Pengikut

Saturday, April 30, 2011

"SEGMEN: CITA-CITA AKU MASA KECIL"

Assalamualaikum

Camne nak cakap ni? Cita2 masa kecik ada sangat banyak. Asyik bertukar2 je. Bukan takat nak jadi doktor, peguam, saintis, malah nak jadi penyanyi, pelakon, penari, pelukis, penulis dan banyak lagi.

Tapi, ada satu cita2 yang tertanam dalam diri sejak kecik yang tak pernah padam. Cita2 aku nak jadi doktor. Ahaha. Tipikal punya cita2 kan?

Itulah hakikatnya. Tapi, kenapa aku nak jadi doktor?

Sebab utama masa tu, adalah arwah abah aku mula sakit masa umur aku 4 tahun camtu la. hehe. Bukan tipu ni. Cerita betul. Masa tu, aku anak yang orang nampak macam boleh tahan la bab pelajaran dan jugak aku anak sulung perempuan kesayangan abah :). Jadi, hari2 mak dengan abah cakap nanti cP (bukan nama sebenar) belajar rajin2 jadi doktor. Boleh ubatkan abah.

Maka, itulah cita2 yang aku pegang. Tapi, aku tak la pandai mana pun. Masa PMR result ok, lepas tu arwah abah pun "pergi" sebelum aku SPM. Entahlah. Aku pun tak pasti kenapa, tapi bila aku fikir balik, ada kemungkinan masa tu aku tertekan dan macam hilang arah. Keputusan SPM aku biasa2 je, cuma boleh melayakkan masuk matrik.

Lepas tu, cita2 aku masih sama- kot. Cuma macam dah tak ada alasan kuat. Bila result matrik aku tak 4.00 aku pun dah tak tau nak ambik ape. Sekarang, aku ambik course nursing sebab kawan aku ajak. Die memang minat nak ambik nursing masa tu. Aku pun ikut je la. Hahaha.

Ni la jalan yang dipilih untuk aku kot. Walaupun nurse adalah kerja paling aku tak nak jadi masa kecik2 dulu, ambik. Aku dah nak abis dah pun belajar. InsyaAllah.

2. Blog Shera saya rasa seram.. Sebab hitam dengan merah. Mula2 ingat blog laki yang ganazz.. Rupanya blog girl yang menggelar diri dengan panggilan nama. Hehe. Cool la blog kamu.

Ok. Tu je..~

Bestnya Duduk di Teratak Pinky Momma ~

Bismillah ar rahman ar rahim..

Ini je la keje aku. Join contest, join segmen. Junior kena la rajin join benda2 gini, baru boleh update. Meningkatkan prestasi diri dan blog. Bersusah2 dulu, bersesak2 kemudian. - sesak blog traffic la..

Ok. Pertama2 kalinya, aku baru je jumpa blog Pinky Momma ni dari blogger lain yang join segmen ni jugak. Maaf, lupa la siapa sebab ramai jugak yang joinnye pun.

Ape pendapat aku paal blog ni ek? Well, yang sebenar2 benarnya, aku tak lah berapa suka pink. Sebab pink selalu disinonimkan dengan perempuan, jadi aku tak suka. Benda sinonim2 ni aku anti sikit kot. (termasuk memasak)

Tapi, aku rasa untuk seorang ibu boleh ada blog yang macam ni, aku rasa dah tak takut dah nak jadi ibu. (ecece...) yela, dulu aku bayangkan kalau suri rumah ni terperuk je la dalam rumah. Boring. Buat kerja rumah je la.  Tapi, nampaknya tak gitu la..Masih boleh menjalankan aktiviti kesukaan sendiri.

Mula2 tengok picture pinky momma, ingatkan beliau saja2 je letak momma. Rupanya memang seorang momma. hehe.

Satu lagi, saya rasa jeles sebab blog momma nampak kemas je walaupun warna pink yang meriah tu. Saya tak tau macam mana nak bagi blog ni nampak tersusun dan kemas. Ahaha. Momma mestila pandai kemas2 kan?


Ok. Tammat ~

Haish~

Assalamualaikum

Ye, dah Asar. Aku tau. Grr.. Ni aku malas nak incharge2 ni. Dah cakap cara paling elok dah, ada je yang nak guna skil dan nak orang ikut cakap die saja. Please la. Kerajaan Malaysia yang kamu sokong pun guna demokrasi berparlimen. DEMOKRASI. Undian ramai.

Jangan sampai aku keluar bahasa Inggeris. Kalau aku dah speaking tu aku dah marah la tu.

Sabar je la. Dah tak sabar dah pun- sebab tu keluar gak entry ni. Please, jangan susahkan benda simple. Sudah2 la tu. Nak habis dah. Takkan nak tinggalkan memori tak best je.

Aku mintak maaf kalau aku ni tak pandai handle things, tapi korang gak yang pilih aku- For watever reasons pun. Ok?

Dah2. Gi solat. Biar hilang marah tu.. baik... - Grrr..

p/S:Boleh ke nak delete Entry geram ni? Malu dengan diri sendiri bila termarah. Ahaha ..

Xpo la Dio Kapir..!!



astaghfirulllah..

Tergelak dan termalu sendiri aku membaca entry di blog yang bercerita tentang ragam warganegara Malaysia yang cuba nak berjaya. Memang la bagus mencontohi orang2 yang berjaya dan punya azam nak berjaya. Tapi...

Kalau semata2 nak kaya macam pemilik Genting Highland maka anda membuka pusat perjudian- mencontohi la katakan. Harammm!!

Al Maidah: 90
Maksudya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minum arak, judi dan telek anasib adalah najis dari amalan syaitan, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.


Kalau semata2 anda nak negara anda jadi macam USA yang punya pengaruh yang besar, maka anda memerangi negara lain tanpa sebab musabab yang disyariatkan.Menghancurkan negara lain tanpa ada batasan.


Al-Haj:39-40
“ Diizinkan bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh kerana sesungguhnya mereka talah dianiaya, dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong meraka mencapai kemenangan . Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata ‘Tuhan kami ialah Allah’…”


rujuk jugak: al baqarah: 190-193 , at taubah 36 dan banyak lagi..

Dan kalau semata2 nak glamor dan berjaya macam artis luar negara "KPop", Lady Gaga, dan seangkatan dengannya. (Kalau korang tiru konon cute@comel@lawa la)

Nak tau hukum menyanyi dan muzik kat sini : Hukum Menyanyi dan Muzik

 Rasullulah (S.A.W) bersabda:
Maksudnya:( Wahai Asma' Sesungguhnya apabila seseorang perempuan telah baligh, Tidak boleh diperlihatkan ini dan ini. Sambil mengisyaratkan kearah muka dan tapak tangan.)

Bab aurat ni rasanya boleh dah cari sendiri. Kat sekolah pun ada ajar kot.

Bak kata si cilik dalam video ni





Takpola dio KAPIR!!!

Senior Citizen~

Assalamualaikum


Sambil aku mengisi perut yang kosong dengan air coklat madu dengan biskut kering aku merasa nak meluahkan ape yang terpendam di lubuk sanubari.

Semalam aku menghabiskan masa menjenguk semua blog yang aku follow dan meninggalkan jejak aku, menandakan aku tak follow sia2 je. Aku pun meneliti pemilik2 blog2 tersebut.

Akhirnya, aku menyedari sesuatu. Ramai yang sangat2 muda di kalangan blogger2 yang aku kunjugi.

Maka, tanpa sedar aku mengakui betapa aku adalah senior citizen di kalangan blogger, walaupun dari segi pengalaman blogging aku adalah junior.

Canggih betul budak2 ni. Blog pun dah power walaupun umur masih kanak2 tak cukup umur setahun jagung. Aku punya blog masih lagi kelam kabut dan berterabur. Kepala pun tak ada. (cuba buat, tapi tak masuk dengan background. Huduh bebenor)

Ini membuatkan aku jeles + + + tahap super saiya. Maka. dengan rendah dirinya makcik aku mengharap tunjuk ajar daripada anda2 semua, dan jangan la malu datang rumah makcik aku ni..

p/s:

Jadual Exam Aku (nak tunjuk gak)

2011

9/5 : Running Assessment (Assess pesakit dalam wad- ada interview, cek ape yang patut, tulis2, Q&A)
10/5: Law (3 esei, 10 markah tiap satu) and Ethic ( 2esei, 1=20 marks, 1= 10 marks) in Nursing
11/5 : Management (10 MCQ, 4 esei- 10 marks tiap satu)
12/5: Gerontology- senior citizen cam aku (10 MCQ, 2 esei- 20 marks tiap satu)
......
16/5: OSCE - tak pasti panjang die ape, tapi kena praktis beberapa skil (12 stations/skil)
.....
18/5: Kalau kena VIVA
19/5: Research presentation "Public Stigma Towards Mentally Ill Among Cheras Population"
.....(correction ape yang patut, buat hard cover thesis)
.....
15/6: LJM exam- Peperiksaan dari Lembaga Jururawat Malayisa untuk dapatkan lesen jadi Jururawat.

(Prof aku pesan lepas LJM tulis artikel untuk publish research pulak dalam Bahasa Melayu)- tengok la dulu

Bila kenangkan saat2 belajar, di saat2 akhir ni rasa lepas ni tak nak sambung dah. Biarlah kat degree je. Nak dapat master kena buat research, PhD research dan research.. grrr...

Friday, April 29, 2011

Dayana Az dan Miszy Dian buat LUCKY DRAW!

Bismillah ar rahman ar rahim..

 Actually dah tau ada lucky draw ni, tapi malas nak tag orang, tu yang malas nak join. Tapi, dah dipaksa dijemput oleh yang empunya lucky draw.. Maka, aku pun join je la.. Tak baik tolak pelawaan orang kot..



hehe.. Dah buat tajuk yang disuruh. Dah ada banner.. Tang nak tag orang ni lemah sikit ni.. Tapi, demi mensupport industri blog tanah air Cik Dian dan konconya, maka aku rajinkan diri mengiklankan lucky draw ni..

Kalau tak menang gak tak tau la. (bukan rezeki la kalau tak dapat)

tagged:
 jejari pitik
pendamba mawar
ibusumaiyah

dah tinggalkan jejak kat mereka2 dengan harapan mereka noted.

Ok. Now time to post entry ni kat Comment diorang.. hee..sempat ke tidak ni..

Harap2 la menang sekali sekala.. amiin...(dapat hadiah header pun bagus gak..blog aku pun belum berkepala.)

Bila Dia Tak Lagi Untukku~

Assalamualaikum..

Pernah tak korang bercinta, atau menyukai seseorang, atau mengharapkan jodoh korang adalah dengan seseorang?

Tak kisah lah pernah ke tak. Kali ni, aku cuma nak cerita sikit je- terutama di kala hujung2 tahun pengajian kebanyakan pelajar universiti, maka ramailah yang merancang untuk menamatkan zaman bujang @ zaman solo.

Ada antaranya yang dah ada seseorang, sudah merancang mahupun pernah merancang atau sudah hampir berlangsung penyatuan dua hati ni.

Tapi, tak ketinggalan juga yang impian membina keluarga dengan yang tersayang terhenti sama ada seperti yang telah dijangka mahupun dengan tiba2 tanpa dijangka. Dan ini pastinya melukakan hati sesiapa saja yang mengalaminya. Lebih2 lagi dalam umur yang mana jodoh jadi salah satu tumpuan utama, dalam suasana di mana kawan2 lain ramai yang sudah membina rumah tangga yang bahagia, meniti hari2 berdua, pastinya perpisahan itu meremukkan jantung dan sanubari.

Mungkin baru semalam mereka berbicara soal mengakhiri penantian dan merancang untuk bersatu sedikit masa lagi, tapi hari ini mereka digegarkan dengan berita perpisahan. Pelbagai alasan dan pelbagai sebab mungkin saja jadi punca.

Kekecewaan itu mungkin tak mampu digambarkan dengan kata2 mahupun dengan air mata yang mengalir dan dengan persoalan2 yang menjengah saban malam.

Tapi, hakikatnya itu lah hidup. Itulah jalan yang telah Allah rancang untuk kita.


Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. ( Ayat 29 : Surah at-Takwiir)


Dan hakikatnya cuma Dialah yang tahu siapa yang terbaik untuk kita.

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu..Allah mengetaui sedangkan kamu tidak mengetahui" (Al-baqarah:216)
Mungkin hari ni kita menangis kerana berpisah dengan si dia, tapi kita tak tahu mungkin kita akan menangis lebih banyak dan lebih lama kalau kita terus bersama si dia.

Pujuklah diri kita dengan ayat2 Allah yang jelas benar. Dengan keyakinan pada Dia insyaAllah, hati kita akan terubat malah kita boleh jadi orang yang lebih bahagia dari masa bersama si dia.

Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Begitu banyaknya janji Allah untuk orang2 yang beriman dan bersabar atas segala ketentuanNya. Dan jangan tanya kenapa kita dipertemukan dengan dia walaupun akhirnya cuma untuk berpisah. Sebab itu lah cara Dia menilai dan menguji. Malah juga mengajar. Jika kita tak pernah salah jarang sekali untuk kita belajar.

Orang yang tak pernah jatuh, takkan belajar untuk berjalan dengan betul. Tapi, kalau kita pernah jatuh, kita akan lebih berhati2 dalam perjalanan kita.

Apa pun, semoga kita semua sentiasa dirahmati dan sentiasa dalam naungan rahmatNya. InsyaAllah..

Jadi, janganlah bersedih, andai dia tak lagi untukmu.. :)

References
(copy paste ayat Quran dari websites berikut):
halaqah.net
al-hikam

(tambah sikit)

Selain tu, mungkin juga saat kita leka dan bahagia diulit impian2 bahagia bersama si dia, kita tanpa sedar melupakan cinta kita padaNya. Saat kita bersama si dia lebih banyak dari saat kita bersama @ "dating" dengan Dia.

Jadi, ambillah peluang ini. Mungkin yang datang cuma pada insan2 terpilih yang dirindui Dia. Ambillah saat ini, yang mana cinta kita, kita boleh tumpukan hanya untuk Dia dan kekasihNya.

Ambillah saat ini, untuk kita sucikan hati kita, yang selama ini dikaburi oleh cinta dunia yang sementara.

Ambillah saat ini, sementara hati kita merasa kosong dan isi dengan kasih sayangNya. Bak kata dalam lagu tu.. "Allah rindu mendengar rintihanmu berpanjangan..."

Allah rindu ni.. Best kan? :)

ok, dah habis...ganbatte!!

Pencinta Buku~

Assalamualaikum..

Entry kali ini aku search dan copy paste. Sebab persoalan dan kemusykilan timbul. Yela, aku beli buku banyak2 memang dengan niat nak baca dan nak tahu, tapi kalau tak habis baca macam mana? (InsyaAllah, aku akan baca sampai habis kalau diberi kesempatan)

Aku jumpa petikan ni dalam forum: al-Fikrah.net

MENGOLEKSI BUKU TAPI TIDAK MEMBACANYA

Oleh : Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Saya seorang laki-laki yang memiliki banyak buku yang bermanfaat, alhamdulillah, termasuk juga buku-buku rujukan (maraji'), tapi saya tidak membacanya kecuali memilih-milih sebagiannya. Apakah saya berdosa karena mengoleksi buku-buku tersebut di rumah, sementara, ada beberapa orang yang meminjam sebagian buku-buku tersebut untuk dimanfaatkan lalu dikembalikan lagi?

Jawaban :

Tidak ada dosa bagi seorang muslim untuk mengoleksi buku-buku yang bermanfaat dan merawatnya di perpustakaan pribadinya sebagai bahan rujukan dan untuk mengambil manfaatnya serta untuk dipergunakan oleh orang lain yang mengunjunginya sehingga bisa ikut memanfaatkannya. Dan tidak berdosa jika ia tidak membaca sebagian besar buku-bukunya tersebut. Tentang meminjamkannya kepada orang-orang yang dipercaya bisa memanfaatkannya, hal ini disyari'atkan di samping sebagai sikap mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, karena dalam hal ini berarti memberikan bantuan untuk diperolehnya ilmu, dan ini termasuk dalam cakupan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

"Artinya : Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa." [Al-Ma'idah: 2]

Juga termasuk dalam cakupan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam :

"Artinya : Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya."[HR. Bukhari dalam Ad-Dzikir (2669)]

[Fatwa Hai'ah Kibarik Ulama, juz 2, hal. 969, Syaikh Ibnu Baz]


Sumber : almanhaj.or.id/content/1329/slash/0

Bukan Yang Pertama :)

Assalamualaikum

Bila dah terbiasa blogging, rasa macam tak lengkap je kalau tak menulis. Penat menahan diri dari blogging, akhirnya merayau jugak jengah update blog2 yang aku follow.

Ok. Tajuk hari ni, bukan yang pertama. Ye, ini memang bukan yang pertama. Aku tak ingat dah berapa kali secara total. Tapi, dalam tahun ni dah kali kedua.

Yup. Aku dah buat kedua kalinya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC tu. Cannot resist.

Semalam kawan aku ajak aku pergi lagi. Aku mana boleh menolak. Memang rasa tak puas duduk dikelilingi buku2 yang banyak tu.

Dan akhirnya, aku tewas lagi. Aku pun pergi la ke pesta buku tu dan beli buku lagi!! Hehe. Takpe2. Setahun sekali je. Aku dah lama menahan diri dari beli buku sepanjang tahun ni.

Cuma sayangnya, ada satu buku aku tunggu nak beli kat pesta buku, last2 aku boleh sampai sekarang tak dapat nak ingat tajuk buku tu. Takpelah. Nanti aku search semula, beli je kat kedai mana2. huhu..

Sejak 1st aku pergi PWTC tu, aku dah jeles dah tengok orang bawak beg"recycle" dari gempak starz. Tapi, aku menahan diri. Aku takut adik aku dah beli komik yang aku beli, bazir la duit aku. Tapi, semalam aku gagal.

Kena beli 3 komik baru dapat beg tu. Maka, setelah aku belek2 aku pun beli la 3komik. Satu rm7 tu. huhu. Haru. Tapi, beg tu punya pasal. Teruk tul aku ni. (Kebanyakan komik translation kat situ aku dah miliki. Payah betul nak beli.- ok, bukan aku miliki la. tapi, adik aku rajin beli.)

Kawan aku yang suka shopping pakaian(tak lah selalu shopping pun) kata, tak faham betul. Tak mampu nak faham. Kegilaan aku dan die adalah berbeza.

Aku dah beli banyak, sempat lagi aku jeles dengan kawan aku sebab die beli lagi banyak dan buku die lagi tebal. Oh, tidak.
Buruk perangai kan? Takpelah. Aku bukan beli buku merapu semua pun. hehe.


(ni bukan gambar genre yang aku suka. juz snap guna handset 3sekupang aku)

Sayonara.~

p/s: oops.. sambil2 tu cuba baca ni.. Lega sikit hati aku. Faidah Ilmu

Thursday, April 28, 2011

KL=Kelantan?

assalamualaikum

macam yang dah sedia maklum, aku duduk KL. aku adalah seorang warganegara yang tak pernah jejak kaki ke Kelantan. Tapi, aku tak perlu risau.. kenapa? sebab aku duduk KL ni dah macam aku duduk kelantan.

1) Kawan2 aku ramai dari Kelantan.
2) Aku dah boleh cakap Kelantan walaupun bunyinya sedikit nak masuk ke Siam.
3) Aku dah belajar makan makanan Kelantan.

Sebelum ni, aku tak faham kenapa orang suka budu. Cuma masin je, aku kata. Tapi, selepas satu ketika di kala kawan aku Cik Misi mengajar aku makan budu cap ketereh ketika itu, akhirnya aku telah JATUH CINTA dengan budu.

sampaikan aku makan budu macam buat kuah.

dan baru2 ni, kawan aku yang lain (bukan blogger) telah memperkenalkan aku dengan "colek" betik muda??

seumur hidup aku, aku cuma tau betik muda boleh dibuat sayur, tumis atau masak air @ jangan bening dalam bahasa Jawa.

kali ini, aku makan betik muda mentah2 dengan cuka!

haha. layan la jugak..

Bahan2 untuk colek:

cuka
gula
garam
belacan

gaulkan la semua tu secukup rasa.. potong betik muda nipis2, cicah dan makan...

Haritu aku bawak dua betik muda yang agak lumayan saiznya, sekarang dah tinggal sikit je. aku tengok kawan aku, sorang orang KB sorang orang besut makan macam makan jajan. mak aih..!! marvellous..!! Ni la "colek" betik muda tu. (lapik dengan plastik sampah yang masih bersih, ok)

betik yang aku bawak tu, walaupun muda die maniss.. kawan aku kata, selalunya tawar je die makan. ok la. style baru, makan manis dengan masam. orang yang bawaknya pun muda dan manis, kan..ehehe.

satu resepi baru. boleh bawak balik rumah ni.

uih..dah malam rupanya...zzZZ

Wednesday, April 27, 2011

Budak Perempuan kat Rumah Aku Tu~

assalamualaikum..

sedang aku bermalas2an (malas sokmo aku nih), aku duk baca entry orang tentang segmen encek ben aku teringat satu kenangan di waktu sekolah yang lain. tapi, ni bukan kenangan aku, ni kenangan adek aku.

aku pernah buat entry pasal abang aku, tapi aku delete sebab risau die tak suka. maklumlah, orang dewasa ni.. risau gak aku. tapi, kali ni aku nak cerita pasal adik perempuan aku (aku tau die mesti bangga kalau tau kak die cerita pasal die..hehe)

adik aku is my follower. aku tak suka pink, die pun xsuka. aku suka komik + lukis2, die pun suka. aku suka smart2, die pun suka. aku suka tengok TV, die pun lagi la suka. aku suka malas2, die lagi malas kott.. ahaha..

ok back to topic:

di dalam satu kelas sains, di dalam sebuah makmal, di satu sekolah menengah die sebuah pekan di selangor..

cikgu: ok, semua orang bangun! siapa tak dapat jawab jangan duduk.

maka, semua orang pun segera bangun termasuk la adik aku, tey-are (nama glamor die nih..gurlish tul!)

cikgu (sambil memandang ke seluruh kelas.

tiba2 cikgu tersebut mengankat tangan dan menuding jari ke arah adik aku sambil dengan lantang berkata: tu, kenapa tak berdiri lagi tu??!!

adik aku terpinga2 dan dengan wajah sedih : saya dah bangun la cikgu...(T_T)

seluruh kelas pun memandang ke arah adik aku dan menggelakkan tak hengat ke arahnya..muahaha....

adik aku, kalau orang lain duduk dengan die berdiri sama tinggi...wink2..^_~

p/s: harap2 adik aku tak marah la. ala...die mesti akan cakap, "kakak ni, malu la achik.. "
lepas tu aku akan cakap, "ala, rilex r..bukan orang tau ko sape pun". die akan cakap pulak," kakak ni..ish..". dan semuanya akan tamat di situ..

alalala...ko comel la wei..(errkk.. tak pernah aku puji die gitu).. memang die "comel" pun. maklumla, form 6 tapi serupa darjah 6..boleh campak2 je...

Tuesday, April 26, 2011

Buku Secondhand~

assalamualaikum..

penat aku godek2 tenet. tak ade ke orang jual buku terpakai dah? semua aku tengok dah outdated je.. aku mau kumpul novel jodi picoult. aku ada tengok kat amazon.com... tapi, aku mana tau cara nak beli online dari over the sea pulak tu.. lagi pun, entah tahun bila punya entry entah tu.. aku mau buku jodi picoult....!!

heh. over action plak. tapi, aku mau mula kumpul buku. kembalikan minat membaca ku macam dolu2..kalau ada sesiapa tau mana nak dapat buku terpakai yang murah, habaq la kat aku.. especially jodi picoult. aku memang suka buku die-selalu pinjam je. sekarang nak mula beli..

my sister's keeper <--buah hati pertama.. best2..i like..!!

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH


Assalamualaikum..

Ehem. Kali ni, aku nak join segmen oleh encek Ben Ashaari

Ok. Nak kena cerita zaman sekolah.

Aku mula sekolah taski kat Kuala Selangor-sedangkan aku duduk kat Tanjong Karang. Bila budak kampung terpaksa sekolah kat bandar, aku sangat2 la tak dihiraukan. cam kesian je bunyinya. Tapi, aku berjaya teruskan hidup aku kat sekolah tu dan periksa akhir dapat nombor 6. Hehe..Masa ni jugak lah aku berjaya mengubah kekidalan aku kepada kekananan. sebab ape? aku tengok, aku sorang je tulis pakai tangan kiri, orang lain tulis tangan kanan. aku pun sedaya upaya tukar la.. grr..aku memang cepat terpengaruh. =_=''

Lepas tu, dari sekolah bandar pindah ke sekolah kat kampung, aku sangat takut. sebab masa umur 6tahun tu, bila kat rumah tak ade sape nak kawan dengan aku, sebab aku tak sekolah sama dengan diorang kat tadika KEMAS.

alhamdulillah, masuk sekolah darjah satu dapat gak kawan. teringat satu ketika, aku gaduh2 dengan kawan aku, aku naik atas meja. sebab aku takut kalah. naik atas meja rasa tinggi. lagi satu, budak tu panggil kakak die datang-darjah 6- tak aci!! main ajak back up. aku mana ada sape2 kat sekolah tu. sepupu aku lelaki pun sama baya. dah la curik abang aku. (abang aku anak angkat mak ayah budak tu). aku jeles..*_*

tapi, aku berjaya harungi dan jadi antara pelajar yang cemerlang-kononnya la. lepas tu, darjah 3 kan ada PTS. entah dah rezeki aku kot, lulus plak. aku ingat lagi konflik aku dan lagi 2 kawan aku, kitorang asyik tukar je keputusan nak lompat kelas ke tidak. last2 buat keputusan tak nak, tapi enchek dari PPD daerah kuala selangor turun sekolah dan pujuk kitorang naik darjah 5.

sekali lagi, aku terpaksa cari kawan baru. nasib baik ada sorang geng dan akhirnya jumpa la sorang kawan yang rapat.

aku ni tak besar mana. masa darjah 6 ada anak cikgu ni, buli aku. maka, aku nanges sampai la masa matapelajaran sains. cikgu masuk aku masih nanges. sebab ape??sebab aku malu nak angkat muka. maka, aku pura2 terus nanges.. bijak kan aku??

masa darjah 6 jugak lah, aku selalu kena berdiri atas kerusi. sebab aku selalu tak bawak buku teks.. berat la cikgu...nak bawak beg, kayuh basikal hari2.. saya dengan buku dah nak sama berat tau..

lepas tu, masuk sekolah menengah kat situ je. teringat satu peristiwa.. sangat memalukan..tapi, aku rasa aku bijak..

aku ni bukan jenis yang bising2 kat kelas. maka, aku tak kisah hal orang. tapi, ada sorang budak laki ni suka sangat la usik aku. satu hari di kala lepas PMR, budak2 laki lain cakap budak tu usik aku sebab suka, dek kerana malu, aku pun pura2 nanges!! wahaha. terus diorang stop dan takut nak usik. senang je nak kalahkan diorang...bangga aku jap.

lepas tu, ting 4 dapat tawaran masuk asrama. aisyeh. aku masuk je la. demi masa depan la konon. tapi, kat situ sekali lagi, aku terpaksa kawan dengan budak2 bandar, anak2 dato' datin, segala macam jenis la. memang tak selesa. (kalau ada yang terbaca, sori la. ni ikhlas punya pengakuan)

aku tak mampu nak ikut gaya hidup diorang. so, pada akhir sekolah aku banyak menyendiri. lagipun, masa tu arwah abah aku baru je pergi, aku agak depress-baru aku sedar.

aku pun salahkan sekolah sebab aku tak dapat balik pada minggu tu sebenarnya (asalnya minggu tu patut boleh balik, tapi ditunda sebab nak adakan bengkel jawab soalan SPM) grr.. aku tak suka sekolah tu (jujur kan?). walau ape orang cakap, sampai sekarang, sekolah tu pada aku cuma kenangan pahit.

to kawan2 sekolah aku, tak kira la sekolah mana pun, untuk yang masih ingat aku cuba contact aku, jenguk2 aku thanx. sori la tak dapat jenguk korang. aku cuma ada lesen basikal..sekian terima kasih..


macam panjang sangat je..=_=''

oh, ye. di zaman sekolah obsesi aku cuma pada komik dan TV. hari2 itu je la cerita aku. dan aku sangat serabai..sekarang pun serabai je lagi.. wee..

banyak lagi kisah2 yang tak dapat dilupakan sebab aku ni, jenis senti"mentel".. tapi, nanti dah jadi novel pulak..

Books Heaven~

alhamdulillah..

hajat aku nak ke pesta buku akhirnya tercapai. hari ni, aku and kawan aku keluar berjalan2 (naik tren) ke PWTC. kitorang memang plan nak pergi hari bekerja sebab tak ramai orang, senang sikit nak jalan.

pergh..! teruja aku tengok lambakan buku2. tak cukup mata aku nak tengok, tak menang tangan aku nak belek2 buku..

aku ni, jenis cepat rambang mata. tak reti nak pilih. akhirnya, aku cuma beli 4 buku je.. (je, sebab kawan aku beli banyakkk.. trust me, memang sangat banyak...!!) gile buku die tu..kagum2..

well, aku tak reti baca novel Melayu (sombong bunyinya). bukan ape, kebanyakannya cerita cinta je..boring.. satu2nya novel Melayu yang aku sangat2 seronok membaca adalah ADAM oleh Ramlee Awang Murshid. masa aku baca tu, form 5 rasanya.

lepas tu, aku tak baca novel Melayu sangat. (aku gila komik, novel aku tak berapa obses). cuma masa zaman kanak2 je aku dah membaca satu almari novel rumah pakcik aku termasuk novel bercakap dengan jin-pelbagai siri. heheh. agak gila jugaklah..

ok2. back to topic. buat masa ni, aku nak mengumpul buku2 yang memotivasikan diri and memperbaiki diri aku je. tapi, disebabkan aku suka Jodi Picoult, maka tadi aku beli la satu novel die, House Rules.

aku suka baca novel english bertema persahabatan and keluarga, sesekali tema misteri. tak sama macam novel cinta Melayu kan? Bukan aku kondem, cuma aku tak suka. orang lain nak suka, aku tak de hal.. masing2..

lepas ke PWTC, cam biasa singgah makan and solat kat the Mall.. elok la sangat kat bawah tu ada clearance sale novel omputih.. maka aku beli lagi dua novel.. hehe.. maaf.. harga die satu rm5 dan satu lagi rm8 je..

so, kesemua buku yang aku beli harini, 3buku Melayu, 3 novel omputih..

tak sabar nak baca- tapi aku psycho balik diri aku, kena study dulu. abiskan exam dulu, balik rumah baru boleh goyang kaki baca buku2 yang ada ni..insyaAllah..

malam ni kena selesaikan surat2 nak hantar resume esok lagi. cepatla semua selesai.. study2!!!

doakan aku rajin selalu..amiin..uhuk.

Monday, April 25, 2011

Resume~

Assalamualaikum

Fuh. Pening kepala fikirkan resume. Disebabkan jawatan untuk U41 fresh graduate degree nurse dengar khabarnya dibekukan sementara, maka kitorang ni kalut la nak menghantar resume ke sana ke sini.

Terpaksa la mohon swasta- tak pelah, cari experience. Kalau ada rezeki masuk la ke government.

Maka, aku dah shortlisted kan beberapa hospital area selangor dan KL untuk dipohon. 8 kesemuanya. lebih satu dari dragon ball..

agak banyak di situ, tapi disebabkan kekhuatiran yang melampau-tengok pengalaman senior2 dulu- maka, inilah jadinya. Hantar resume macam jual bundle. ahaha.

Aku ni susah sikit nak handle2 benda ni, tapi disebabkan risau tak dapat kerja aku pun rajinkan la diri handle nak hantar resume ke hospital2 terpilih yang aku berkenan.

Hope semuanya berjalan dengan lancar dan ada la hospital yang panggil kitorang interview. Kitorang tak mintak pun standard gaji degree, gaji diploma pun tak ape. Janji ada gaji, ada kerja. Boleh jugak cari2 pengalaman. Kot2 lepas tu nak gi Saudi ke..ngeh3..

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

and

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

So, sila lah berusaha. (Ape lagi cP? sila la study! exam dua minggu je lagi ni makcik)

InsyaAllah..huhu..=_='' agak berat di situ..

Grr..
ok lah. adios..!!

“My Life’s Story Blog First Giveaway”

Assalamualaikum..

Hehe. Saja nak join blogger ini..(My) buat 1st giveaway. nak buat sendiri tak mampu. rajin2 join kat orang je la..Ada rezeki boleh dapat hadiah dari vietnam..

(disebabkan haritu dah kantoi juz copy paste dan bila cik penganjur kate boleh edit2 lagi maka, aku nak edit la entry ini..)

Aku rasa orang2 yang anjurkan GA ni orang2 glamor je. ni lah pandangan aku. Aku blogger baru (la jugak) yang xreti pasal blogging. beberapa lama join GA and contest baru la aku tau ini pun salah satu cari tingkatkan traffic. bagus untuk yang menjana pendapatan kat blog.

kenapa aku nak join GA cik My ni? Sebab aku teringin nak hadiah dari oversea la.. ahaha.. Pendapat aku tentang cik My ni, die adalah senior blogger macam encek Ben, encek Ujang, cik epal dan lain2..maka, aku rasa dengan men"join" contest die, aku dapat gak mengembang lebarkan sayap pengaruh aku.

tapi, actually aku nak hadiah tu yang paling penting. aku ni jarang dapat hadiah2 ni. ada la sekali malam dinner, ok dua kali aku dapat cabutan bertuah. kot la ni dapat hadiah lagi. aku suka collectible items. orang kata itu sampah, aku kata itu barang berharga.. hehe

harap2 aku menang ler..

Tag:

nadiahtalktalk
bestblogger

ok done~

Saturday, April 23, 2011

Diam atau Luahkan je?


Assalamualaikum

Korang mesti pernah rasa geram kat seseorang kan? Kalau tak pernah aku tabik spring la kat korang.

Orang selalu kata, sabar.. dan orang ada jugak kata, Sabar pun ada hadnya..

Aku dah pernah buat entry pasal sabar dah rasanya, kat sini. Tapi kali ni aku nak cerita lain sikit.

Kalau orang suka tegur korang tanpa memikirkan pandangan korang, yang penting die dah tegur, tak kira la cara baik ke, cara kasar ke, cara yang membuat korang rasa geram ke.. Adakah korang akan diam dan dengar je atau korang akan jawab balik?

Aku? Aku selalunya, iye kan aje. Ok. Baik. Ye la. dan seangkatan dengannya.

Tapi, kadang2 geram jugak. Tak boleh tahan. Rasa nak je grrr... Tapi, sebab aku ni kalau dah meletop bahaya, aku cuba elak untuk meletop.

Kadang2, duduk saja2 dengan geng2 lain, oopss.. Tanpa sengaja masing2 melepas geram masing2. Bahasa senangnya "mengumpat". (kalau kot arab Ghibah- tanx to en. google)

Aku konpius lah. Kenapa orang lebih senang kata kat belakang- konon just nak meluah perasaan pasal si polan- berbanding cakap terus terang je?. Aku pun tak faham diri aku ni.

Banyak je rasa nak tulis lagi. Nanti jadi mengumpat di khalayak ramai pulak. Penyebaran fitnah dan umpatan dalam dunia blog pulak nanti. Tak mau makan daging sedara sendiri (QS- al-hujurat :12).Na'uzubillah..

Rasulullah S.A.W menjelaskan mengenai Mengumpat seperti sabdanya yang bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

p/s: ....=_='' Aku tak sebut nama sesiapa kan? Maafkan aku kalau ada yang terasa hati. Ni kira proses refleksi diri je ni.


lagipun...Rasulullah bersabda lagi..

"Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)

dan lagi...

Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum
beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)


mintak jauh la.. adakah aku sedang membuka aib sendiri? bukan.. ini adalah hakikat. kadang2 kita tak sedar kita tengah mengumpat pun.

kita sangka nak luah perasaan je, rupanya kita tengah tambah saham dalam buku catatan kat belah kiri.

Ghibah yang dibenarkan hanyalah:

Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.

Kedua: Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti saudara melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan saudara membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat). Saudara hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Saudara dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.

Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. “Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?”

Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada saudara meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan saudara tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan bejat agamanya. Jika memadai dengan kata ‘JANGAN’, hendaklah saudara mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah saudara membuka aibnya.

Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid’ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.

Keenam: Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan itu, elakkan..


sumber: lepakkgroups

So, kesimpulannya..

Kalau korang rasa korang tak boleh tahan dan geram dengan orang yang buat korang geram, terus terang je lah. Daripada free2 dapat dosa duk ngata kat belakang. (dengar tu cP~?) huhu..

Kalau tidak, bertahan je la. Sabar banyak2. Simpan diam2 tak berulat nya... InsyaAllah ganjaran orang yang sabar dan menahan diri lagi banyak kot daripada kelegaan sementara lepas korang mengumpat. InsyaAllah.

"Ya Allah, kurniakan kami sifat2 sabar dan tunjukkan kami jalan yang benar.." Amiin..

Ok. Adios amigos..!!

Friday, April 22, 2011

Vampire Cari Mangsa~

Assalamualaikum..

ok. entry ni cuma iklan je. ternampak post ni kat FB tadi.



Yang cukup syarat boleh la.. silakan..

Thursday, April 21, 2011

Ang Ang Ang~

Assalamualaikum

Maklumla baru balik kampung jumpa buah hati.. Sibuk nak tayang je la..
hehe.. Jangan jeles..


Sama ada die geli atau takut patung. Memang sentuh pun ala kadar..



Sibuk je kalau orang baca paper, die pun nak.. bukan baca, abis hancur je..

Ikut hati nak tayang abis2an..tapi tak pelah. Cam aku sorang je ada anak buah yang comel, berlesung pipit lagi berwajah hensem, kan? Hehe..

Sekian..

Kali Yang Pertama~

bismillah ar rahman ar rahim..

Rajin betul aku menulis kan? Merepek pun merepek lah. Aku nak tulis jugak.

Aku adalah seorang anak jati Selangor. Aku pernah bersekolah kat KL setahun setengah (SBP-aku tak suka..ahaha), dan telah berada di KL campur tolak 6-7tahun.

Lama kan? Kalau orang dengar aku orang Selangor, duduk KL nak dekat 7tahun, mesti orang kata aku ni dah macam orang KL. Apa orang kata? Orang TOWN??

Hakikatnya, mereka2 adalah silap! Buat pertama kalinya hari ini dalam hidup aku, aku menjejakkan kaki aku ke

1) Petaling Street
2)Central Market

Itupun sebab kawan aku kesian. Tadi, kitorang dengan sengajanya pertama kali cuba naik bas untuk ke Masjid Jamek. So, kena turun kat Pudu (pertama kali naik bas ke Pudu dari sini).

Maka, sedang aku dan die berjalan2 melihat alam dan mengelakkan diri dari sesat, ternampaklah

"Eh, Petaling Street?" kataku dengan nada excited. "Tak pernah pergi"

Kawan aku pun geleng kepala dan ajak aku jenguk jalan2. Aneh. Aku rasa malu betul jalan kat situ. Mana taknya, aku tengok yang warganegara macam cume aku dan die je. Orang lain tu kulit putih melepak atau black, hidung mancung, cakap omputih ada cakap Cina ada, cakap bahasa lain2 pun ada. Apakah tempat ni?

Next, aku jalan menuju ke Masjid Jamek, jumpa pulak CM. Ok. Aku selama ni bayangkan CM macam Masjid Jamek, orang niaga tepi jalan. Mana aku tau ada satu bangunan yang cantik siap ada secret recipe kat dalam.

Kesian kawan aku ni- kata die dalam hati- aku teka je.

Actually, banyak je lagi tempat yang pelancong2 entah dari mana dah jejak kaki kat KL ni yang aku tak pergi lagi. Terasa semacam sangat le kuno aku ni. Duk KL lama2 tapi langsung tak kenal KL. Kalau dicampak tengah bandar mau aku nangis.

Actually, don't try this at home. Susah gak la. Kalau ape2 hal susah. Aku pun dah puas kena bebel dengan abang aku. Duduk je KL, ape pun tak tau. Gomen neh..=_=''

Dataran Merdeka? Menara KL? Apa saja tempat menarik kat KL ni, aku rasa aku banyak lagi tak sampai. Yela, aku kan orang kampung, patutnya ambik la kesempatan ni nak belajar sambil makan angin. (patut ke?)

Rugi2. Ape pun, makan angin banyak2 nanti kembung perut. Takyah la dulu.

ok. Adios.

p/s: hari ni, beli tudung kat mak and Kak Na- hadiah hari ibu la konon. tak sabo nak balik kasi. lambat lagi je pun.

Tak beli ape2 lagi untuk diri sendiri T_T. Kenapalah bila bab beli barang kat diri sendiri aku fail. Payah betul. Mau tapi malu kot.

Sempit~

Assalamualaikum

Hari2 menghadap laptop. Menaip, membaca semua atas skrin. Mata pun dah jadi macam mata panda. 0_o (eye bag, you know eye bag). Lumrah la, girl would always be girl.

Terasa nak buat larian 1Km keliling hospital ni je. Hari2 kena menghadap laptop.

Hari ni, nak kena "touch up" thesis sebab nak hantar esok. Maka, aku rasa sangat bosan.

Jalan2 ke website sana sini pun masih bosan. Tahap kebosanan yang melampau.

=_=''

Kenapa pulak letak tajuk sempit? Sebab rasa dunia aku dah makin sempit terperuk dalam bilik yang tak berapa nak 4segi ni dengan jendela 2daun dan satu pintu.

Minda pun dah tak berkembang.


Grr.. Rasa nak lari dari rumah..

Wednesday, April 20, 2011

Kalau lah..

Assalamualaikum..

dalam tengah berdebar2 dan merah padam muka, tetiba ada idea nak menulis. hehe.
satu demi satu (ketar la plak jari ni) idea mencurah2 plak- best ke tak best aku tak jamin la. aku tak kire, nak tulis jugak.

ingat tak aku pernah tulis entry ni? New Invention.

Selepas beberapa ketika, member den cik Skru telah menulis entry ini. Tandas Baring.

Setelah aku, komen mengomen, baru ni aku tersedar. Bagus kan? Bila kita (pekerja kesihatan) tengok masalah2 yang dialami pesakit, then kita utarakan, ada kemungkinan untuk jalan penyelesaian ditemukan.

well2. benda2 gini bukan senang. aku buat research kecik pun dah telan belanja riban2. tapi, kat sini la pentingnya keprihatinan.

kenapa aku cakap keprihatinan? (bukan aku nak kate aku prihatin-sikit2 ada la) sebab, aku perhatikan, kadang2 pekerja kesihatan ni dah jumpa macam2 kes sampai terasa semuanya perkara biasa. kalau setakat orang ada kencing manis, potong kaki (amputation) biasa je. cuci luka, biasa je. sedangkan yang merasa?

eh2. back to topic. makanya, bila kite prihatin, kite akan dapat la kesan masalah2 yang dihadapi pesakit. kan?

macam isu yang aku pos tu, sebenarnya entah berapa ramai pesakit yang alami keadaan ni sebelum ni. kalau la cik Skru berjaya hasilkan katil yang boleh elak pressure sore (kudis tekanan) jadi makin teruk, maka its an improvement!!

kurang la kadar jangkitan kat wad. wad pun dapat nama, staff dapat nama, hospital dapat nama. bila layanan bagus, pesakit nak datang, bila pesakit datang, duit masuk.. sape jugak yang untung.. kite jugak.. (otak business sket).

eh, fokus kat duit pulak. haha.

ape yang penting?? KERJASAMA!! hehe.

that's all.

p/s: masih berdebar dan menggigil..

Thriller vs Horror~

assalamualaikum..

hari ni, aku cuma nak cerita tentang movies. apakah jenis movie yang aku suka tengok??

loves story?? comedy?? tajuk pun dah thriller vs horror, mesti la aku nak cerita pasal dua genre tu je. tak payah la teka. aku suka tengok semua cerita - "hantu TV" is my middle name.

antara Thriller dan Horror, mana lagi aku suka??

Aku suka dua2 la.. sebab die BEST...

Bila aku tengok cerita Thrill/Horror ni, jantung aku akan berdegup kencang (palpitation), rasa macam nak tercekik, sesak nafas (SOB-shortness of breath, dyspnea). Perasaan tu sangat menarik!! ahaha.

Bila aku tengok cerita Thriller, aku akan menjegilkan bijik mata sambil tutup mulut dan menahan nafas bila tengok part pancung2, potong2, gergaji2, kapak2 dan bloody scene..

Bila aku tengok cerita horror?? well, kawan aku kata, bila aku tengok cerita hantu, aku cuma tengok cerita. Hantu aku tak tengok.

ooppss..ha, nak cakap aku penakut la tu. No, No, No. bukan ye. aku bukan penakut (kunun). Aku dikurniakan daya imaginasi yang tinggi. Maka, bila aku tengok cerita hantu, kalau aku nampak muka hantu tu aku akan mula terbayang2 selalu. Jadi, untuk mengelakkan aku duk fikir + terbayang2 muka hantu tu, baik aku jangan tengok kan??

Takut pulak aku jadi lebih takut kat hantu dari yang sepatutnya aku takut. Astaghfirullah.

Pemilihan cerita Thriller aku, aku tak kisah. Janji ngeri. Kalau cerita budak2 kecik yang pegang watak ganas, aku lagi rasa menarik. Innocent face with a devil heart. Thrill..!

Kalau cerita Horror, aku prefer movie dari negara luar yang bukan asia tenggara. kenapa?? Sebab movie asia tenggara low quality?? Bukan2.. Amatlah bukan..

Sebab, latar belakang cerita asia tenggara = Malaysia. Nanti bertambah2 la kepala otak aku yang kreatif ni fikir bukan2. ngeh2. Alasan yang bernas kan? kan?

Banyak lagi Horror movie & Thriller yang aku tak tengok. Maklumlah, nak beli CD fikir al-fulus, nak download, setakat wifi kolej ni, ape la sangat yang aku boleh download. Lain la korang2 yang guna streamyx mahupun unifi..

Okay. That's all.

Tapi, ingat- termasuk aku la- jangan la melayan movie sampai terbawak2 takut. Lain jadinya. Khurafat <--dah tengok cerita ni, tak faham ape yang boleh cecah juta2 sangat ntah. biasa je. Jalan cerita yang biasa dan terlalu common. Sepanjang cerita aku asyik bebel je, penuh dengan comment itu ini. kesian member aku yang duk fokus melayan cerita.

Ok lah.

Asy-Syaikh Abdurrahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dalam kitab beliau Fathul Majid mengatakan: “Takut berkedudukan tinggi dan mulia di dalam agama dan termasuk jenis ibadah yang banyak cakupannya yang wajib hanya diberikan kepada Allah subhanahu wa ta’ala.”
Firman Allah : "Jangan kamu takut kepada manusia, takutlah kepada aku" (Al Maidah : 44)
Sesungguhnya mereka itu tidak lain adalah setan dengan kawan-kawannya yang menakut-nakuti kamu, karena itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepada-Ku jika kamu benar-benar beriman.” (Ali Imran: 175)


ends~

Tuesday, April 19, 2011

Kenapa Perlu Ada Malu??

Assalamualaikum..

how are you? ayam tak patuk, itik tak sudu..

well2x.. terasa cam lama dah tak ade idea nak buat entry yang berfaedah. so, aku pun terfikir la nak cerita hal aku balik kampung. boleh kan?

ok. ceritenyer......once upon a time...(bayangkan ye....) dalam sebuah kampung.....

aritu, aku balik kampung. atas reason seperti pada post aku sebelum ni.

so, aku duduk2 la. tetiba mak aku cakap, " cP (of course mak aku tak panggil aku cP la), kalau ko tolong urut agaknya sedap gak ni." (ahaha..tak leh tahan, ayat mak)

entah kenapa, aku malu sungguh nak urut mak. rasa macam mengekspresi kasih sayang- aku memang la sayang mak aku- tapi, janggal sungguh la.

aku pun pegang le bahu mak aku. mak aih! keras sungguh. mak aku kate, biasa la. semua orang pun cakap, kalau urut mak, keras betul badan mak- keje kuat.

aku pun urut je la.

persoalannya: KENAPA AKU RASA JANGGAL DAN MALU??

entah la. mungkin sebab aku tak biasa....teruk kan? ye la, duk jauh dari mak. mana ada rajin sangat mengekspresi kasih sayang ni. tapi kan, aku rasa kalau aku tak urut mak aku aritu, aku akan menyesal kemudian nanti.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.(doakan mereka)"” (QS. Al-Israa [17]: 23-24


percayalah, selagi ada masa, jangan la sesekali lawan cakap. memang ada ketikanya, kita pun tak perasan yang kite dah sakitkan hati mak ayah. betul tak aku cakap?

kite sembang biasa je, tetiba sedar tak sedar, mak dah kecik hati. so, mintak maaf, atau pun lepas tu pandai2 la amik hati ye. hehe.

p/s: malu biar kena pada tempatnya, mungkin kita bukan malu, tapi EGO!!

Monday, April 18, 2011

Isqandar ~ Setahun ^_^


alhamdulillah...

umur Is dah setahun.. happy bebeday my Isqandar...

hehe.. balik kampung sambut beday budak ni la. banyak nye adiah die.. jeles I.

semoga die jadi anak soleh..amiin...


sempena beday Is, aku hadiahkan korang gambar special..

biase je, tapi aku rasa sangat cute..

Friday, April 15, 2011

Contest lagi?? Giveaway

assalamualaikum..

koje tak siap, sibuk join contest. lantok la. pinau dah mato ni. mana la tau menang. (kalau la kerajinan ni dialirkan ke arah yang lebih baik. ish2..)

ok. aku join contest by this guy.

1) Letak Header Pilihan Malaysia kat atas tu ...hahahah (tak wajib)

done~

2) Letak satu gambar korang yang sempoi ...( tak wajib)

tak wajib tak yah letak~

3) Bebel la apa-apa..nak kutuk blog aku pun boleh...('',) ( tak wajib)

bebel2.. lagi dua minggu je nak exam. study pun cam siput je. thesis tak siap lagi- nak kena siap dalam 2minggu ni jugak. duit dah mengalir laju je. nak gi bookfair- tak sabar tunggu duit claim research. bo be bo be... esok nak balik kampung- cam berat je hati, tapi dah cakap nak balik-insyaAllah. bla bla bla bla.. sok sek sok sek.. tak tau nak cakap ape. tak pelah. tak wajib pun kan?

4) Tag 2 orang (bagitau la dorang ek)

bereh...

missiffa
mylife

5) Tinggalkan entri penyertaan di entri ini...

ok.

* kalau rajin follow ek..('',)
macam dah follow walaupun dak rajin mane pun.

finished..

UPDATED: CONTESTANT NUMBER 108

Thursday, April 14, 2011

Kenapa??Why?? なぜですか?? 왜?? 为什么??لماذا؟

assalamualaikum..

hah. amik ko tajuk sesak napas aku tengok. pe lagi la aku nak bebel2 pepagi buta ni? buta ke? ke aku yang buta? tak nampak jalan di dunia..kerana tidak nampak cahaya.. jika buta hati menderita...feewit..

oke2. aku tak nak meleteq panjang.. meh aku nak citer kenapa?

ape kebenda kenapa? well, aku nak citer kenapa tajuk blog secukup rasa- sebuah cerita.

actually, aku nak buat secukup rasa je, tapi not available, coz tajuk tu aku dah amik dah sebelum ni. (blog sulit kerajaan cP).

ceritanya adalah, aku ada baca satu buku ni (sambil promote) "Taman Nasihat Kebun Pendengar" by Ibnu al-Jauzi. buku ni pasal la kematian segala. ngeri wei baca. sila la baca kalau yang rasa macam kite wujud ni untuk hidup sesaja je. uhuk.

dalam buku tu ada satu ayat

" sekiranya kehidupan ini pahit rasanya, sungguh dari kepahitannya aku merasai buah yang manis"


well, aku sangat2 suka ayat tu. maka, aku pun terfikir nak buat tajuk blog like "Pahit Manis Kehidupan" tapi aku rasa cam borring....... so aku fikir, nak buat la "Masam Masin Pahit Manis Kelat Pedas...bla bla bla.." cam panjang nye??

so, aku simpulkan la jadi "Secukup Rasa" and macam aku cakap tadi, sebuah cerita tu aku tambah2 je sebab nak kasi valid nama blog aku ni. kesian, terima kasih..

well, hidup ni memang penuh dengan pelbagai perisa. ada pahit ada manis, ada kelat ada masam dan sebagainya.. tapi, macam dalam ayat tu kate, kite boleh dapat buah yang manis walaupun dalam sepahit2 kehidupan kat dunia. cuma kite kena tahu dan ambik tahu dan beritahu cam mane caranya..

konsep pertama, aku rasa syukur la.
kedua, beriman pada Qada' dan Qadar- redha.

dan banyak lagi. yang pasti kita dah diberi anugerah agama Islam yang cukup lengkap kan?

korang rasa, korang diberi ujian dan segala kepahitan sesia ke? cuma sama ada kite nak sesiakan atau tak je. kan ke dah kate..

Allah menciptakan alam semesta (termasuk manusia) tidaklah dengan palsu dan sia-sia (QS. As-Shod ayat 27)

dan...

"Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan(saja)mengatakan: Kami telah beriman?", sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang dusta"( QS. Al Ankabut: 2-3)

dan banyak lagi....jom baca Quran...

"kalau hari ni rasa cam aduh sedeynye kejap je duit habis.. la.. duit tu kan ujian... tak ingat ke?

masa korang banyak duit, rasa banyak betul la benda nak kena beli nih. semua benda nampak nak dibeli. rambang mata...terseksa jiwa.. kan2?? - aku la ni, actually.. haha.

so, maybe kalau korang tak diuji dengan hikmah duit mengalir dengan laju untuk hal2 yang lebih penting, korang akan kalah dengan ujian yang satu lagi, diuji dengan ke"banyak"kan dan "lambakan" duit yang akhirnya buat korang tewas dek nafsu nak bershupping.. kan? kan?"

maka, bersyukurlah.. dan bersabarlah..


"Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)

dan...

Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 8:66)"

dan jom baca Quran..(lagi)

p/s: untuk tuan blog ini saya copy paste ayat Quran dari blog anda.. (kes malas nak cari ayat dalam terjemahan sendiri la ni)

okey.. itulah asal usul secukup rasa. biarlah cukup rasa kite hidup kat dunia.. dan sama2 la kite kejar ganjaran kemanisan cinta Allah dan syurgaNya yang tak terhingga.. amiin..insyaAllah. moh le kite sesame ye..

"dan maafkan aku..menduakan cintaMu..."


astaghfirullah hal 'azim..

ends..hari ni mau siapkan research lagi..menaip dan menaip sambil pening2kan kepala mikio nak analisis data... all well may all ends well <--tiru tajuk filem Hong Kong nih.. jangan saman gue...ampun pak ampun...

oke2 dah.. jangan nak ngarot lebey2 pulak. stop!!

Wednesday, April 13, 2011

Universiti Blogger Malaysia ??


assalamualaikum.. hehe. korang mesti ada yang tau ada yang xtau pasal ni kan??

aku kejut gak la. tetiba ada U baru bukak kat malaysia ni..

well, this is a new blog kot. aku pun tak semak2 lagi mahupun menyemak kat situ.

untuk memenuhi syarat...

1- done.

2- cp <--ringkas je nama.. nama blog.: secukup rasa sebuah cerita.

3. mula blogging tak ingat tahun bila, tapi masa tu guna wordpress kot, masa tu juz tulis2 sajak.(hehe). pastu aku tinggalkan sepi- rasa pelik berblogging gitu.

pastu, start balik. guna blogger. tapi, rasa segan sebab masa tu banyak citer ngarut2. aku pun rahsiakan blog tu.

dan sekarang yang ini.. start dari tahun ni la jugak. seperti dalam opening ceremony, tarikh aku mula blogging secara aktif ni.. ialah.. march 1 2011, tuesday...

4. saya rasa dunia blog ni sekarang dah macam2. ada yang bagus, ada yang macam bagus, ada yang agak bagus, ada yang tak bagus, ada yang memang erkk...

tapi, pada saya, kena pandai2 bawak diri la dalam berblogging. kena ada ilmu jugak. - sebab tu kalau rasa tak yakin, jangan tulis. akhirnya muncullah golongan2 cam saya yang tulis cerita pasal idup sendiri je. ape pun, blogger kena la selitkan jugak pengajaran tak banyak seciput pun ok kot- saya sedang cuba nih- dan jangan terlalu fanatik sampai lupa yang lain ye..

blog2 jugak, akhirat jangan lupa. pisnowo!!

5. oh..baru je baca pasal ape itu UBM. well, pendapat aku.. hmm... jap nak fikir. mungkin tak dapat nak bagi pendapat yang bernas lagi coz baru je join ni. ape pun, diharap dari sini, boleh la ada input2 menarik yang membawa makna pada bloggers. it's a nice step dalam menjalinkan dan merapatkan hubungan- dengan cara baik harapnya..amiin.. all the best..!!


p/s: ade asimen ke?? adoi.. ni perit nak dengar ni..

Contest Sedap Mata Memandang.~


assalamualaikum


weet2.. sejak dua menjak ni, sibuk nak masuk contest je. kali ni ada contest lagi .. klik sini.

hehe..klik tau, jangan tak klik..

okey.. nama contest ni sedap mata memandang. cam aku dah bagi link kat atas tu, adik tu la yang anjurkan.. rajin2 jenguk la ye...

p/s: tag

lupa la plak sape yang aku tag =_=''

jap cari semula..

ha..ni..

dak izzan
iffa
my life

okai..finish...make me win ya?? hehe.

Tuesday, April 12, 2011

Me & Kakashi-kun to Semi Finale!!!

alhamdulillah..

1st time aku join contest secara pukal. dan akhirnya semi final gambo dan entry aku Aku dan Kakashi-kun berjaya masuk ke semi finale.. weet2.. doa2 la kat aku biar menang deh.. terubat sikit rindu kat Kakashi-kun.. uhuhu.. (tagih simpati nih)

adui..ape la cerita Kakashi-kun nih.. tak dengar kabo langsung.. andai kau pergi..andai kau pergi..

kot iye pun habaq la sikit kat chek pe citer.. ceciter..ceciter.. BgYun..what happeng??

Monday, April 11, 2011

"Macam Bola Getah"

alhamdulillah..

segala data collection dah selesai.. arini, (11/04/2001 @ 9am) aku and the team akan gi ke kelas untuk analysis data plak. wee...

nak dijadikan cerita, pada hari Ahad - semalam la- aku gi keluar menyiapkan saki baki data collection aku. aku gi mana?? well, Tasik Permaisuri. tu je la last resort aku.

aku pun berjalan2 melihat alam, ciptaan Tuhan. di langit dan di Bumi.. (kalau korang tau lagu ni memang kite geng lah. lagu sahabat rimba kot kat tv1)

first aku approach 2orang kakak kat bus stop. well, dah diorang duduk bus stop, aku ingat diorang ni tunggu bus la. what do you expect kan? wahaha. tapi, diorang just tunggu kawan amik naik keta la.. so, diorang pun refuse coz kot2 kawan depa mai sat gi.

ok. aku pun meneruskan langkah perjuangan ini... ke tasik. aisyeh, penuh lak mamat2 pegang kamera. group photography la kot. rasa nak aje aku mintak diorang isi. tak po lah. ramai sangat- aku lak sorang. passed!!

then aku nampak satu family Cina ni tengah rehat2. hehe.. my first target. alhamdulilah, semua willing nak jawab. then ada lagi plak! aku pun gi kat satu family lagi, die tak mau jawab.

aku jalan lagi. nak jadikan cerita, ada la sorang pakcik juai air ni, die tegur aku.
"assalamualaikum kak long." kate beliau. "senyum.." kate beliau lagi. aduh. aku hampir nak pandang die semula dan senyum je. tapi... aku cancel kan.

pastu aku jumpa target aku. girls duorang tengah duduk2 rehat penat jog- aku teka je la. pastu dalam diorang duk jawab, pakcik tadi mai dekat tengok. dan kisah bermula.... (dari tadi baru nak mula meh??) hehe.

beliau berkate, adik punya tugas ke ni? lain kali jangan sombong. keje macam ni tak boleh bersikap camtu. =_='' pulak. aku bukan la sombong pun kot. beliau menambah lagi." kita ni hidup macam bola getah color putih. kite baling melantun semula kat kite"

aduh. aku dah malu sangat. rasa nak nangis pun ada. pakcik ni. aku dah la berpeluh2 ni. segan la aku. tak tau la camne muka aku masa tu. panas je.

maka beliau menambah lagi. "jangan fikir negatif kat orang. -sebab aku cakap takkan aku nak selambe2 senyum kat laki?- die kate lagi " kalau orang tegur assalamualaikum kak long, jawab and senyum. be positive. bangun pagi ingat, kite ni pagi ni matlamat ape. kite bawak bola getah putih kite. baling kat orang kena kite balik."

aku faham dah maksud die, tapi.. aish.. keliru aku. teringat citer kawan aku, die pernah dipanggil oleh sorang pakcik-dari dalam kereta- then die ingat pakcik tu nak tanya arah, die pun gi la. pastu tetiba dengan nada GATAL, pakcik tu tanya nama, umur bape. maybe coz kawan aku tu little by little sikit cam budak sekula (ahaha..gomenasai..sape makan cili rasa pedas ye?) pakcik tu coba nak nipu kot. huhu.

akhirnya, aku balik dengan pelbagai pemikiran dalam kepala aku. ape patut aku buat kalau berdepan situasi gitu lagi? aku rasa kalau aku berdua dengan kawan aku, aku ok je kot nak balas balik. ni dah la sorang2. menahan segan nak mintak orang jawab questionnaire lagi. aduh.

entah lah. lain kali kalau pakcik yang tegur senyum je la kot. jangan la gatai2 nak pura2 xnampak or wat xtau. xpasal2 kena ceramah lagi.

ape pun, aku faham ape pakcik tu maksudkan dengan bola getah tu. aku pun selalu ingatkan diri aku,

"KALAU KITE TAK NAK ORANG BUAT KAT KITE,
KITE JANGAN BUAT KAT ORANG"


well, tak po lah. janji keje siap. hehe.

pandai2 la nak bawak diri. dah beso dah - mmm boley la.

ade pape lagi ke ek? cam xde.

p/s: minggu ni insyaAllah balik kampung. sambut bday my beloved anak buah tersayang, Muhammad Aliff Isqandar Syah-ni nama sebenar.

can't wait.

Saturday, April 9, 2011

Umur Kite Makin Singkat~

alhamdulillah..

dah 23 tahun beberapa bulan beberape ari (malas nak kire, tapi nak gak tulis) aku hidup kat muka Bumi ni.

well, actually, sejak dua tiga empat 5, 6 etc menjak ni. aku dah rasa makin tua. ahaha. baru nak sedar la kot.

bila time beday orang selalu cakap umur dah meningkat kan? tapi, aku selalu dengar kat Halaqah.net entah sape cakap, umur kite ni makin singkat. betui gak kan? nape aku cakap camtu??

well, kite idup ni, makin hari makin dekat dengan KEMATIAN! maksudnya, umur kite makin singkat la. bukan makin bertambah. kan?

ingat lagi zaman kanak2. masa kecik2, teringin nak cepat besar kan? (teringat satu artikel kat ILuvIslam. hmm. nak cepat besar coz nak ade duit sendiri. mase kecik cam semua benda tak leh buat.

masa kecik2 suka fikir nak keluar dari rumah. boring la duduk dalam rumah tu.

bila masuk sekolah, mula kenal kawan2. macam2 orang jumpa. sampai la ke sekarang. sekejap je- 23tahun dah berlalu.

"demi masa, sesungguhnya manusia kerugian"

"melainkan mereka yang beriman, yang berpegang pada kebenaran dan beramal soleh" - al Asr (1-3)

hmm. apekah hidup aku selama ni dah diguna sebaik2nya. aku rasa jawapannya.......(x_X)

banyak benda yang dah terlepas. tapi, masa tak mungkin akan berputar ke belakang. hidup kena diteruskan.

bila duduk2 saja macam ni, berfikir- dah tua dah. ajal maut pun tak mesti tunggu tua baru nak menjemput. ready ke? tak tau la berapa lagi umur yang tinggal.

nak buat ape dengan sisa2 dan baki2 umur ni?? tepuk dada tanya Iman. Iman?? ada ke?? dah cukup beriman ke?? soalan2 yang menakutkan dan menggetarkan diri sendiri.

entah lah.
"dan berpegang teguhlah pada tali Allah...." Ali Imran (103)
harap2 aku tak terlepas dari taliNya. kadang2 duduk sesaja, macam rasa kosong dan lupa. aku pun tak tau la nape. kena balik semula ke asal. umur dah tak lama. kalau tak pegang, jatuhlah aku nanti. pegang kuat, biar jalan atas Sirat al-Mustaqeem dengan baik. insyaAllah.

jangan sesal kemudian- tak berguna. atau dah terhantuk baru terngadah.
(walaupun hakikatnya, banyak yang dah disesalkan- menyesal tu, taubatlah...semoga diterima)

astaghfirullah.

well, mood tengah malas sangat2. sehari yang tak terisi. pembaziran masa dan umur satu hari yang disia2kan. moga esok lebih baik...amiin..

Friday, April 8, 2011

No More "Adik student"

alhamdulillah...

"adik student......... adik student....

adik student, ade keje tak?

adik student, tolong cuci BO aunty ni.

adik student jangan lupa ambik Dxt (blood glucose) ye?

adik student...adik student..."

well.. hari ni aku last posting management. maksdunya jugak, last aku posting sebagai adik student (insyaAllah)..

teringat lagi masa 1st year. punya la takot bila masuk wad. takut kena marah dengan staff nurse (SN), takut kena marah dengan KJ( ketua jururawat@sister). nak buat ape2 pun takut kadang2 SN pun rimas asyik kena panggil suruh observe wat ape2 prosedur.

tak berani nak panggil SN kak. tak berani nak gurau2 or cakap ape sangat. ngeee....

makin lama, makin selesa dengan SN. dengan KJ xde la. takott... cuma sesetengah budak2 ni (kengkawan aku la) yang peramah tu boleh la mesra. aku?? kirim salam je la. takot saja..

tapi, bila posting management (Mx) ni, aku rasa sangat close dengan SN. bleh plak tersasul2 panggil kak. hoho. masih takot- aku je la. tapi, boleh borak2 dengan KJ, boleh cakap dengan biasa2. BEST!!

lagi2 Mx kat surgery, SN memang lepas kat kite buat keje, terasa cam dah jadi SN je. haha. tapi, masih la under supervision.

tadi, kawan aku cakap, dah last nih. baru aku perasan, wowow.. lepas ni, masuk wad dah takde STN (abbreviation untuk student nurse) tapi SN, tak pun RN (registered nurse) ataupun JT (jururawat terlatih). fuhh..

tak lama je lagi nak tinggalkan dunia student.

tak ade lagi adik student, adik student dah..

semoga..amiin...

p/s: exam pun tak prepare ape lagi nih. sibuk nak keje kunun. graduation!! excited2!!..hahaha...

wah..!

eh2.. dah tak payah pakai tudung pink hari2.. BORING...........!!

Wednesday, April 6, 2011

New Invention~

bismillah ar rahman ar rahim..

hmm. tadi aku duk tengok junior buat dressing (cuci luka) kat sorang patient ni. well aku bukan nak cross privacy (aku xsebut name sesapa pun kan?) just aku terfikir je. aku and kawan aku tadi la.

patient ni ada pressure sore kat belakang. agak besar la. then ada dua. satu lagi betul2 dekat dengan anus. the bad thing is, tiap kali die BO (bowel open@buang air besar) the feces akan kena kat wound die. so, wound die dari merah comey cam nak heal, dah infected, dengan slough lagi. sebelum ni kat bahagian pocket, now dah kat tengah pun penuh slough ni. poor aunty.

well, she needs to start ambulating but somehow she did not, yet. so, aku dengar dr. suggest nak buat STOMA!!?? kat die so that feces die tak kena dekat wound. oh, tidak .com. =_=''

dah la ada luka kat belakang, lagi nak buat satu lubang kat badan meh?? kalau aku jadi patient, of course aku tak sanggup nak ada stoma!! uhuhu..

tapi, kalau tak, luka die akan makin teruk. infected dengan E.Coli lagi..

so, kawan aku ada cakap, maybe patut guna stoma beg atau urine beg letak kat anus die, so die punya BO tak kena kat wound. before ni dah guna opsite untuk cover wound die, tapi yang kat atas je la. yang betul2 dekat dengan anus takleh cover. so, feces asyik kena kat wound die. cam lawak la plak.

what to do? maybe kena ada new invention. camne nak elak pressure sore especially sacral sore yang selalu sangat kalau tak kena BO/ urine. coz mostly patient pakai pampers kan. nak tukar tiap kali PU (pass urine) / BO bukan sempat nak selalu2. pressure sore is a big issue la rasenye.

so, camne nak buat?? entah. wait and see. kalau aku sempat tengok ape plan seterusnya untuk patient tu. kalau lama2 wound tu infected septicemia (jangkitan dalam darah) payah la pulak.

Tuesday, April 5, 2011

Mr. X ~

assalamualaikum..

hoho.. lamo dah den tak ngapdate belog. opps. bakpo tetiba cakap nogori nih? geylong.=_=''

buat pengetahuan, Kakashi-kun aku sudah berada di tangan kawan Bg.Yun. tak tau la pe citer. coz enchek tu tengah busy tak dapat nak tengok kakashi-kun. tapi, memang dah agak, xde harapan dah. so, aku terpaksa rela cari pengganti. sedih wo..

well, this is Mr. X.

nampak cambest la dapat laptop baru kan?? sape kate?? duit mengalir laju je. hard to come, easy to go la. T_T

nama die aku letak Mr. X coz die nampak cam macho dan smart je. tak macam kakashi-kun. my new partner- Mr. X. aku kena janji dengan diri aku sendiri, jaga leklok. jangan dera die cam Kakashi-kun. wokey..!! - noted.

gini la kan idup. benda yang kite dapat tak mesti kekal ngan kite. datang dan pergi. cam sedey gak la. baru ingat nak save sikit. terpaksa rela la.

ape pun, rasa untung gak la. coz aku beli laptop ni, dengan intel pentium, ram 4gb+ accessories cam biasa, + 4gb pendrive, + 10 kali format free dengan harga rm1400. software ciplak xde hal lah. huhu. nanti format ciplak gak dapat. bukan dapat ori.

nanti aku kasi la adik aku pinjam jap sementara die dapat baru kot. kalau aku beli netbook aritu, aku ingat nak kasi je die, karang aku keja beli lain. wahaha. cam kaya sangat la plak. xpe la. nanti la aku kasi pinjam la duit kat die nak beli. PINJAM je..

tu je la citer nye.. tak de benda la sangat. busy lately. banyak keja.- konon la.

okaih. got work to do. merepek je. just wanna say, belajo2 la REDHA n SYUKUR n TAWAKAL.

redha la Kakashi-kun dah pergi, syukur la mampu dapat Mr. X. Tawakal la dengan nasib Kakashi-kun yang belum diketahui- cam xleh selamat dah kan. huhuu..

adios amigos.