Assalamualaikum warahmatullah.
Nampaknya, masalah kat tempat kerja aku sekarang dah semakin teruk. Aku dah dengar semakin ramai orang hantar surat berhenti kerja. Bukan sekadar wad aku, tapi wad lain juga.
Hmm. Aku pun merasa kepenatan bila kerja lebih masa dengan banyak. Yang paling aku khuatir, ada dengar-dengar kononnya, mereka tak bayar duit locum dengan betul. Ada dapat kurang dari yang sepatutnya??
Betul ke? Aku ada cuba kira-kira tapi, entahlah.
Bulan lepas pun aku tak dapat cuti lama lepas naik malam. Bulan ni pun sama. Hari ni aku last shif malam, tapi esok aku dah kena kerja pagi, lusa pulak kerja double. Aku nak salahkan sister pun tak boleh, sebab memang dah tak cukup staf.
Aku? Buat masa ni aku perlu bertahan. Aku nak dapatkan jawatan kat mana-mana dulu baru aku akan pergi dari sini, tapi niat tu memang dah ada. Bukan aku sibuk nak kejar duit sangat, tapi, kalau kat tempat lain boleh dapat lebih dengan cuti yang lebih praktikal mesti la aku pilih situ kan?
Mak aku dah telefon, tak balik bulan lepas. Kakak ipar pun dah telefon tanya. Anak buah aku masuk bilik tanya, aku mana. Aduhai. Anak buah aku yang baru pun dah balik kampung sini.
Bila mak dengan kakak ipar aku tanya, aku rasa sangat geram Aku geram sebab aku tak dapat balik, dan geram sebab rasa macam diorang tak faham aku kena kerja, dan seolah-olah aku sengaja tak nak balik. Huhu.
Entahlah..
Aku harap ada rezeki kat tempat lain yang lebih baik. Kat sini banyak benda limited. Huhu.
5 comments:
Kadang geram jugak kalau ada yang tak faham situasi kita and fikir macam kita yang nak situasi tu jadi amcam tu, kan?
Huhu~
Anyhow, semoga awak dapat yang lebih baik! ;)
Sekiranya ada tempat yg lebih baik, why not kan...hanya keletihan tu memang sentiasa ada la...
betul tue cari dlu keja lain..dh ada berhenti lah keja skg
jangan la rase cmtu
mmg diorg tak faham
tgas kite bg mereka paham
diorg pon rsau gak
hope dapat keje tmpt lebih baik
aminn
Jangan layan rumours..setiap kerja tu ada tekanan..cuma bentuk tekanan tu je berbeza.Dptkn facts..sedia backup plan dulu baru take action k.
Post a Comment