Assalamualaikum warahmatullah
"Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia
akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka
beruntunglah orang-orang yang ganjil"
(Hadith Muslim)
Nampaknya, semua ini semakin jelas dapat dilihat. Aku sendiri merasa tempiasnya. Bukan niat aku untuk mengaibkan sesiapa, tetapi aku terkejut juga bila ada yang bergurau senda tentang agama. Tanpa segan silu mengaku meninggalkan perintahNya. Malu sudah semakin hilang.
Malu dengan manusia yang zahir di depan mata pun tak ada, inikan lagi dengan Allah yang tak nampak di mata.
Aku sangat khuatir akan persekitaran ini. Aku sendiri masih belum cukup ampuh dan kukuh. Aku takut semua akan jadi biasa dan aku turut terbiasa.
Asing bagi orang yang mendirikan solat. Asing bagi seseorang itu berusaha menutup aurat. Asing bagi seseorang itu tidak berpakaian ketat.
Jadi bahan gelak ketawa.
Sesekali, ingin saja aku bersuara, tapi, apakan daya. Iman aku masih sekadar menegur di dalam hati.
Ingin sekali aku suarakan, "kalau pun kamu tak buat, berilah ruang untuk aku tunaikan apa yang aku yakini sebagai tanggungjawab aku."
Cabaran seterusnya adalah amanah. Ia adalah sesuatu yang makin punah. Aku sendiri terbayangkan betapa beratnya tanggungan dan hutang aku nanti di akhirat. Terpalit sama dalam kerja orang lain. Walaupun selalu juga aku cuba mengelak, tapi, ada beberapa ketika, aku perlu mengisi tempat kosong. Berdosanya.
Ya Allah. Berikan aku kekuatan untuk menghadapi keterasingan dan menjadi asing.
p/s: Dari awal hingga kini, masih menimbangtara, sampai bila aku akan berada di sini?
9 comments:
riba dah jadi budaya masyarakat walupun bernama MUSLIM. sedihnya.
Cp..sentiasa lah berdoa moga mereka2 itu diberi hidayah Dari ALLAH...
Persekitaran semakin mengancam agama ;(
kehidupan yang hanya berpaksikan duniawi seringkali mempersenda apa yang tak patut dipersenda. Sembahyang jumaat pun dipandang sepi. Astagfirullah...
pha is skrg masih lagi dalam state selemah-lemah iman. sekadar menegur kemungkaran dengan hati.. belum punya kekuatan menegur dengan lisan...
:(
isu ni sebenarnya sangat serius.. kadang-kadang tak tau nak react macam mana...
kak cp: zine tu, dia adalah fanzine.. kat dalam zine tu boleh tulis puisi, kispen, cerpen, lukisan komik, dan apa sahaja yang kita nak...:)
macam zine yang saya baru nak cuba buat ni, lebih kepada puisi..:) so, kira bacaan ringan je..:)
p/s: kak cp, er...nak minta kebenaran boleh???
boleh tak saya nak guna doodle yang kak cp bagi tu sebagai cover zine saya?
ghost writer bagi cadangan untuk guna doodle yang kak cp bagi tu...
dan before ni, saya tak terfikir pun..
kalau kak cp benarkan, saya ingat nak jadikan doodle akak tu sebagai cover zine saya...:)
Allah lebih mengetahui ..
hope mereka semua berubah. amin
Allah lebih mengetahui ..dan melihat apa yg berlaku..
Post a Comment