Assalamualaikum warahmatullah.
Hari ini aku cuti. Lagi? Kekeke. Dah jadual macam ni. Lambat lagi la cuti aku minggu depan.
Sedang aku duk fikir-fikir nak buat apa hari ni malam tadi, aku belek-belek internet. Terjumpa pula iklan promo ni kat facebook. I Luv Islam akan mengadakan kembara Ramadhan di masjid-masjid utama di Selangor. Hari ini, aktiviti ni akan diadakan di Masjid Negara!
Terfikir untuk pergi, tapi, tengoklah macam mana keadaan. Aku ingat-ingat lupa je ni cara nak pergi. Lagipun, sorang-sorang je.
Meh aku copy paste jap aktiviti yang dirancangkan:
*Tentatif tambahan (ISNIN-JUMAAT)
9.30 pg: Bicara iLuvRamadhan bersama penulis-penulis buku Islam 'Best seller'
11.00 pg: Forum khas muslimah bersama YB Puan Rodziah Binti Ismail dan selebriti 'Solehah'
12.00 tgh: Pameran & jualan barangan untuk projek Hospital Untuk Gaza (H4G)
5.00 ptg: Persediaan majlis berbuka puasa
Tentatif program (SABTU/AHAD)
5.00 ptg: Demo masakan iLuvCook@Chef Sabri & Solehah TVAH, Ustazah Pilihan Astro Oasis
5.00 ptg: Bicara iLuvRamadhan bersama Solehah & penulis-penulis buku Islam 'best seller'
7.00 ptg: Majlis berbuka puasa
7.45 mlm: Solat Maghrib & Tadarrus Al-Quran bersama Imam Muda
8.45 mlm: Solat Isyak
9.00 mlm: Solat Tarawih bersama Imam Muda
9.30 mlm: Tazkirah Ramadhan – Tajuk: 'Cinta Ramadhan' oleh penceramah jemputan
9.45 mlm: Sambungan Solat Tarawih
10.15 mlm: Slot khas Palestin 'Tangisan Gaza' – usahasama ILUVISLAM & NGO (MAPIM) untuk dana Hospital Kanak-kanak Gaza
10.45 Mlm: Moreh & tidur
4.00 pg: Qiamullail
5.15 pg: Makan sahur
6.00 pg: Solat Subuh & bersurai
Kalau nak tahu lebih lanjut terus je ke laman web ILuvIslam.
Ada sesiapa berminat? Kekeke. Yela, mana ada ramai orang cuti hari Rabu macam aku ni.
6 comments:
besh tu aktiviti cmni.
a'ah bes kalau da aktiviti camnih .. seronok ye cuti :p
Salam cP~
Anty tunggu dorang buat kat mesjid negeri shah alam. Insyaallah macam seronok je xtvt begini.
cP~.. bila2 x on duty, meh berbuka ngan anty.
Selamat berpuasa.
bestnya aktiviti. kalau dekat teringin juga nur nak join.. :)
dah lama tak berqiamullail ramai2... last masa nak darjah khas... memang seronok sbb tidur kat sekolah ramai2. hehe
bestnya kalau dapat join tp jauh. ;)
Post a Comment