Pengikut

Sunday, February 5, 2012

The Sudden Feeling~

Assalamualaikum warahmatullah.


Asalnya aku nak tulis benda lain tadi. tapi, bila aku baca blog kawan aku, tiba-tiba aku rasa lain macam. Semacam semangat aku ditarik.

Kawan aku ni, rezeki dia cepat je sampai, hingga buat dia susah hati jugak. Dia dah kerja kat Glen Hosp, tapi, dah dapat tawaran kerja kat Brunei pulak.

Terus-terang aku cakap, aku sedikit cemburu. Senangnya dia dapat kerja. Dah kerja, siap dah nak tukar tempat dah.

Aku pun tak nak rasa macam ni. Tak baik kan? Seolah-olah mengeluh atas nasib diri. Bukan aku nak. Aku pun nak jadi orang yang bersemangat dan bersabar. Mestilah aku nak jadi orang yang bagus.

Cumanya, sesekali aku rasa down jugak. Aku tercari-cari kat mana silap aku. Aku merenung balik apa yang aku buat selama ni. Ujian agaknya.

Aku tak pandai buat keputusan. Aku tak berani nak betul-betul keluar dari rumah dan berdikari sendiri. Aku masih merasakan hakikat aku seorang perempuan, aku perlu lebih berhati-hati. Aku pun, kurang percaya kat orang. Berjalan kat ramai orang pun aku rasa seram.

Fobia mungkin. Kenapa aku kata fobia, cukuplah aku je yang tau.

p/s: Dia cakap kalau nak nangis datang lah rumah. Mestilah aku teringin sangat. Jauh la kak. Lagipun, susah lah duduk rumah orang dah bersuami.

10 comments:

Zehan Ilyana said...

takpela, sis..tu rezeki dia..:)

Lady Windsor said...

cP, sesuatu yang berlaku itu adalah dengan izinNya...jangan berasa confuse sebaliknya berusaha ke arah meningkatkan kualiti hidup. Sebagai perempuan kita harus berasa fobia dan alert dengan banyak perkara, tapi ingat satu saja..Allah sentiasa ada bersama kita..sekali kita ingat DIA, DIA pula tidak akan sekali-kali melupakan kita, kita berjalan mencariNYA, DIA pula berlari mendapatkan kita. Mungkin rezeki cP masih di sini...cuba lihat mereka yang lebih tidak bernasib baik, pasti cP akan berasa betapa beruntungnya hidup cP.ok salam maulidur rasul..tc!

sea_lavender said...

rezeki masing2..doakn yg terbaik pd ALLAH.. rezeki awak di tempat lain..Insya-Allah..
Salam Maulidur Rasul

littledolphin said...

saya percaya rezeki kamu juga telah ditentukan :)

insyaAllah.

saya pun seperti kamu juga sebenarnya.masih tak pandai buat keputusan,tak berani nak berdikari dan rasa seram apabila berjalan kat ramai orang.tapi setiap hari kita harus mencuba.mencuba mengatasinya.cuba untuk menjadi lebih baik! saya percaya kamu boleh kawan! ;)

Miss N™ said...

mana tahu, lepas ni rezeki CP..ingat..rezeki ALLAH ada di mana2.. :)

Azzah said...

nanti akan ada rezeki awak yg lain pulak..sabar yek..

dya nasir said...

xpe sis..mana tau lepas ni rezeki sis pula..:D

Deru Ombak said...

Morning cp..
January Dan February agak bnyk cuti umum. Resume anda saya dah submit di dua dialysis medical centre. Tengok next week kalau2 Ada berita ok.

akoo said...

huu beselah tu kadg2 memang timbul rasa cemburu bila tgk org bjaya kann.


sabo yep..=)

Unknown said...

Eza baca entry ni pulak. Hee, dan akan terus baca..

Jangan berhenti berusaha. Mungkin banyak cara lain. Mohon SPA ke. Jujurnya, Eza takde pengalaman lagi dalam cari kerja. Just hope cp takkan pernah give up. Hal jodoh, maut,rezeki ditangan Allah. La tahzan. Semoga terus kental dalam mencari pekerjaan. ;)