Pengikut

Friday, April 15, 2011

Contest lagi?? Giveaway

assalamualaikum..

koje tak siap, sibuk join contest. lantok la. pinau dah mato ni. mana la tau menang. (kalau la kerajinan ni dialirkan ke arah yang lebih baik. ish2..)

ok. aku join contest by this guy.

1) Letak Header Pilihan Malaysia kat atas tu ...hahahah (tak wajib)

done~

2) Letak satu gambar korang yang sempoi ...( tak wajib)

tak wajib tak yah letak~

3) Bebel la apa-apa..nak kutuk blog aku pun boleh...('',) ( tak wajib)

bebel2.. lagi dua minggu je nak exam. study pun cam siput je. thesis tak siap lagi- nak kena siap dalam 2minggu ni jugak. duit dah mengalir laju je. nak gi bookfair- tak sabar tunggu duit claim research. bo be bo be... esok nak balik kampung- cam berat je hati, tapi dah cakap nak balik-insyaAllah. bla bla bla bla.. sok sek sok sek.. tak tau nak cakap ape. tak pelah. tak wajib pun kan?

4) Tag 2 orang (bagitau la dorang ek)

bereh...

missiffa
mylife

5) Tinggalkan entri penyertaan di entri ini...

ok.

* kalau rajin follow ek..('',)
macam dah follow walaupun dak rajin mane pun.

finished..

UPDATED: CONTESTANT NUMBER 108

Thursday, April 14, 2011

Kenapa??Why?? なぜですか?? 왜?? 为什么??لماذا؟

assalamualaikum..

hah. amik ko tajuk sesak napas aku tengok. pe lagi la aku nak bebel2 pepagi buta ni? buta ke? ke aku yang buta? tak nampak jalan di dunia..kerana tidak nampak cahaya.. jika buta hati menderita...feewit..

oke2. aku tak nak meleteq panjang.. meh aku nak citer kenapa?

ape kebenda kenapa? well, aku nak citer kenapa tajuk blog secukup rasa- sebuah cerita.

actually, aku nak buat secukup rasa je, tapi not available, coz tajuk tu aku dah amik dah sebelum ni. (blog sulit kerajaan cP).

ceritanya adalah, aku ada baca satu buku ni (sambil promote) "Taman Nasihat Kebun Pendengar" by Ibnu al-Jauzi. buku ni pasal la kematian segala. ngeri wei baca. sila la baca kalau yang rasa macam kite wujud ni untuk hidup sesaja je. uhuk.

dalam buku tu ada satu ayat

" sekiranya kehidupan ini pahit rasanya, sungguh dari kepahitannya aku merasai buah yang manis"


well, aku sangat2 suka ayat tu. maka, aku pun terfikir nak buat tajuk blog like "Pahit Manis Kehidupan" tapi aku rasa cam borring....... so aku fikir, nak buat la "Masam Masin Pahit Manis Kelat Pedas...bla bla bla.." cam panjang nye??

so, aku simpulkan la jadi "Secukup Rasa" and macam aku cakap tadi, sebuah cerita tu aku tambah2 je sebab nak kasi valid nama blog aku ni. kesian, terima kasih..

well, hidup ni memang penuh dengan pelbagai perisa. ada pahit ada manis, ada kelat ada masam dan sebagainya.. tapi, macam dalam ayat tu kate, kite boleh dapat buah yang manis walaupun dalam sepahit2 kehidupan kat dunia. cuma kite kena tahu dan ambik tahu dan beritahu cam mane caranya..

konsep pertama, aku rasa syukur la.
kedua, beriman pada Qada' dan Qadar- redha.

dan banyak lagi. yang pasti kita dah diberi anugerah agama Islam yang cukup lengkap kan?

korang rasa, korang diberi ujian dan segala kepahitan sesia ke? cuma sama ada kite nak sesiakan atau tak je. kan ke dah kate..

Allah menciptakan alam semesta (termasuk manusia) tidaklah dengan palsu dan sia-sia (QS. As-Shod ayat 27)

dan...

"Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan(saja)mengatakan: Kami telah beriman?", sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang dusta"( QS. Al Ankabut: 2-3)

dan banyak lagi....jom baca Quran...

"kalau hari ni rasa cam aduh sedeynye kejap je duit habis.. la.. duit tu kan ujian... tak ingat ke?

masa korang banyak duit, rasa banyak betul la benda nak kena beli nih. semua benda nampak nak dibeli. rambang mata...terseksa jiwa.. kan2?? - aku la ni, actually.. haha.

so, maybe kalau korang tak diuji dengan hikmah duit mengalir dengan laju untuk hal2 yang lebih penting, korang akan kalah dengan ujian yang satu lagi, diuji dengan ke"banyak"kan dan "lambakan" duit yang akhirnya buat korang tewas dek nafsu nak bershupping.. kan? kan?"

maka, bersyukurlah.. dan bersabarlah..


"Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)

dan...

Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 8:66)"

dan jom baca Quran..(lagi)

p/s: untuk tuan blog ini saya copy paste ayat Quran dari blog anda.. (kes malas nak cari ayat dalam terjemahan sendiri la ni)

okey.. itulah asal usul secukup rasa. biarlah cukup rasa kite hidup kat dunia.. dan sama2 la kite kejar ganjaran kemanisan cinta Allah dan syurgaNya yang tak terhingga.. amiin..insyaAllah. moh le kite sesame ye..

"dan maafkan aku..menduakan cintaMu..."


astaghfirullah hal 'azim..

ends..hari ni mau siapkan research lagi..menaip dan menaip sambil pening2kan kepala mikio nak analisis data... all well may all ends well <--tiru tajuk filem Hong Kong nih.. jangan saman gue...ampun pak ampun...

oke2 dah.. jangan nak ngarot lebey2 pulak. stop!!

Wednesday, April 13, 2011

Universiti Blogger Malaysia ??


assalamualaikum.. hehe. korang mesti ada yang tau ada yang xtau pasal ni kan??

aku kejut gak la. tetiba ada U baru bukak kat malaysia ni..

well, this is a new blog kot. aku pun tak semak2 lagi mahupun menyemak kat situ.

untuk memenuhi syarat...

1- done.

2- cp <--ringkas je nama.. nama blog.: secukup rasa sebuah cerita.

3. mula blogging tak ingat tahun bila, tapi masa tu guna wordpress kot, masa tu juz tulis2 sajak.(hehe). pastu aku tinggalkan sepi- rasa pelik berblogging gitu.

pastu, start balik. guna blogger. tapi, rasa segan sebab masa tu banyak citer ngarut2. aku pun rahsiakan blog tu.

dan sekarang yang ini.. start dari tahun ni la jugak. seperti dalam opening ceremony, tarikh aku mula blogging secara aktif ni.. ialah.. march 1 2011, tuesday...

4. saya rasa dunia blog ni sekarang dah macam2. ada yang bagus, ada yang macam bagus, ada yang agak bagus, ada yang tak bagus, ada yang memang erkk...

tapi, pada saya, kena pandai2 bawak diri la dalam berblogging. kena ada ilmu jugak. - sebab tu kalau rasa tak yakin, jangan tulis. akhirnya muncullah golongan2 cam saya yang tulis cerita pasal idup sendiri je. ape pun, blogger kena la selitkan jugak pengajaran tak banyak seciput pun ok kot- saya sedang cuba nih- dan jangan terlalu fanatik sampai lupa yang lain ye..

blog2 jugak, akhirat jangan lupa. pisnowo!!

5. oh..baru je baca pasal ape itu UBM. well, pendapat aku.. hmm... jap nak fikir. mungkin tak dapat nak bagi pendapat yang bernas lagi coz baru je join ni. ape pun, diharap dari sini, boleh la ada input2 menarik yang membawa makna pada bloggers. it's a nice step dalam menjalinkan dan merapatkan hubungan- dengan cara baik harapnya..amiin.. all the best..!!


p/s: ade asimen ke?? adoi.. ni perit nak dengar ni..