Pengikut

Tuesday, January 29, 2013

Teringin tapi tak sampai hati keluarkan duit~

Assalamualaikum warahmatullah..

Dilema. Aku dalam dilema.

Orang lain semua entah dah berapa kali tukar smartphone, aku masih pakai handset RM70 beli lepas handset Sony aku hilang.

Hakikatnya, aku sangatlah teringin nak beli smartphone, tapi aduhai sayang nak keluarkan duit.

Samsung Galaxy note II.. Wah, best je tengok. Boleh mencoret-coret atas tu. Tapi, harga? Err..habis gaji sebulan kot.

Samsung Galaxy SIII, macam pilihan yang menarik, tapi, tak boleh lawan Note II dan harga pun boleh tahan.. Gulp!

Samsung Galaxy Y, simple dan murah, tapi...sayang pulak dah alang-alang beli smartphone. Karang teringin nak tukar lagi pulak. Huhu..

Akhirnya, sampai sekarang masih pakai handset Nokia RM70 ni jugak.

Rebat RM200 tu pun tak tertunai lagi. Pun sayang jugak nak ada kontrak dengan internet plan. Aku dah ada broadband dah pun. Oh...Smartphone. Tak ada sesiapa nak bagi free ke? kuikui ..

p/s: Jeles kat kawan yang dapat Note II masa cabutan bertuah dinner anjuran hospital. Haha.

2 comments:

sitiezahim said...

mmm ikut keperluan jugak sis. kalau saya lah. kadang2 'alang2' tu yang bahaya sebab kita akhirnya akan keluarkan belanja yg lebih dr sepatutnya. huhu...bagus jugak u tukar hp (berbelanja selepas penat2 bekerja) tp better ikut buget jugak kan? hehehe

akoo said...

kalau perlu diganti, beli je laa..bukan selaluuu..hehee =]