Pengikut

Sunday, March 11, 2012

Sila jangan lemah semangat !! (Monolog)

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni, aku tak blogwalking. Aku bagi adik aku dua orang ni guna laptop dan brukban. Biarlah.

Tadi, aku tengok adik aku berbual2 dengan kawan dia tentang keputusan STPM. Dia bukak page FB untuk budak2 STPM dan ramai jugak yang nampak kecewa. Tak kurang jugak yang tulis kata2 semangat.

Dari situ, aku tersedar. Aku tak boleh mengalah. Aku adalah contoh untuk adik2 aku. Kalau aku rasa lemah dan mengalah sekarang, diorang macam mana? Aku kakak yang dipandang tinggi.

Aku tau adik aku pun ada sikit kecewa dengan keputusan dia, tapi, aku kena nasihatkan dia untuk tak mengalah. Bila cek kat IMASCU tadi, alhamdulillah, masih ada je course yang dia boleh mohon. Aku harap itu dapat legakan hati dia.

Ye, aku sebenarnya sangat tersentuh bila sepupu aku tingkatan 3 datang tadi dan suarakan kata2 ni, 
"kakak cp tak kerja ke? Apalah, belajar2 tapi menganggur."

Ya Allah, memang nak terbang semangat aku tadi. Lepas tu, aku dapat khabar kawan yang interview selepas aku kat Pantai tu dah ditawarkan kerja dan akan masuk minggu depan. Maknanya, tinggal aku sorang je yang belum dapat kerja. Do you know how I feel? Like a total loser! Opps. No.

Aku tak mau lagi berada dalam mode sedih memanjang. Aku tak nak lagi jadi orang yang sentiasa fikirkan kegagalan dan kekecewaan aku yang lalu. Kalau diikutkan, aku bukan selalu gagal, lebih2 lagi dalam pelajaran. Cuma ada beberapa kali aku kecundang.

Jangan pandang kegagalan aku je, aku nak pandang kejayaan aku jugak. Dan aku nak capai kejayaan yang lebih baik lagi.

Mungkin atau bukan mungkin lagi. Ini semua dugaan dan ujian untuk aku. Aku tak nak menjadi orang yang putus asa dengan hidup, aku tak nak jadi orang yang putus asa dengan Allah.

Ye, ini untuk menguji aku. Aku tak boleh kalah lagi. Aku tak boleh kecewakan orang2 yang selama ni bagi sokongan kat aku. Say no to Depression! You are not aloud to enter my head!

Doa. Pengharapan. Mungkin aku dah lama tak merintih meminta. Mungkin aku leka.

Walaupun ayat2 ni semua untuk memujuk dan menyedapkan hati, tapi, aku harap selepas aku luahkan semua ni, semangat aku datang semula. Sebab orang lain takkan berjaya pujuk aku melainkan pemikiran aku sendiri yang menegur aku. Yup, everything is up to my mind. I should think and act wisely.

Aku merancang dan Allah tentukan semuanya. Cuma Dia. Dan cuma Dia mampu bagi aku kekuatan.

"Ya Allah, jika ujian ini mendekatkan aku padaMu aku redha. Jika, ujian ini buat aku makin jauh dariMu, kembalikan aku ke jalanMu. Tunjukkan aku jalan yang lebih baik, untuk aku benar2 menjadi hambaMu."


If, and only if there is some one out there read this, please, even for a second, please pray for me. And don't let me know. Aku dengar, kalau doa kita tak diketahui oleh orang yang kita doakan, itu lebih makbul. :) 

Cp! Ganbatte kudasai!

p/s: Beragama Islam dan belajar sedikit asas psychology- aku perlu aplikasikan semuanya. Yosh!

7 comments:

senyumSOYA said...

hai' sou desu!! dekirudake ganbarou ne ^^

Unknown said...

rezeki stiap org bbeza2 kan..
xdpt twrn keje xsemestinya ms dpn kita gelap..byk alternatif lain.

smg bjaya! ;)

Deru Ombak said...

Salam cP~~
don't give-up, keep trying. InsyaAllah rezki Ada di mana2, cuma kena ikhtiar Dan usaha lebih sikit.

Zehan Ilyana said...

sis, i believe Allah dah tentukan yg terbaik utk sis..:D
cume the time je belum tiba..:D

sis, thank you so much.>:D
i'll pray for u..:)

pencari cinta said...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al Baqarah :216)

MJ said...

well sayang, sometimes bila waktu kita dibawah, kita pandang ke atas.. bila kita diatas, kita pandang ke bawah... paham ye sayammm...

kay_are said...

tak lame lagi dapat r keje tu.. insyaAllah.. rezeki ade kat mane2 je kan.. tibe mase datang, datang r ia.. =)