Pengikut

Sunday, January 22, 2012

Kau buat aku ingin tahu~

Assalamualaikum warahmatullah..

Dah seminggu aku duduk sini dan ada seseorang yang menarik perhatian aku. Setiap pagi atau setiap petang, suara dia akan menggetarkan jiwa aku. Air mata aku pun rasa ringan je nak tumpah.

Mula-mulanya, aku tak sedar suara dia. Bila dah berhari-hari aku duduk sini, baru la aku perasan ia adalah seorang remaja lelaki menjual kuih, nasi lemak dan pelbagai makanan lagi.

Aku kagum. Di bandar besar ini, ada budak lelaki yang seperti dia. Aku tanya kawan aku, siapa tu? Dia cakap, budak tu memang selalu jual macam tu. Dia akan pergi ke setiap tingkat apartment ni (16 tingkat) dan mempromosikanbarang jualannya.

"Kuih...kuih...." "Bihun goreng..." "Karipap...apam.." Nasi lemak..."

kredit: google.  (budak tu tak jual kat gerai, dia jalan kaki)


Setiap kali aku dengar, aku terasa nak je jengah keluar dan tengok muka dia. Setiap kali jugak, aku terasa nak je beli. Tapi, kawan aku selalu dah siap-siapkan makanan.

Kawan aku ada cakap, budak tu selalu kena ejek dengan budak-budak lain kat apartmen ni. Tapi, dia tetap teruskan jugak. Mungkin dalam hatinya ada marah, tapi, dia tahankan aje dan terus jugak menolong ibunya. Aku sangat kagum!

Setiap hari. Kalau hari sekolah setiap petang dia akan meniaga. Kalau hari cuti, pagi petang dia tolong ibunya. Budak zaman sekarang ni, tak ramai yang macam tu. Baru mintak tolong buat kerja sikit pun kadang malu dengan kawan-kawan. Tapi dia tak

Dik, walaupun akak tak pernah nampak kamu, tak pernah beli makanan kamu, tapi akak doakan adik beroleh keberkatan dan berjaya dunia akhirat ye?..Amiin.

p/s: Hujan turun lebat.

6 comments:

Unknown said...

kesiannya budak tu. Tapi, boleh tengok dia bertanggungjawab kat family dia. Semoga rezeki family dia semakin murah lepas ni.

Anis Adila Aris said...

waa..bagusnya budak lelaki tu.. harap die berjaya nanti :D

Unknown said...

sedihnye
kite ptut bersyukur


doakn jugak

zana said...

budak laki tu mg tabah & kuat berusaha...

dia susah skrg tapi kemudian hari, insyaALLAH tuhan akan sediakan yg lebih baik utk dia.. =)

nunui Joe said...

Semoga rezeki dia murah sentiasa :)

Zehan Ilyana said...

tersentuh baca..
moga adik itu akan berjaya di dunia dan akhirat.. T.T