assalamualaikum warahmatullah...

Aku baru balik dari kampung. Cuti sehari je sebenarnya, tapi sebab hari ni shif malam, sempat lah.

Semalam, aku pergi ke Hospital Sungai Buloh tengok kakak ipar dan anak buah baru aku (Muhammad Iqram Daniel). Asalnya, mereka cuma boleh balik esok, tapi, tiba-tiba je doktor baby kata dah boleh balik petang semalam. Dek tak ada sesiapa nak pegang baby, aku kena la ikut balik kampung untuk pegang baby. Mujur dia tidur je sepanjang perjalanan.

Memang dia tak banyak merengek. Hari ni, mereka balik Pahang. Maklumlah nak dekat dah raya, rumah sana tak habis kemas lagi. 

Isqandar mula-mula malu-malu tengok acik Alin dia dengan baby, lepas tu..sibuk nak pegang je. Pagi-pagi bangun terus cakap nak tengok adik. Excited la pulak dia. Lagipun, mesti dia rindu dengan acik Alin dia. Seminggu jugaklan acik Alin dia duduk hospital. Tapi, nak buat macam mana, lepas ni tak boleh la nak menyendeng-nyendeng dah. Acik Alin dah ada baby. Kekeke.

Dan satu lagi berita, Alhamdulillah. Malam tadi kawan aku Jijah dah selamat melahirkan seorang puteri. Dia berpantang kat Pantai Timur la nampaknya. Cuti 3 bulan pulak tu. Boleh raya puas-puas la. Hehe.

p/s: Dapat interview SPA hujung bulan 9. Suka tapi berdebar-debar. Doakan aku, ye. Harap-harap dapat kerja dekat hospital yang dekat dengan rumah abang aku. Tak payah nak fikir rumah sewa dah. Kat situ pun senang sikit nak cari makanan. Nak masak pun boleh. Shhh..Jangan sampai kawan-kawan sekerja aku tau, tau?

Sunday, August 5, 2012

Alhamdulillah..Kelahiran + Kelahiran + Kemenangan~

Assalamualaikum warahmatullah..

4/8/12 - Kelahiran anak buah no.2 - anak sulung abang aku no.4. Masih belum ada nama. Berat dia 3.43kg okay. Mak dia dah la kecik je. Patutla nak keluar ikut tingkap. Alhamdulillah. Tadi, dapat berita dah balik wad dengan mak dia. Semuana okay dah.

Tak tahulah sempat jumpa tak budak ni. Mungkin mak dia akan balik esok dan terus balik ke Pahang untuk confinement (dalam pantang).
A boy without a name..yet..kekeke
5/8/12 - 56 tahun yang lalu seorang anak perempuan dilahirkan. Kini, dia seorang wanita unggul. Mak aku la... :) Selamat Hari Lahir mak..:) Love U. Nanti orang belikan handbag baru, ye? Ehehe..

Mak saya...:)


Dan akhir sekali, berita kekalahan wira kita, Lee Chong Wei melawan Lin Dan, wira China dalam acara perseorangan badminton di Olympic, London. Huhu. Menang la jugak, no. 2. Tak dapat la makan ais krim free ye? Heheh.

Lee Chong Wei dah main bagus dah. Kalau kita masih tak puas hati, tak tau lah nak kata apa. Sangat sengit! Debar tengok.


p/s: Adat pertandingan. Ada kalah ada menang. Setiap yang ada di dunia, ada lawannya.

Oh, cucu pertama lahir bulan 4 sama macam arwah abah, cucu ke-2 lahir bulan 8 sama macam mak pulak. Wow! 

Saturday, August 4, 2012

Emergency Lower Ceasarean Section~

Assalamualaikum warahmatullah.

Kakak ipar kena buat emergency operation. Pray for her and her baby. Amiin.

Updated: LSCS ended. Baby currently admitted in NICU. Hope everything okay. 

5cm~

Assalamualaikum warahmatullah.

Kakak ipar masih dalam proses bersalin normal. Tapi, dari pukul 11 malam tadi sampai sekarang baru tambaj bukaan (os) 1cm je. Malam tadi 4cm, sekarang 5cm. Memang dah jangka. Anak pertama selalu lambat. Harap masa bersalin nanti baby tak tersedut meconium tu la.

p/s: Selalu je ada kes meconium stained kat wad. Kes selamat pun baby kena masuk NICU untuk observation dan investigation. Kes teruk..hmm..baby tak dapat diselamatkan.

Kakak Ipar Dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh~

Assalamualaikum warahmatullah.

Baru je beberapa minit aku dapat panggilan telefon dari abang aku no-4, kakak ipar aku (mengandung anak pertama) terpaksa dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebab baby dah buang air besar (BO) dalam perut- meconium stained.

Aku cuma mampu tanya, kena buat operation ke tak je, sebabnya aku tau meconium stained ni bahaya untuk baby yang dalam kandungan tu. Kalau baby tersedut masuk najis dalam paru-paru adalah sangat bahaya. Aku tak tau nak cakap apa dengan abang aku. Hmm..

Aku nak ke sana pun jauh, bukan ada kenderaan. Esok pulak kerja petang, kalau kerja shif pagi, boleh jugak aku pergi petang. Ahad pun kawan aku mintak aku buat shif petang untuk dia. Tukar shif. Hmm.

Kakak ipar no-1 haritu pun terpaksa ke situ juga sebab baby lemas- fetal distress. Alhamdulillah selamat la walaupun terpaksa masuk NICU - neonatal intensive care unit.

Ya Allah, harap-harap mereka berdua selamat. Amiin. Permudahkan lah urusan, kalau kena operate, cepatlah, kalau boleh bersalin normal mudahkanlah. Abang aku kata dah 4cm, tapi kalau 4cm untuk anak pertama, baru 4cm sebenarnya. Bukan dah 4cm.

p/s: Tak boleh nak tidur lena dah la walaupun mengantuk. Rasa nak je ke sana sekarang jugak. Walaupun tak dapat tolong, sekurang-kurangnya sebagai nurse yang kerja kat wad bersalin, diorang akan rasa lega sikit bila aku ada- walaupun aku tak pandai pun lagi. Hmmm...

Friday, August 3, 2012

Kuat Membebel~

Assalamualaikum warahmatullah

"Cp ni kuat membebel lah," kata seorang kawan sekerja.

Err...Aku kuat membebel ke? Ye kot. Tapi, alasan aku untuk membebel adalah, aku takut orang marah bila aku buat kerja lambat. Huhu. Bukan salah aku. Itu je aku nak cakap. Aku saja pura-pura nak membebel, supaya orang tak marah aku tiba-tiba. Tu je.Sekian.

Tadi memang sangat sibuk sampai tak cukup katil. Dah macam hospital kerajaan. 

p/s: Dah suruh abang pecahkan duit raya. Agak sadis raya kali ni. Pertama kali kena beri duit raya, tapi, aku tak raya pun. Sob sob.

Saturday, July 28, 2012

Being Muslimah~

Assalamualaikum warahmatullah.

(From Soal Wanita @ TV AlHijrah)

"I don't want to see women compete just for the sake of good look, like who's skinnier..I want women to fight in order to do good deeds.. Indeed, that is what being a Muslim all about" Myriam Francois Cerrah.

 "Use your faith and go out there to show the value of your faith."

Use what you are capable to do in order to spread the good deeds. You don't have to be an "ustazah" to do so, you can just be who you are.

In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful
 
"By Al-'Asr (the time)(1) Verily! Man is in loss, (2) Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma'ruf) which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar)which Allah has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allah's Cause during preaching His religion of Islamic Monotheism or Jihad, etc(3)" QS Asr (103) : 1-3

p/s: Envy of certain people's spirit. Where can I get those?

The only word that came out of my mind is...~

Assalamualaikum warahmatullah..

I fell asleep just now. Currently, I'm awake and not sleepy at all. I'm having a little stomach discomfort. Not sure why.

I don't know why I feel a little bit empty. The only words that came out of my mind..

Lost In Translation

I guess I just have no idea what to write.

p/s: Tomorrow pm shif.

Wednesday, July 25, 2012

Alamak? Aku tersilap ke?

Assalamualaikum warahmatullah..

Sob sob. Segan nak cerita. Tapi kan, tadi aku rasa macam berlaku perkara yang buat aku rasa segan lah. Haha.

Kan aku ada cerita tentang program Kembara Ramadhan ILuvIslam tu, kan? Maka, dengan semangatnya aku keluar rumah pagi tadi pukul 10 lebih. Aku ke KTM dan tunggu KTM hampir satu jam. Ikutkan hati nak batalkan niat ke Masjid Negara, tapi, aku teruskan jugak. Tak nak la batalkan niat nak ke masjid, kan? KTM sekarang lambat sangat lagi-lagi yang 6 coach tu.

Bila sampai stesen Kuala Lumpur, aku jalan menonong je. Akhirnya, tanya la seorang pekedai kat situ macam mana nak ke Masjid Negara. Kena jalan jauh, turun tangga, lalu lorong bawah tanah yang sunyi (ada seorang lelaki duduk kat lorong tu dengan sejadah kat sebelah dia). Dah la pulak tu lorong tu basah, banjir kat hujung.

Bila sampai kat Masjid Negara - kosong. Tak ada apa-apa pun. Yang ada orang kerja kat situ, pelancong asing, dan ada kelas apa entah kat situ. Aku tanya-tanya ada tak sebarang aktiviti kat situ, mereka kata, tak ada.



Aku tengok jam, awal lagi nak masuk Zohor. Akhirnya, aku buat keputusan, tak dapat solat Zohor kat Masjid Negara, solat kat Masjid Jamek pun tak apalah. Aku fikir nak ke stesen Bandaraya dulu, lalu Sogo lepas tu ke arah Masjid Jamek, tapi...aku tersilap lagi.

pening dengan stesen LRT ni - google

Aku naik train stesen aliran Kelana Jaya, berhenti kat Masjid Jamek kena tukar. Aku tersilap arah. Kat Masjid Jamek tu arah lain. Aku hampir-hampir silap naik. Akhirnya, aku keluar je kat stesen Masjid Jamek tu. Terbang duit aku RM1.20. Kalau tak tiket RM1 je. Tu la, tak fikir dulu sebelum beli.

Aku pun buat keputusan jalan sepanjang jalan kat Jalan TAR tu, berapa kali entah aku duk ulang pusing sana pusing sini carikan tudung yang nenek aku pesan dan tudung untuk mak. Masa kat gerai pertama tu aku telefon mak, nak tudung tak? Mak kata mestilah nak. Haha. Siap suruh beli banyak-banak pun tak apa, kalau murah, katanya. Amboi kemain.. Yela, dia kata tudung dia "habis" semua. Tak tau la ke mana.

punya la banyak tak reti nak beli jugak - google


Sejauh-jauh aku berjalan, aku cuma jumpa satu je tudung yang berkenan, tudung nenek aku. Saiz XL warna biru gelap dan berbentuk segi tiga. Tak mau bulat, ye.

Aku pun patah balik ke stesen Masjid Jamek dan ke gerai pertama tadi. Diorang cam aku! lantaklah. Aku beli tudung kat aku satu, kat mak aku 2, kat adik aku satu. Selesai! Tiba-tiba teringat mak cakap, beli banyak pun tak apa. Serba salah la pulak. Aku singgah la kat Muaz dan beli lagi 4 helai! tudung. Wah wah. Gila aku beli tudung banyak camtu. Cantik ke tidak tak tau la. Aku tak reti nak nilai.

Nanti aku balik kampung, aku keluarkan je semua macam jual longgok je la. Pandai-pandai la diorang nak ke tak nak. Malas dah nak fikir.

Dan akhirnya, solat Zohor aku kat Masjid Jamek la, bukan Masjid Negara.

Oh, ye. Dalam perjalanan balik, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari mak aku. Dia tanya, aku dah balik ke? Aku beritahu la aku dalam train. Dia kata, ingatkan kalau aku belum balik, dia nak mintak belikan beg tangan murah-murah. Ececece. Beg tangan yang aku kasi kat dia dah koyak (ingatkan beg berjenama tak koyak, cait!), tak boleh nak masuk barang dah. Beg yang kak ipar aku kasi besar sangat, katanya.

Nak beg tangan raya le tu... Kekeke.. Nantilah, tunggu gaji bulan depan pulak, InsyaAllah. Baki bulan ni, nak simpan dalam bank lain pulak.

sekadar gambar hiasan - google


Banyak duit aku habis harini. Tak apalah, untuk family sendiri, bukan untuk aku berjoli tak tentu hala. Dah ramai perempuan sekarang kat rumah. Bukan macam dulu.

Err..bazir ke? Pertama kali ni aku shopping tudung banyak-banyak. Lepas ni tak nak beli dah. Pening sebab tak reti!

Eh, ada lagi. Balik tadi aku tak terus balik rumah. Aku singgah bazar. Lama tak ke bazar tu. Dekat je dengan tempat belajar dulu. Alang-alang. Dah la kat rumah aku ni susah nak cari makanan halal. Bukan susah, memang tak ada pun. Beli murtabak satu, tau foo fa satu, air sebungkus. Nasi? Tak ada! Takut kekenyangan nanti. Masa tengok memang la rasa semua nak, sat gi tak habis bazir je.

p/s: Masih tak pasti, kat mana aktiviti kembara Ramadhan tu sebenarnya? Bukan kembara Ramadhan yang aku dapat, aku yang mengembara. Memang teruji la jugak iman aku.. air keliling jual! Astaghfirullah..

Kembara Ramadhan @ Masjid - I Luv Islam~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ini aku cuti. Lagi? Kekeke. Dah jadual macam ni. Lambat lagi la cuti aku minggu depan.

Sedang aku duk fikir-fikir nak buat apa hari ni malam tadi, aku belek-belek internet. Terjumpa pula iklan promo ni kat facebook. I Luv Islam akan mengadakan kembara Ramadhan di masjid-masjid utama di Selangor. Hari ini, aktiviti ni akan diadakan di Masjid Negara! 

Terfikir untuk pergi, tapi, tengoklah macam mana keadaan. Aku ingat-ingat lupa je ni cara nak pergi. Lagipun, sorang-sorang je.



Meh aku copy paste jap aktiviti yang dirancangkan:

*Tentatif tambahan (ISNIN-JUMAAT)

9.30 pg: Bicara iLuvRamadhan bersama penulis-penulis buku Islam 'Best seller'
11.00 pg: Forum khas muslimah bersama YB Puan Rodziah Binti Ismail dan selebriti 'Solehah'
12.00 tgh: Pameran & jualan barangan untuk projek Hospital Untuk Gaza (H4G)
5.00 ptg: Persediaan majlis berbuka puasa


Tentatif program (SABTU/AHAD)

5.00 ptg: Demo masakan iLuvCook@Chef Sabri & Solehah TVAH, Ustazah Pilihan Astro Oasis
5.00 ptg: Bicara iLuvRamadhan bersama Solehah & penulis-penulis buku Islam 'best seller'
7.00 ptg: Majlis berbuka puasa
7.45 mlm: Solat Maghrib & Tadarrus Al-Quran bersama Imam Muda
8.45 mlm: Solat Isyak
9.00 mlm: Solat Tarawih bersama Imam Muda
9.30 mlm: Tazkirah Ramadhan – Tajuk: 'Cinta Ramadhan' oleh penceramah jemputan
9.45 mlm: Sambungan Solat Tarawih
10.15 mlm: Slot khas Palestin 'Tangisan Gaza' – usahasama ILUVISLAM & NGO (MAPIM) untuk dana Hospital Kanak-kanak Gaza
10.45 Mlm: Moreh & tidur
4.00 pg: Qiamullail
5.15 pg: Makan sahur
6.00 pg: Solat Subuh & bersurai

 Kalau nak tahu lebih lanjut terus je ke laman web ILuvIslam.

Ada sesiapa berminat? Kekeke. Yela, mana ada ramai orang cuti hari Rabu macam aku ni.

p/s: Merindui kemanisan rasa Ramadhan. Lainnya Ramadhan tahun ni.

Tuesday, July 24, 2012

Nak pindah!

Assalamualaikum warahmatullah.

Bila Ramadhan ni rasa makin kritikal keperluan nak pindah rumah.

1. Tak selesa langsung nak masak kat rumah ni. Walaupun niat masih terhalang (tak dapat beli rice cooker) tapi, memang dalam hati ada rasa berat hati nak masak.

2. Tak selesa nak guna pun barang kat rumah ni terutama peti ais. Bukan nak diskriminasi, tapi bila duduk dengan non-muslim ni terpaksa ragu-ragu jugak.

3. Susah nak cakap. Mereka dah besar, dah dewasa. Sesekali bawak teman lelaki, suami (yang duduk asing) masuk rumah. Susah nak keluar bilik. Kena sentiasa berjaga-jaga. Dah macam tak duduk rumah sendiri. Sedangkan aku pun bayar sewa jugak.

4. Roommate pun dah cakap nak pindah lepas ada lesen. Nak kena cari rumah lain awal-awal. Tak nak duduk bilik ni sorang-sorang. Tak larat nak bayar.

5. Entahlah. Kalau boleh nak ada kawan dalam rumah ni. Bosannya..Kalau boleh biarlah yang boleh masak sama-sama, deal apa-apa sama-sama, kemas rumah dan buat aktiviti-aktiviti dalam rumah sama-sama. Rindu zaman duduk kat apartmen masa belajar.

Kawan yang tengah cari rumah pun masih tak dapat cari. Susah betullah nak cari rumah dan bilik kat sini. Yang sesuai dengan citarasa. Aku rasa macam duduk oversea. Payah betul nak survive.

p/s: Malam ni buka ala kadar. Malas dah nak fikir nak cari makanan. Bukan ada kedai nak pergi beli pun. Tak bestnya duduk sini. Tapi, terima je lah seadanya. Mujur ada tempat tinggal lagi.

Cuti raya, raya ke-4 selama 3 hari je. Hari ke-4 cuti kerja malam. Baju raya banyak (kain pasang orang bagi, dan mak suruh beli), pakai entah bila nanti. Sebelum raya pun cuti dua hari je sebab lepas naik shif malam patut cuti 3 hari, (sleeping day, night off + day off) tapi, day off terpaksa kerja shif pagi pulak. Tak tau la dapat balik ke tak. Mak dah pesan siap-siap suruh tolong kemas rumah. Hmm..

Monday, July 23, 2012

Zakat Fitrah: Pertama Kali~

Assalamualaikum warahmatullah..

Tadi pergi ke Tesco, niat di hati nak beli rice cooker. Tapi, dah ditakdirkan semua rice cooker saiz mini dah out of stock temporarily. Tak masak la nampaknya.

Lagipun, roommate awal-awal dah beritahu, dia takkan masak masa puasa. Dia nak cut diet dia, tak makan nasi langsung. Aku ada fikir juga, kalau aku masak sorang-sorang bajet aku akan lebih ke tidak banding dengan beli kat luar. Cumanya, aku fikir nak masak ni, demi nak makanan lebih berkhasiat - cewah. Maklumlah, takut kolesterol tinggi.

Apa kaitan dengan zakat fitrah pulak ni? Okay-okay.

Lepas beli barang makanan apa yang patut dan sedikit tak patut (mee segera), aku turun la menuruni tangga bergerak a.k.a escalator. Menanti kat hujung tu adalah dua orang amil yang bertugas mengutip zakat fitrah kat situ. Mula-mula aku dah terdetik nak bayar, tapi, segan. Aku pun pergi la ke Watson dulu beli barang sikit. Lepas tu, aku mesej abang aku tanya macam mana nak bayar. Tak sempat abang aku balas mesej, aku dah duduk dah kat kerusi tempat bayar tu.

Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Aku cakap, " pertama kali nak bayar."- Selama ni arwah abah lepas tu abang aku bayarkan, ye.

Amil tu cakap, "belajar-belajar la. Baca ni je," sambil tunjuk tulisan atas kertas tu.

"Inilah wang menggantikan beras fitrah wajib ke atas saya tahun ini kerana Allah"

Aku baca dan lepas tu dia pun baca akad dia. Lepas tu, tadah tangan baca doa. Amiin.

Lega. Ni la pertama kali aku bayar zakat fitrah sendiri. Maklumlah, dah bergaji. Tahun lepas aku ada fikir nak bayar jugak masa aku kerja kat kedai tu, tapi, entahlah. Segan je lebih.

Bukan susah pun bayar zakat fitrah. Lepas dah bayar, lega rasa. Macam dah tunai satu tanggungjawab yang besar.

Korang? Dah bayar ke? Selalunya dengar dah nak dekat raya atau saat-saat akhir baru orang bayar. Baik bayar awal. Tak la sesak dan ramai rang sangat. Takut lupa je nanti.

Oh, lepas tu, aku mesej abang aku beritahu dah bayar dah. Best je dia balas, 

"lega. Kurang satu duit raya." 

Yela-yela. Aku tau aku dah kerja. Tak layak dah nak dapat duit raya. Sob sob.

* Satu fitrah sebanyak satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras bernilai RM 7.- tertulis kat resit ke apa bukti pembayaran ni.

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

p/s: Esok shif pagi. Mata dah ngantuk. Bismikallahumma ahya wa amutu..amiin.. :)

Sunday, July 22, 2012

1 Ramadhan di Kampung :)~

Assalamualaikum warahmatullah..

Apa khabar semua? Puasa tak? Sekarang ni kat kampung. Hari ni balik tempat kerja. Sob sob.

Alhamdulillah dapat meraikan hari pertama Ramadhan kat kampung. Semua orang ada masa berbuka tadi kecuali abang no. 3. Kerja. Lama aku tak dengar berita pasal dia. Cuma dengar haritu ada balik.

Menu semalam bertemakan makanan laut. Eceh. Yela, ada padprik udang, sotong sambal dengan ikan bakar. Elok pulak menu jadi tema makanan laut. Tapi, lupa nak ambil gambar. Kekeke..

Bila kat rumah ni, aku memang jarang online sekarang. Sebab aku rasa sayang nak luangkan masa kat depan laptop. Aku rasa lebih baik aku luangkan masa dengan family aku. Kan?

Mak dah tanya lagi pasal al-Quran digital tu. Katanya, pakcik aku dah beli dengan harga lebih murah dari yang dia dengar sebelum ni. Aku bukan apa, aku nak kena pastikan al-Quran yang aku beli nanti diluluskan. Tak nak la beli yang ada silap kat mana-mana.

Aku juga dah beritahu family aku yang aku tak dapat cuti hari pertama raya. Aku pun tak pasti lagi cuti raya yang aku minta diluluskan ke tak. Harap-harapnya dapatlah.

Ingat hari ni nak beli rice cooker, nak beli rak baju. Tapi, aku belum beritahu abang aku lagi. Nantilah kejap lagi. Dia dah pergi mana entah. Senang sikit kalau abang aku hantar aku boleh beli barang-barang semua tu. Nak angkut sendiri susah la. Kalau boleh, nak jugak beli penyapu dengan mop. Penyapu yang ada kat rumah tu dah nazak sangat. Nak beli kat kedai runcit kat sana, mahal sangat aku tengok. Mau terjegil biji mata aku.

Kamu semua pulak macam mana? Apa cerita 1 Ramadhan?


p/s: Kerja..kerja..kerja..kenapalah masih tak seronok nak kerja?

Thursday, July 19, 2012

Segmen Nostalgia Ramadhan~

Assalamualaikum warahmatullah.

Dek tertarik dengan hadiah utamanya, aku join. Dah lama tak join segmen. Sebenarnya, mak ada cakap-cakap haritu nak beli Al Quran digital ni.

Nostalgia Ramadhan aku tak lain dari kisah yang satu: Pemergian arwah abah pada 5 Ramadhan 8 tahun lalu.

Kalau ikutkan tak nak cerita. Sedih kot. Kekeke.

Takkan lupa pagi tu kat asrama aku bangun seawal 5 pagi. Aku membersihkan diri dan mengambil wuduk. Aku ambil Surah Yasin dari locker, dan aku baca perlahan-lahan di tepi katil. Baru saja seminggu lalu aku balik kampung.

Beberapa hari tu, aku tak dapat bercakap dengan abah bila aku telefon. Lepas tu, semalamnya hujan sangat lebat, guruh berdentum, kilat sabung menyabung. Dek sekolah atas bukit, memang tak berani la nak guna telefon awam.

Hari tu dari pukul 9pagi, ada ujian Matematik. Latih tubi untuk lebih tepat lagi. Maklumlah, dah nak SPM. Masa tu paper 1 (Tak pasti pukul berapa)Tengah aku menjawab soalan dengan muka serius berkerut-kerut dan menekan-nekan kalkulator, aku nampak seorang junior masuk ke dewan.

Tiba-tiba, " Miss CP binti Mohd Anuar, sila ke pondok pengawal sekarang juga."

Memang berdebar-debar. Entah kenapa, hati aku dah rasa tak sedap. Aku kemas barang-barang aku. Lambat agaknya, cikgu HEP aku datang. Dia suruh aku cepat-cepat kemas ambil barang-barang penting je. Sementara jalan ke kelas, dia tanya tentang abah. Sakit ke?

Dup! Nak luruh jugaklah jantung. Air mata aku tahankan. Sesuatu dah jadi, tapi, aku cuba nafikan sedaya aku.

Sampai kat pondok pengawal, pakcik dengan sepupu aku tunggu dalam kereta. Cikgu tanya, kenal tak orang-orang tu. Aku cakap kenal. "Pakcik dengan sepupu saya"

Masuk dalam kereta, diorang cuba berbual kosong. Aku cuma mampu menjawab tanpa rela. Air mata aku dah bertakung. Aku nampak diorang pun serba salah. Sampai je aku kat rumah pakcik aku (sebelah rumah aku) aku nampak ramai orang. Air mata yang aku tahan berjurai jugak bila kaki aku jejak ke tanah.

Mana abah? Arwah dah selamat dikebumi. Tak nak lambat-lambat, katanya. Arwah meninggal beberapa minit sebelum Subuh pagi tu. Saat aku membaca Yasin kat asrama.

Penyesalan, marah dan sedih bercampur-baur. Kesal sebab baru je minggu lepas aku tak ambilkan air untuk abah yang tengah termengah-mengah. Marah sebab sepatutnya minggu tu boleh balik kampung, tapi, cikgu ubah jadual balik. Sedih. Sebab mestilah sedih.

Okay. Inilah nostalgia Ramadhan yang paling aku takkan lupa. Selepas arwah meninggal, aku selalu jalan sorang-sorang. Aku tak banyak bercakap dan aku suka mundar-mandir kat kawasan sekolah. Aku tak tau apa yang aku cari masa tu.

Kalau aku menang hadiah utama, aku memang nak kasi kat mak. Kalau tak dapat, plan nak spare duit gaji bulan depan nak belikan kat mak. Kekeke...Tak tau la berapa harga.

Saya nak tag:

Yui

p/s: Err.. rasa tak best la tulis kisah sedih. I'm not asking for your sympathy, just a true story. Moral: Jangan lawan cakap mak ayah, nanti menyesal tak sudah.

Suatu hari nanti~

Assalamualaikum warahmatullah.


Aku nak jadi orang pandai yang kaya dan terkenal.

Kekeke.. Atas asalan peribadi. Malas nak cerita.


Mood: Blurr..

Dah kurang membaca sekarang.. tak ada mood lah.

p/s: Rimas la pulak dengan bunyi salakan anjing jiran-jiran yang tak kira masa nih. Malam terakhir shif malam hari nih. Esok mau balik kampung.

Membawa telefon bimbit ke sekolah: Pendapat~

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku pasti ramai yang dah perdebatkan isu ni. Aku sekadar nak menyatakan pendapat aku.

Pada aku, sepatutnya isu ni tak perlu ditimbulkan lagi. Dah jelas kalau tanya budak-budak mesti mereka suka sangat-sangat kalau boleh bawa telefon bimbit ke sekolah.

Bukan tak nak percaya dengan mereka ni, tapi, hakikatnya dengan pelbagai gajet yang ada telefon bimbit dah bukan lagi satu keperluan.

Kenapa dulu kita tak kisah pun tak ada telefon bimbit? Kalau telefon awam semua berfungsi dengan baik, telefon di sekolah boleh diguna untuk kecemasan, tak perlu dah rasanya nak bawa telefon bimbit ni, kan?

Aku mengaku, aku pernah alami masalah bila tak ada telefon bimbit masa aku kat asrama dulu, tapi, itu bukan salah peraturan tak boleh ada telefon bimbit.

Budak-budak sekolah sekarang pun, aku tau ramai yang bawak. Aku sendiri ingat lagi masa asrama ramai je yang bawak telefon bimbit ni, waima pengawas sekalipun. Sembunyi-sembunyi lah. Bila hilang baru nak menangis. Salah siapa?

Kalau dah benarkan bawa, kena bertanggungjawab lah kalau hilang. Kalau tak benarkan mereka masih bawa, tanggungjawab sendiri kalau hilang. Kan ke dah bertambah menyusahkan guru-guru kat sekolah. Kalau tak pun, kena ada hitam putih persetujuan untuk pelajar yang bawa telefon bimbit ni, kalau hilang tanggungjawab sendiri.

p/s: Selalu beritahu pesakit, barang berharga atas tanggungjawab sendiri, tapi, bila berlaku kes hilang barang kami masih dipertanggungjawab. Tak pasal-pasal kena buat incident report.

Tuesday, July 17, 2012

First Night~

Assalamualaikum warahmatullah.

Lalok. Baru balik dari shif malam. Teruk je rasa. Berapa kali tulis silap. Bukan buat silap, tulis silap. Salah eja lah, salah tempatlah. Lupa nak tulis itu ini.

Senior aku ada beritahu suruh rehat sekejap. Aku je degil tak nak rehat @ lelapkan mata jap. Akhirnya, walaupun tak mengantuk sangat, tapi jadi tak berapa nak betul jugak la kepala ni. Harap-harap malam ni dah okay.

Saja nak kongsi tadi dalam rancangan Tanyalah Ustaz ada sebut tentang ibu bapa yang derhaka pada anak.

1. Yang tidak mencarikan ibu yang baik untuk anaknya.
2. Yang tidak memberi nama yang baik untuk anaknya.
3. Yang tidak mengajarkan Al-Quran pada anaknya.

Bila nanti anak derhaka, renung-renungkan semula apa yang kita dah buat pada anak kita sebelum, dan selepas anak itu dilahirkan.

p/s: Dah berdenyut-denyut sebelah kepala nih. zzzZZZ........

Monday, July 16, 2012

Marriage Doodle: EJ's Wedding give~

Assalamualaikum warahmatullah..

One of my best friend is going to get married. I've planned to make her a wedding doodle as a surprise. But, it turns out that the surprise cannot be continued.

Yesterday, she messaged me on Facebook and she requested for a wedding give. She requested for a wedding doodle! Wahaha.. Obviously, I need to think of another present now.
How's the doodle looks like?

Well,

Theme: Red


The difficulty is playing with colors. Again, I fail when it is about color. Finally, I chose red and white. Simple. Hehe.

p/s: Night shift today, but I just can't sleep.

Sunday, July 15, 2012

Doodle Fashionista~

Assalamualaikum warahmatullah.

Fashionista la sangat.



Err.. tentang warna-warni pakaian ni, sebenarnya aku nak bagi la ada rupa macam fashion zaman sekarang ni. Ala, kan sekarang musim pakai baju warna-warni lepas tu tone contra semua.

Sungguh la aku tak reti. Aku suka pakai baju satu ton warna je. Kalau perasan doodle ni tak ada watermark. Saja je nak buat doodle free, kalau ada orang nak la..

Kat bawah ni, aku sediakan yang belum berwarna. Boleh la adjust sendiri.. Aku punya buruk.



Dah mula mood nak mendoodle semula la ni. Kuikui..

p/s: Esok mula shif malam. Nervous..

Saturday, July 14, 2012

Ulzzang?

Assalamualaikum warahmatullah..

Ulzzang. Ada sesiapa tahu ulzzang ni apa?

Aku baru je tau. Sebelum ni, aku pernah jumpa perkataan ni, tapi aku tak ambik tahu. Semalam aku pun search la kat Encik Google tentang makna ulzzang.

Ulzzang ni berdasarkan perkataan Uljjang (Bahasa Korea), yang membawa maksud muka yang cantik. Korang taip je ulzzang kat Encik Google. Mesti korang terpegun. Wahaha. Mesti korang rasa, semua orang pun boleh jadi cantik macam patung.

Rupanya, selama ni bila kita ambik gambar bajet comel tu kita dah termasuk dalam golongan ni la. Ulzzang!

Akibat dari pencarian aku, aku pun dapat la idea dan ilham untuk lukis benda ni. Merepek je.

Ulzzang?

Alone~

Assalamualaikum warahmatullah..

It's 0000 Hour.

The light is off. It's only me and my lappy. The only noise I hear is the fan in it's fullest. A little bit hot this night. Or maybe it's because of the warm water I drank.

A very lonely feeling.

Usually I just feel tense, but tonight, the feeling is different. A sorrow. It feels like you are really alone.

Thinking about the future while the past chained to your feet. How will the life turned to? How will I turned to?

Who am I gonna be? Who am I gonna see? The main question is, who am I wanna be?

A question mark that I will never able to answer.  Till now, I just couldn't see it. I can't even read my own desire. It's confusing. What I want?

Lately, it's growing bigger, the question mark. It's all over everything I'm about to do. Even writing this make another question mark. Why am I writing this? What am I trying to say?

There's something. I keep as a secret. To tell part of the truth, part of the misery, it feels good.

p/s: Only God knows and even some people do know, they will never understand. It's only me and Him. Oh, show me Your way.

Friday, July 13, 2012

Order Tudung~

Assalamualaikum warahmatullah..

Haritu bila balik kampung sekejap, berkesempatan jumpa makcik-makcik dan nenek. Mereka sibuk fikir nak cari baju raya dan tudung raya. Lucu je. Siap bukak website dan suruh aku carikan baju yang menarik.

Nenek aku dah pesan kat aku tudung 2 helai. Mintak beli kat Masjid Jamek. Tudung untuk mak pun tak belikan lagi. Aku ni jujur buta fesyen. Mak aku teringin nak pakai tudung macam mana entah. Kemain mak aku, kalah anak dia nih.

Bila entah nak cari tudung. Kejap lagi nak puasa dah. Nenek aku mintak dua tudung saiz XL warna coklat dengan biru gelap. Dia kata, pernah beli tapi tudung tu bulat sangat, dia nak yang segi tiga sikit. Lawak la pulak ada orang order tudung kat aku. Kalau aku ni pandai, mesti dah boleh buat business. Makcik-makcik aku tu boleh jadi pelanggan yang bagus.

p/s: Teringat-ingat muka kakak arwah. Dia menahan dari menangis bila sebut pasal adik dia. Mesti dia dah faham, dah 6 tahun.

Thursday, July 12, 2012

Warkah Terakhir Buat Kamelia~

Assalamualaikum warahmatullah.

Sebelum ni, aku pernah buat entry tentang anak sepupu aku yang disahkan menghidap leukimia. Baru seminit lalu aku dikhabarkan bahawa si kecil telah dipanggil menemui Illahi di Hospital Tanjong Karang.

Innalillahiwainna ilaihi roji'un..

Al Fatihah.

Ini anak kedua bagi sepupu aku yang dijemput Illahi. Sebelum ini, anak pertamanya meninggal dunia beberapa jam hari (3 hari kot) selepas dilahirkan. Yang tinggal anak kedua, Farahiya.

Palpitation.

p/s: Kerja petang ni. Esok shif pagi. Nak ambik EL boleh ke?

Updated: Confirm EL. Thanks to my colleague who willing to do double for me.  Waiting for my brother to fetch me with his bike.

Joget-joget~

Assalamualaikum warahmatullah.

Joget? Haha. Saja je nak share doodle ni.


Lama tak lukis doodle yang ada tema. Jadi ke ni?

p/s: Confuse. I think it's closed even it's inviting. What is it? It's a secret. Hehe.

Lari Dari Rumah~

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku lari dari rumah semalam. Aku pergi sleepover rumah kawan aku kat Ampang. Borak-borak sikit pasal kerja. Pasal persediaan kahwin. Bukan aku la, kawan aku. Dia nak kahwin dah raya ni. Huhu.

Tadi kawan aku pergi kerja petang, aku pun keluar la sekali. Aku rasa malas sangat nak balik rumah. Kalau boleh tak nak balik rumah sampai malam. Aku pun buat keputusan untuk merayau-rayau. Memang rasa tak nak balik sangat-sangat.

Aku akhirnya pergi SOGO. Beli sehelai seluar je lepas duk pusing-pusing satu SOGO tu. Lepas tu aku makan tengah hari kat foodcourt. Nangis aku makan tadi sebab mahal sangat. Menyesal pilih lauk sotong. Entah kenapa mengidam sotong aku tak hilang-hilang lagi walaupun dah makan dah haritu.

Lepas tu, aku jalan-jalan kat Masjid Jamek. Aku survey tudung nak beli untuk raya. Tapi, aku lupa la warna baju raya tu macam mana. Ingat nak beli kat mak dengan adik aku sekali. Aku pulak mana reti nak beli tudung ni. Tak pandai nak tengok. Macam-macam sangat fesyen zaman sekarang ni. Pening aku nak pilih. Aku suka pakai tudung kosong je. Haha.

Lepas dah jalan kat Masjid Jamek, aku tengok jam baru pukul 3 lebih. Aku pun buat keputusan untuk ke Times Square pulak. (Macam masa keluar dengan kawan aku haritu pun macam ni jugak).

Jalan-jalan turun naik Times Square tu, belek itu ini. Akhirnya, aku beli beg galas. Beg sekolah aku ni dah rosak. Tiap kali aku balik bawak laptop, zip terbukak pulak. Bahaya kot. Walaupun hakikatnya aku memang obses dengan beg galas yang buat aku asyik nak beli je rasa. Mujur beringat, jangan membazir.

Macam bosan je cerita hari ni. Tapi, aku sampai rumah tadi nak dekat Maghrib. Itupun singgah rumah kawan dulu bagi kad kahwin. Lambat sebab tunggu bas. Jem sangat tak sampai hati nak naik teksi. Tunggu bas punya la lama. Dah la pertama kali naik dari tempat tu ke rumah aku. Gelabah je tadi.

Okaylah. Esok aku kerja petang. Sebab tu aku masih celik lagi waktu ni. Kalau tak dah lama dah aku dibuai mimpi.

p/s: Telefon mak tadi. Mak tak nak pergi hospital buat pemeriksaan susulan walaupun dah disarankan oleh jururawat masyarakat sebab tekanan darah mak tinggi. Dah aku nasihat pun, tak nak jugak. Keluar cerita lain pulak. Hmm. Nak beli mesin cek tekanan darah. Tak tau mana nak beli. Yang murah sikit la kalau boleh. Tak mampu nak beli mahal sangat.

p/s (lagi): 3 orang kawan dah rancang kahwin. Lain macam je rasa. Haha.

Tuesday, July 10, 2012

Pass! and meet friends~

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah.

After a day of BLS (Basic Life Support) training, today I passed the exam. It was so nerve wrecking waiting for the result to be shown to us. They didn't announced it but clearly you will feel bad if you were to fail.

I just couldn't forget the reminder our senior staff said,"be sure to pass. Don't make us maternity ward feel ashamed."

Because I came home early today, and tomorrow is a day off, I decided to go to my friend's place. She's home this evening and tomorrow morning.

Actually, I do hesitate now. Because I feel so sleepy I feel like not going. But, it has been a long time since I saw this friend. Hehe. Miss her? I don't know. :P

p/s: What to bring? This is one thing. You know girls...Hee..

Sunday, July 8, 2012

Here she comes...Ramadhan~

Assalamualaikum warahmatullah..


18 Sya'aban. Ramadhan is just around the corner.


I believe many of us are eager for the Ramadhan to come. It is the month of Ibadah. Some are eager because this is the month where you can get extra income through bazaar, cookies selling and even "baju raya" and "tudung" business. Last but not least, there's also people whose excited for the variety of food you could find.


How about us?

p/s: Plan nak masak masa bulan puasa, tapi, barang apa pun tak sediakan lagi. Huhu.

Saturday, July 7, 2012

Datang terasing, berakhir terasing~

Assalamualaikum warahmatullah

"Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang-orang yang ganjil"
(Hadith Muslim)

Nampaknya, semua ini semakin jelas dapat dilihat. Aku sendiri merasa tempiasnya. Bukan niat aku untuk mengaibkan sesiapa, tetapi aku terkejut juga bila ada yang bergurau senda tentang agama. Tanpa segan silu mengaku meninggalkan perintahNya. Malu sudah semakin hilang.

Malu dengan manusia yang zahir di depan mata pun tak ada, inikan lagi dengan Allah yang tak nampak di mata.

Aku sangat khuatir akan persekitaran ini. Aku sendiri masih belum cukup ampuh dan kukuh. Aku takut semua akan jadi biasa dan aku turut terbiasa.

Asing bagi orang yang mendirikan solat. Asing bagi seseorang itu berusaha menutup aurat. Asing bagi seseorang itu tidak berpakaian ketat.

Jadi bahan gelak ketawa.

Sesekali, ingin saja aku bersuara, tapi, apakan daya. Iman aku masih sekadar menegur di dalam hati. 

Ingin sekali aku suarakan, "kalau pun kamu tak buat, berilah ruang untuk aku tunaikan apa yang aku yakini sebagai tanggungjawab aku."

Cabaran seterusnya adalah amanah. Ia adalah sesuatu yang makin punah. Aku sendiri terbayangkan betapa beratnya tanggungan dan hutang aku nanti di akhirat. Terpalit sama dalam kerja orang lain. Walaupun selalu juga aku cuba mengelak, tapi, ada beberapa ketika, aku perlu mengisi tempat kosong. Berdosanya.

Ya Allah. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi keterasingan dan menjadi asing.

p/s: Dari awal hingga kini, masih menimbangtara, sampai bila aku akan berada di sini?

Friday, July 6, 2012

Going Out!

Assalamualaikum warahmatullah

I'm going out! And I'm not alone today. I'm going out with a friend from uni. Never went out together yet since I start working.

Wee..

Loner? Yeah. I'm a bit of loner that I get so excited of going out with a friend. Who care?

I wish I could enjoy and have a little bit of fun. Forget about work!

p/s: When it comes to holiday, you just feel like having a holiday forever. Don't want to go to work anymore. Haha.

Bila terasa susah baru ingat Allah~

Assalamualaikum warahmatullah

Pernah tak? Bila kita tiba-tiba merasa susah atau ditimpa masalah, kita mula mencari di mana silapnya semua ni?

Sampai satu saat, kita mula berfikir. Mungkin kita lupakan Dia. Mungkin kita ada buat dosa tadi. Atau semalam, atau kelmarin.

Ada orang kata, inilah manusia. Dah susah baru nak ingat Allah. Ye, memang ada manusia macam tu. Cumanya, macam mana perspektif kita pada perkara ni boleh mengubah segalanya.

Cuba bayangkan orang yang ditimpa masalah, tapi masih tak juga ingat dan kembali pada Allah. Malah, terkadang sampai dia menyalahkan takdir. Makin jauh.

Bersyukur bila ditimpa musibah dan ambil ia sebagai peringatan. Mungkin kita ada terleka dalam sibuk mengejar kehidupan.


Biarlah orang kata kita dah susah baru ingat Allah daripada kita tak ingat-ingat langsung kan?

Tapi, sebaiknya dah sekali diperingat jangan ulangi kesilapan dan baiki diri. Khuatir nanti, kita dah tak diperingat dah, atau hayat kita sudah sampai hujungnya bila mana cuma tinggal azab seksa jadi pembalasan semua kelekaan kita.

Aku akui, aku masih juga ulangi beberapa kesilapan sama. Islam sudah kembali asing. Itu je yang mampu aku simpulkan dalam dunia aku sekarang.

p/s: Mencari-cari aktiviti selain kerja untuk aku lakukan. Tengok abang aku berbasikal, macam nak jadi geng basikal jugak. Haha. Cadangan? Kalau aku ada lesen dan kenderaan, segala macam forum pun aku sudi nak join. Tak betah hidup macam ni. 

Cakap pasal lesen, abang aku dah bagi hint suruh aku ambik lesen sesegera mungkin ni..Hee