Sihat hari ni?
Pagi ni, bila aku menonton Tanyalah Ustaz, aku terfikir panjang.
Ustaz tu sebut tentang akibat kalau mengumpat. Pahala orang yang mengumpat akan pergi ke orang yang diumpat, dan dosa orang yang diumpat datang ke kita pulak masa kat akhirat nanti. (Diriwayatkan oleh
: Abu Ummah Al-Bahili.)
Aku terfikir, ye, aku pasti aku pernah bercerita tentang keburukan orang. Aku pasti sangat. Astaghfirullah. Aku bukannya rajin buat amal ibadah siang malam, pantang waktu senggang. Masih lagi ada masa berblogging dan blogwalking. Bukan main takut esok tak boleh online, setiap hari blogwalk sungguh-sungguh.
Tak fikir, kalau esok tak ada lagi untuk aku? Dah cukup ke amal nak bawak? Dah mintak maaf kat semua orang?
Selalu aku cakap macam ni, 'bukan nak kata la tapi, memang betul.."
Mengumpat tu..
'menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya,' (hadit riwayat Muslim)
Ha, benda betul kalau orang tu rasa marah bila kita sebut, tu la namanya mengumpat. Duk canang keburukan orang?
Sabda Rasulullah, “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud).
Gosip artis? Korang rasa macam mana? Ha'a, kadang-kadang aku pun suka tengok rancangan Melada tu. Memang hangat dan pedas.
'Diorang jadi artis kena la faham, biasa la gosip ni.'
Wah! Sekarang dosa pun dah jadi benda biasa. Tajam? Aduh menusuk kalbu aku la. Ha'a. Lidah memang lebih tajam dari pedang.
'Menghindarlah kalian dari fitnah-fitnah kekacauan, kerana ada masanya lidah itu lebih tajam dari pedang' (Hadith riwayat Ibn Majah)
Hmm. Kelmarin aku baru je bercerita tentang dia. Bukan ke kalau kita bukak aib orang, aib kita akan dibuka jugak?
Ya Allah, janganlah kau buka aib aku selepas kau tutup aibku. Sungguh aku ada banyak dosa. Malunya..
Kalau esok tak ada lagi, maafkan aku, kalau esok ada lagi pun, maafkan aku ye.
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Ya Allah, janganlah kau buka aib aku selepas kau tutup aibku. Sungguh aku ada banyak dosa. Malunya..
Kalau esok tak ada lagi, maafkan aku, kalau esok ada lagi pun, maafkan aku ye.
Rujukan :
Dunia Tersembunyi
Snake Charmer
p/s: Tazkirah Jumaat yang perlu dihayati sepanjang hayat, hingga jasad ke liang lahad.
(Alamak, font semakin mengecik, tak tau nak buat camne..)
Snake Charmer
p/s: Tazkirah Jumaat yang perlu dihayati sepanjang hayat, hingga jasad ke liang lahad.
(Alamak, font semakin mengecik, tak tau nak buat camne..)
7 comments:
mengumpat dan memfitnah perkara yang berbeza kan??
tapi lebih kurang sama jer kan..ermm..lebih baik kita elakkan diri dari semua tu...
Memfitnah kalau buat cerita tak betul.
Mengumpat ni cerita betul.
Dua2 berdosa. Hindari. Huhu.
muhasabah diri sama-sama.
p/s: thank you so much for such a brilliant comment sis! betul2 boleh membantu fa punya research. thank you!
nanti kalo boleh, komen untuk video pulak ek. hehe mekasehh
barakallah hu fiki.
Ada beberapa keadaan yang kita dibenarkan utk mengumpat.salah satunya, mengumpat pemimpin yang zalim.wallahualam
gua ni kira mengumpat tak?kekeke
Nak hindari segala macam fitnah dan mengumpat. Susah nak buat, tapi kena cuba sedaya upaya untuk jauhkan..
y ni terase
Post a Comment