Assalamualaikum warahmatullah.
Pagi tadi sambil bersarapan pagi mak bercerita.
Mak ke rumah atok semalam. Ambil baja. Masa nak balik, atok pesan.
"Hati-hati jalan sekarang. Orang asing (*angl*d*sh) dah mula ada kat kampung ni. Ambik upah buang padi angin. Malam-malam jangan keluar."
Serius! Ini sangat serius, okay.
Kalau sebelum ni mereka penuh kat tapak pembinaan, aku tak terasa sangat. Tapi, pertanian pun diorang jugak??
Mula-mula ambik upah, lepas ni sewa pulak. Tak lama lagi, habis tanah petani jadi milik mereka. Sikit demi sedikit. Ambik upah je dah dapat sehari RM50. Kita memang tak boleh salahkan warga asing tu cari rezeki.
Apakah memang salah kita? Anak-anak muda mula keluar ke bandar mencari rezeki kat bandar, dan kerja pertanian kat kampung habis ditinggalkan untuk warga asing. Memang dah tak ada ke generasi pelapis yang sudi nak mewarisi tanah pertanian ni?
Hmm. Abang-abang aku sendiri berapa kerat je yang nak kerjakan kebun. Mujur ada jugak.
Bukan sikit anak muda kat kampung ni. Kalau setakat ambik upah sekali-sekala kat kebun atau sawah, dapat jugak duit tambahan di samping kerja utama, kan?
Mak aku cakap, kalau mak aku larat lah, mak aku tak kisah je ambik upah menyawit, menebas atau meracun semua tu. Uhuk!
Atau kita ni sengaja nak memajmukkan lagi Malaysia?
Aku? Err..Kerja kebun? Tak larat kot. Kebun sendiri pun dah berapa lama tak masuk. (Sejak peristiwa pacat bermaharajalela masa kebun dibajak. Bukan salah aku. Hee..Sekarang dah tak de pacat dah. Baru berani masuk :) )
p/s: sejak bila aku sibuk dengan hal negara dan bangsa, aku pun tak tau. Dah tua besar rupanya.
7 comments:
susah nak jumpa anak muda sanggup berpanas kerja macam tu kan..
Mungkin diorang fikir kerja bertani ni tak untung. Salah sebenarnya.
Kawan saya pun duk sewa sawah, adik dia kerjakan.
Sawah satu ekar kalau disewakan pun dah bawak banyak keuntungan. kalau kerjakan sendiri, memang boleh kaya lah.
nak jadi receptionist kat sawah.boleh!!!
x dak tanah nak membanting tenaga..heee~
Mereka hanya fikir duit. Tapi mereka pandai guna peluang yang ada
Kita seringkali bangga dgn bangunan2 tinggi dan hebat2 di negara ini: KLCC, KL Tower, Putrajaya, KLIA, Mid Valley dan macam2 lagi. Memang pun patut bangga kerana ia bangunan yg dibina hasil perit jerih warga Indonesia dan Bangladesh? Kita juga bangga kerana kita dapat hasilkan beras sendiri utk rakyat. Memang pun patut bangga kerana ia adalah beras hasil usaha org Bangla dan Burma? Banyak lagi yg patut kita bangga dengan negara ini yg semuanya hasil keringat warga asing. Oh Malaysia tanah airku!!!
Kalau indo tu mungkin kita dha biasa tengok tapi bila nampak team Bangla pergi kebut sawit dengan kain pelikat, ia sesuatu yang berbeza..
Rindu nak masuk kebun tolong abah baja kepala wawit..
Post a Comment