Assalamualaikum warahmatullah
Masa aku dalam bas nak balik kampung selepas interview haritu, aku mendengar radio yang dipasang pemandu bas. Radio berbahasa Cina- kantonis.
Isu yang dibincangkan adalah tentang panggilan Miss dan Mrs untuk wanita sedangkan lelaki tetap dipanggil Mr tanpa mengira status perkahwinan. DJ wanita radio tersebut cuba membangkitkan isu ketidakadilan dan diskriminasi terhadap panggilan tersebut.
Kenapa perlu ada perbezaan? Lebih-lebih lagi kaum Cina, perempuan yang telah berkahwin dipanggil mengikut nama keluarga suami.
Beberapa pemanggil memberi pendapat.
Pendapat 1: (lelaki)
Kat Malaysia ni memang banyak sangat panggilan. Bukan setakat Miss, Mrs, Mr malah juga Tan Sri, Dato', dan sebagainya. Memang orang Malaysia suka dengan pangkat dan panggilan macam ni. Tak macam kat negara luar, tetap Mr, Mrs, Miss (keluar dari topik tapi ada isi).
Pendapat 2: (lelaki)
Memang susah nak panggil. Kenapa nak kena ada beza untuk wanita? Kalau salah panggil marah pulak. Contoh:
A: Boleh saya tau nama cik?
B: Puan.
A: Oh, puan.
C: Boleh saya tau nama puan?
D: Cik.
C: Maaf, cik.
Pendapat 3: (wanita)
Tak kisahlah ada beza. Lagipun pelik kalau dah kahwin tapi masih panggil cik.
Pendapat 4: (wanita)
Biasa je. Tak ada apa-apa rasa tak puas hati. Kalau dah kahwin panggil saja lah puan. Kadang-kadang kita rasa lebih seronok kerana dah bergelar puan.
Kemudian, DJ lelaki tambah lagi, mak dia sendiri minta kawan-kawan panggil dia Miss dan guna nama keluarga sendiri, tak gunakan nama keluarga suami.
Mungkin sebab panggilan ini dah jadi perkara biasa, maka, apabila gelaran seperti ini digunakan, kita rasa biasa je. Dari dulu memang orang guna macam tu, mestilah tak rasa pelik dah kan?
Apa pula pendapat korang? Ada rasa diskriminasi ke (perempuan)? Menyusahkan ke?
p/s:
1. Esok Isnin. Adakah aku akan mendapat panggilan buat medical check up? Atau adakah akan ada lagi panggilan interview? Berdebar.
2. Aku asyik terbayang dan teringat suara Indah. Masih rindu pada arwah. Al Fatihah.
18 comments:
rasa bangga kot sbb Puan tu melambangkan kita dh berkahwin.. Cik tu melambangkan kita msih our dad's little girl.. hehe.. pendapat aje.. ^_^
hee, tak kesah pun orang nak panggil apa.. yang penting orang selalu ingat Eza budak sekolah. hahaha. sebab nampak sangat tak matang kot... ^_^.
p/s 1 : gembiranya Eza jumpa fb cp :)
p/s 2 Debaran esok hari moga berbunga ceria. InsyaAllah :)
kalau yana lagi bangga kalau orang panggil puan :D menunjukkan kita ni dah berkahwin :)
ek, akak faham bahasa kantonis eh?
:)
entah, setakat ni orang panggil cik je.
so, macam tatau ah panggil puan ni macam mana rasanya huhuhu
medical check up? interview? hee.. x dpt lagi keje ke? nk den tolong cr2 kan x?.. den kn ckp,, suh masuk jobstreet.com.. mcm2 ada kat situ..ckp je nk keje ape..jd bos je x de.. heee...
p/s : wlaupun den byk page view,, c.p byk dpt comment.. jeles den..
hmm . tataw nk bagi pendapat ape . tp kdg2 mmg keliru nak guna cik or puan bile jumpe stranger . masa zaman sekolah , ingatt lagi tersilap tulis nama cikgu sej guna puan . then cikgu senyum je . pas tue kawan gtaw cik laa . rasa bersalah sgt masa tue =.=
wohhh..penin gak! huhu
tapi time kje kat customer srvice dlu..suma sy panggil Miss...ambik hati customer..biar dorang sentiasa rasa muda
Salam dear,
Saya tak kisah pun tp klau ade yg tetiba panggil cik @ miss tu mmg rs mudalah kejap....hahaha...
Tak ada masalah sebenarnya bila difikirkan balik.. Mungkin perempuan yang tak suka dipanggil puan tu tak berapa selesa bila orang tahu dia dah kahwin.. Lelaki relaks je..
Terus hadiahkan Al-Fatihah untuk mereka yang di sana..
Biasanya, kalau perempuan tu belum kahwin orang panggil puan, dia rasa kecik hati.
Okay, bukan orang. Saya sendiri. Haha.
Kami adalah Encik Izz dan Cik Kechix lah ya? hihi..
Btw,ada special entri jugak untuk kamoo...hihi
Comel lah kartun tu...
perbezaan panggilan untuk perempuan ni bagus jugak sebenarnya.bkn diskriminasi.menunjukkan tanda hormat kepada status perempuan
puan tu rasa cam tua..heheh..ske je org pgil cik..perasannn..keh3 :D
ika ta kesah..tp rmi benor pikir ika ni budak sekolah lg..huk3
cik jadi puan--> errrr..tua sangat ker? :p
puan jadi cik--> kembang2 idong..hak3
cP kena panggil saya anty... :)
kalu tersalah kita perbetulkan....huhu
Post a Comment