Assalamualaikum warahmatullah.
Yup. Inilah tema Hari Penderma Darah Sedunia - Setiap Penderma Darah adalah Wira"
14 Jun - tarikh ini telah dipilih oleh WHO (World Health Organization- Badan Kesihatan Dunia" sebagai Hari Penderma Darah Sedunia. Ia bagi meraikan para penderma darah yang telah menjadi penyumbang dalam masalah berkaitan kekurangan darah.
Aku sendiri berhadapan dengan pesakit yang mempunyai risiko kekurangan darah - semasa pembedahan, selepas pembedahan, selepas bersalin. Sejak kerja beberapa kali aku berhadapan dengan pesakit yang memerlukan tranfusi darah. Pernah juga sekali seorang pesakit memerlukan banyak darah hinggakan bekalan simpanan di makmal tidak mencukupi.
Sekarang senang je nak menderma. Tapi, pastikan anda cukup syarat untuk kebaikan penderma dan juga penerima nanti.
Untuk para penderma, tahniah! Andalah Wira!
p/s: Masih tak layak.
p/s: Mengantuk. Malam tadi merempit ke Bangi dengan abang aku jenguk adik aku. Dah tak ada duit langsung katanya. Kesian pulak. Nak buat macam mana, baru ni berkesempatan. Nak bank in pun dia tak ada akaun yang sama.
11 comments:
dkna tak boleh jadi penderma sebab berat badan tak lepas ;p
brt bdn xcukup nk derma darah.. :(
dah lama tak menderma darah. seronok menderma darah ni.
masih belum ada pengalaman derma darah lagi..
Anty xpernah lagi derma darah. Takot jarumm. Eheh!
saya pernah sekali je derma darah..hehe~
Yang tak layak takpe.. Kita tolong promote je. hehe. Yang dah pernah menderma, tahniah2..yang takut..errr...no komen..ahaks.
nyue pon xleh derma darah..berat badan xok..uhuhuhu
sllu derma kat tmpt blaja
sbb tu sng je nk p derma
xde peluang gak. underweight. huhu..
yang layak sila2 derma darah ye. :)
sampai skarang nur masih tak tahu nur ni darah jenis ape..buat malu je kan..huhu
Post a Comment