Assalamualaikum warahmatullah.
Ha? Kenapa aku buat pernyataan yang menghentam aktiviti melayari internet ni?
Pernah tak korang duduk berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan korang, tapi, masing-masing mengadap laptop mahupun segala jenis alat telekomunikasi yang mempunyai fungsi melayari internet..
Aku pernah. Dan kami buat hal masing-masing. Sepatutnya, niat asal nak berkumpul dan berbual setelah lama tak jumpa. Terukkan?
Tapi, itu masing-masing memang buat hal sendiri.
Ada satu kejadian yang aku saksikan dalam train semalam, dua orang teman, mungkin baru pulang dari kerja. Mereka nampaknya berbual. Tapi, yang seorang sibuk dengan iPad-berfacebook (okay, aku jaga tepi kain orang- aku jenguk apa yang dia main). Yang kawan ni beria-ia la bercerita. Tapi, kawan yang ada iPad ni sibuk check FB dia.
Sesekali dia pandang kawan tu untuk balas perbualan. Tapi, kebanyakan yang aku dengar, ha? Ha? Ha? Aku simpati kat kawan sorang tu. Beria-ia dia bercerita, tapi tak didengar dengan baik pun. Komunikasi = gagal.
Boleh aku tanya? Penting ke check FB sepanjang masa? Lebih penting dari menghormati kawan yang tengah bercerita dengan kita? Aku pun kadang macam tu. Pelik kan? Sedangkan bukan alam maya tu yang bantu kita kalau susah. Kawan kat sebelah ni yang lebih berkemungkinan besar menghulur bantuan. Tapi, kita leka.
p/s: pagi-pagi dah buka blog.
2 comments:
hye,di sini nad nk cakap blog awk ini ada virus..:)
sila tengok tuto ini untuk buang ya..:)
http://www.nornadiah.com/2012/01/tutorial-buang-virus-malware.html
hahhaaa..kalau jadi macam nie meang kesian la..
dkna sound jer 'ko nak cakap ngan aku atau ko nak cakap ngan ipad ko' heheheee...
Post a Comment