Assalamualaikum warahamtullah
Kena marah, balik lambat, lapar....
Hari ke-4 kerja kena marah sebab lambat sangat siapkan kes admission. Aku kena handle kes sorang dari admission sampailah hantar ke OR. Aku sangat tertekan. Tapi, aku sedaya upaya pujuk diri aku untuk bersabar. Tak apa, aku kena belajar.
Ada juga senior yang asyik cakap, " ini baru sikit. Memang sibuk. Kadang-kadang kalau sibuk sangat, memang tak sempat. Kena belajar." Hari-hari cakap benda tu. Mula-mula, aku naik muak jugak. Tertekan sangat-sangat. Hari-hari rasa nak menangis. Balik rumah je, rasa tak nak dah pergi kerja esoknya.
............................
Aku sangka, hari ke-5 kerja semuanya akan berjalan lancar. Kawan aku pesan, sebelum melangkah masuk wad baca doa pelindung. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Maklumlah, kerja dengan pesakit.
Senior aku terima panggilan dari admission untuk kes delivery (bersalin). Dia suruh aku siapkan katil. Bila pesakit tu sampai, aku disuruh untuk ambil berat pesakit tu dan hantar ke labour room (bilik bersalin- kat belakang). Aku dah pandai hantar kes ke LR, maka, aku hantar je lah dengan yakin.
Dah ditakdirkan, bila sampai sana, senior staff baca admission form (borang kemasukan) rupanya, pesakit tu bukan untuk bersalin terus tapi, masuk wad dulu tunggu rasa sakit nak bersalin. Ok. Aku kena marah cukup-cukup.
"Kenapa hantar ke belakang? Tak baca dulu ke?" Aku dah tanya dah kat depan, hantar terus ke? Mereka kata delivery hantar ke LR. Bila aku tanya pun, diorang suruh cepat-cepat hantar ke belakang. Akhirnya, aku jugak yang kena. Sedih tau.
Aku diajar cara tulis report sebijik sebijik. Aku sepatutnya rehat pukul 1, tapi, aku tak dapat nak rehat. Lapar sangat-sangat, tapi, aku diamkan aje.
Hari tu, memang rasa nak menangis sangat-sangat dah. Rasa nak marah je. Tapi, aku belajar selepas peristiwa tu, jangan jadi lurus bendul. Baca dulu admission form. Jangan dengar sangat cakap orang. Buat confirmation, always!
.............................
to be continued
p/s: Bukan setakat dengan senior staff, dengan doktor pun kena jugak.. (
Eh, ada orang tau ke aku kerja kat mana? Kalau tau pun, buat-buat tak tau ye? Macam melanggar private and confidentiality pulak. Oops.
7 comments:
hah keje mane ni hehe
xpe keje mmg payah
lame2 da bese oke la tu
blajar drpd pengalam ye dear :)
biasalah tue..sbar ok
pergh.. tension2.. sabor je la...
banyak2kan bersabar ye :)
belajar dari kesilapan~ :)
cabaran2 mcm ni la yg akan lebih menguatkan kita. happy working cP. :)
Kena marah, balik lambat, lapar..
perggh kesian u cp.. kalau sy balik umah tu confirm nangis puas2.. continuosly kena marah tension wooo.. tapi tu lah hakikatnya bila baru masuk keje.. xlama lagi turn sy pulak.. harap2 di mudahkan.
Post a Comment