Assalamualaikum warahmatullah
Line slow. Maka, aku tak dapat nak blogwalking sangat tadi.
Melayan karenah anak buah. Semakin okay, tapi masih muntah dan cirit-birit. Kurus je. Bila la nak tambah berat, asyik sakit je. Nak masuk dua tahun berat cuma 11kg.
Keputusan STPM adik aku sekadar okay je. Alhamdulillah, masih lulus. Mungkin dia menangis kat sana. Aku tak nak cakap apa-apa. Cukuplah dia sendiri tahu sejauh mana usaha dia, dan dia dapat menurut apa yang dia usahakan. Walaupun aku teringin nak adik-adik aku menjejakkan kaki ke menara gading, tapi aku jugak tak mahu letak beban yang terlalu berat melebihi kemampuan mereka. Aku faham perasaan memikul harapan orang. Ia sangat berat.
Aku cuma harap, mereka belajar dari pengalaman dan berusaha lagi untuk berjaya. Nak berjaya bukan sekadar dengan cara masuk U. InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, kan?
Adik aku pun tengah menuntut ilmu kemahiran bakery. Mana tau, suatu hari dia akan jadi usahawan yang berjaya. Aku doakan. Selalu. Aku harap dia tahu, kegagalan bukan tanda berakhirnya kehidupan, tapi, ia satu permulaan untuk kita lebih berusaha dan mengejar cita-cita. Aku sendiri pernah gagal.
p/s: sambil tunggu anak buah tidur sementara mak ayah dia makan, sambil blogwalk. Tapi, line macam masih belum bagus je. Hujan.
7 comments:
yeke? myra ingat myra sorang je yg lain slow mlm ni T_T
myra dup dap menunggu result spm T.T
seronok nye belajar bakery..teringin jugak nak belajar..=)
hari ni ujan... bes (^___^)
hm line aku hari hari slow.
memang pon...P1 slow gak ni..huhu
Apapon..hujan itu rahmat..:)
Proses pembelajaran adalah sepanjang hayat.....
Jemput singgah ke blog Koding...
takpe, rezeki utk dia blm smpi lg.teruskan sokong adik2 ye.
Post a Comment