Pengikut

Friday, September 30, 2011

My Brother's Wedding~

My Brother's Wedding :)
Alhamdulillah. May Allah bless them and us ;)

p/s: Masih segan-segan dengan kakak ipar baru.

Malam sebelum pernikahan~

Assalamualaikum

 Ni dah betul malam dah ni. Pagi kot. Ye, malam ni adalah malam penikahan. Bukan aku la. Abang aku. Esok kami dijadualkan bertolak ke Pahang. Bagus jugak nikah lepas Asar. Boleh aku berguling-guling dulu sebelum majlis. Kalau tak mau pengsan aku.

Pening kepala semua orang. Masing-masing cuba berhati-hati supaya tak menyinggung perasaan masing-masing. Maklumlah, kepala pening. Banyak hal.

Aku? Aku pening jugak lah nak cuti banyak kali. Duk sibuk fikir tak kerja-kerja lagi. Sabar je lah.

Eh, balik cerita malam nikah. Tadi ramai jugaklah makcik-makcik datang duk persiapkan abang aku nak nikah. Mandi lulur? Inai. Tips segala dan beri sokongan. Esok semua tak dapat ikut untuk majlis nikah sebab hari bekerja. Diorang pun masing-masing kerja kerajaan. Musim nak periksa- ramai cikgu.

Ni pun masih ada sorang belum balik. Pemeriah keadaan. Aku tak ni duk fikir apa barang ada tertinggal ke nak ke Pahang ni. Takut nanti tertinggal benda penting pulak.

Apapun, semoga semuanya berjalan lancar dan tak ada apa yang lari budget. Heh. :)

p/s: kak ipar awal-awal dah pesan, hantaran tu - makanan- janganlah hancur. Bawaklah balik.

Tuesday, September 27, 2011

Pekerja runsing, anak bingung~

Assalamualaikum.

Hari ni hari Selasa kan? Entah kenapa kepala aku pening betul hari ni. Pagi-pagi lagi mak dah tanya cuti bila. Maklumlah dah nak kenduri- majlis perkahwinan abang aku yang ke-4.

Hujung minggu ni dah kena iring pengantin ke Pahang. Minggu depan dah kenduri kat rumah sini. Mak dah suruh cuti awal sikit nak kemas-kemas rumah. Aku dah malu mintak cuti kat "kakak". Asyik cuti je dah bulan ni.

Walaupun aku dah beritahu "kakak" awal-awal, entah kenapa sebagai pekerja aku rasa susah hati dan tak senang. Tapi, aku kena mintak cuti jugak. Tadi, masa mesej mintak cuti kepala aku dah berdenyut-denyut je fikir. "Kakak" marah ke? Tak apa ke aku mintak cuti banyak-banyak macam ni? "Kakak" siap tanya aku kerja sampai bila. Dia tak sabar nak aku berhenti ke, atau nak bersedia ambik pekerja baru je?

Kalau aku tak mintak cuti, pengsan la mak nak mengemas sorang-sorang. Mana ada orang lain dah. Adik aku sah-sah la sekolah. Yang lain kerja.

Ni lagi satu hal. Mentang-mentang status aku pekerja sementara, boleh aje suruh aku mintak cuti entah bila-bila. Orang lain tu, ada siap kerja dengan pakcik sendiri, abang aku nak ke Pahang pun tak dapat cuti. Aku ni kerja dengan entah siapa-siapa, bos tu tak ada kaitan pun disuruh mintak cuti. Hati aku ni serba salah la jugak.

Ditelan mati anak, diluah mati bapak. Pening kepala aku. Nak berhenti tak ada sesiapa pun nak kasi duit, tak berhenti rasa bersalah duk cuti saja. Cepatla saat kesibukan ni berlalu.

Aku dah kerja betul nanti, takkan nak aku cuti sesuka hati lagi? Cepatlah dapat kerja. Runsing dan tak tenang dah jiwa aku ni. Sakit otak.

Hati Emak~

Assalamualaikum

Pagi ni memang dingin. Hujan lebat malam tadi disusuli blackout. Entah pukul berapa bekalan elektrik kembali pulih.

Akhir-akhir ini, aku tengok semakin banyak kes-kes penganiayaan, terhadap orang tua bahkan kanak-kanak. Ada ibu bapa yang dibuang begitu je. Itu kan orang yang membesarkan kita.

Memang semakin meniti usia, mereka ni akan kita rasakan semakin berubah perangainya. Mereka semakin sensitif. Tapi, apa salahnya? Selama ni, nangis manja kita mereka layan dan tempuh sampai kita dewasa. Sihat. Kenapa karenah mereka kita tak mampu nak hadapi?

Mereka mendambakan kasih sayang kita, sama macam anak-anak perlukan kasih sayang ibu bapa. Mana manusia tak perlukan kasih sayang?

Sepanjang pengamatan aku, mereka tidaklah cuba menyusahkan anak-anak. Marah, berkecil hati macam mana pun, anak tetap didahulukan. Tapi, kenapa anak-anak tak boleh mendahulukan ibu bapa? Aku pun tertanya, berapa kali aku menentang permintaan mak?

Hati ibu yang semakin tua, memang jelas semakin rapuh. Mereka semakin keletihan menghadapi pancaroba dunia. Hati mereka itu juga semakin tua. Kasihanilah mereka. Mereka cuma mengharap yang terbaik buat anak-anak mereka. Mereka mahu anak mereka "hidup". Benar-benar hidup. Bukan sekadar bangun pagi bernafas dan kemudian malam tidur setelah perut kenyang terisi.

Sunday, September 25, 2011

Macam mana aku boleh dapat kerja separuh hari?

Assalamualaikum..

Baru je azan Isyak berkumandang. Aku kat rumah. Aku kerja sampai pukul 1pm je hari ni. Kenapa dan bagaimana?

Pagi tadi, aku bangun pun dah rasa malas-malas je nak bangkit. Kalau ikut hati nak sambung pejam semula. Maka, aku capai telefon mak aku- aku habis kredit- aku mesej bos aku. Aku mintak masuk hari Isnin sebab aku penat sangat. Suka-suka hati aku je kan? Tapi, aku memang rasa sengal-sengal satu badan. 3hari tak cukup rehat.

Tak lama lepas tu, bos aku balas mesej aku. Dia marah sebab pekerja dia suka sangat mesej last minute. Kalau dia dah ada plan lain macam mana? Dia suruh aku masuk kerja jugak.

Mula-mula aku memang rasa geram sebab dia kata aku suka mesej last minute. Tapi, aku tenangkan diri dan susun ayat. Aku beritahu dia, inilah pertama kali aku mesej pagi-pagi (orang lain yang buat hal, aku kena. Aku sedikit geram). Malam tadi aku balik dah lewat. Bukan aku sengaja. Tapi tak apa, aku akan masuk kerja hari ni. Yela, bos tak izin takkan aku nak ponteng. Aku tak nak kerja aku terganggu dek tak hormat bos.

Tak lama tu bos aku balas lagi. Dia kata, dia nak keluar hari ni. Dia mintak aku kerja setengah hari. Kalau aku penat aku boleh duduk kat kaunter tolong tengok-tengok cashier baru tu buat kerja. Uish?

Aku cakap la, ok. Lepas tu dia balas lagi, dia cakap tolong dia sampai pukul 2pm. Aku tak kisah pun. Dah dia bos. Tapi, dia seolah-olah menerangkan pada aku pulak. Aku pun balas la, ye, tak apa, saya faham.

Dia balas lagi. "Thanks". Wah! Aku rasa sejuk je hati nak pergi kerja walaupun penat. Abang aku kata, itulah namanya teknik komunikasi. Hehe. Ke aku pandai buat ayat baik punya? Entah lah.

Akhirnya, aku buat je kerja macam biasa. Cuma banyak kali aku duduk dan menguap! Tak boleh kawal ma.. Bila bos lelaki aku datang, dia tanya aku bila balik. Aku cakap la, kakak kata setengah hari. Tak tau la pukul berapa. Tak kisah la bila pun nak kasi balik. Bos aku tu tengok jam pukul 1pm, terus dia kata baliklah.

Aku tersenyum dan cakap, "sekarang?" Bos aku siap suruh aku balik tidur. Dia nampak kot muka aku mengantuk sangat-sangat. Penat. Aku cakap, aku terharu dan aku akan rehat dan esok aku kerja sungguh-sungguh. Huhu.

Walaupun, banyak khabar angin kata pekerja-pekerja dulu beritahu bos kedai ni tak berapa bagus, aku rasa bos kat sini sangat fleksibel dah. Mana ada tempat lain macam ni. Cuma jangan la melampau sangat. Orang dah kasi kelonggaran jangan disalahguna.


p/s: adab bekerja kot kena jaga. Bos tetap bos. Kita pun kalau boleh nak cari rezeki yang halal kan.

Perbezaan hidup di bandar dengan hidup di kampung ~

Assalamualaikum..

Setelah merasa duduk di Selayang selama 2hari- walaupun tak sempat nak duduk kat rumah lama- aku dapat merasakan perbezaan duduk di bandar dan kampung.

Kalau aku duduk dalam bilik, nak harapkan broadband aku ni laju, mungkin setahun sekali. Tapi, duduk kat ruang tamu-macam sekarang- boleh la tahan. Cuma kalau anak buah aku ada susah nak online kat sini.

Tapi, bila aku kat rumah abang aku, mak aih! Line clear.com. Laju je aku upload gambar-gambar. Ini lah bezanya. Suka je aku.

Tapi, walaubagaimanapun, duduk kat kampung memang lagi best. Nak sidai baju pun kawasan luas. Rumah tak ada la melekat dengan rumah orang lain. Nak nyanyi-nyanyi ke, nak menjerit ke, tak ada la orang nak bising.

p/s: line tengah biru. Budak kecik belum balik. Online puas-puas. Oh, aku kerja setengah hari je hari ni, balik pukul 1pm! Apa kisahnya? Layan...

Hari Konvokesyen~

Assalamualaikum.

Aku bukan nak cerita tentang hari konvokesyen aku semata-mata, tapi jugak betapa penatnya aku tiga hari lepas sebab nak konvokesyen ni.

Hari Rabu malam Khamis aku dan keluarga aku (abang sulung, adik-2orang + mak) bertolak ke Selayang.

Malam tu jugak selepas makan aku dengan abang aku keluar cari kat mana Prince Court sebab takut esok paginya sesat dan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. - aku gagal temuduga tu.

Pukul 2.30am baru aku tidur dan bangun 5.30am. Esoknya, aku rasa nak pengsan.

Petang selepas Zohor, aku merempit naik GP dengan abang aku ke KTSN- Kolej Tun Syed Nasir untuk Majlis Mesra Mahasiswa Fakulti Perubatan UKM. Fuh. Aku rasa aku sorang je yang pakai baju kurung naik motor. GP pulak tu.

Bila balik abang aku bawak Kawasaki apa entah- bukan Kawasaki besar tu, macam RXZ. Kalau bawak Motor Kawasaki E..ape entah tu karang aku melayang pulak. Yang aku tak boleh lupa, aku hampir tertidur atas motor. Bila abang aku laju je aku tersedar. Aku rasa hampir melayang ke belakang dan terhempas kat kereta belakang.

Malam tu, kitorang semua tidur awal. Adik aku nak ajak ke KLCC pun semua orang dah terbongkang. Abang aku fikir paling-paling pun nak bawak jalan ke Selayang Mall ke, main bowling ke. Sebabnya, budak-budak tu sehari kat rumah je. Cuma petang tu main ke Bukit Pagong/Tagong entah la lebih kurang la tu.

Keesokannya, aku bangun pukul 5am. Bersiap-siap nak pastikan sampai Bangi 7.30am. Majlis selesai sebelum Zohor. Lepas tu, sibuk la buat sesi fotografi- masa ni muka aku memang comot dah sangat-sangat. Tudung pun dah senget. Lepas Zohor, barulah muka aku semenggah sikit.

Petang tu, alang-alang dah sampai kitorang singgah ke Pesta Konvo-UKM. Aku beli baju korporat (koprat kapret kata mak aku) yang aku dah lama mengidam. RM68 pun lantak lah. Aku dah simpan duit untuk tu. Kalau ikut hati nak beli sweater sekali, tapi tak berani nak guna duit pulak. Hoho. Aku belikan Is T-shirt UKM satu. Nak beli kat yang lain-lain dah diluar kemampuan.

Semalam Mahgrib nak dekat Isyak baru sampai rumah. Nasib baik dah berhenti rehat kat Sg. Buloh- kaki abang aku dah hampir tak rasa apa-apa sebab bawak kereta lama sangat. Kaki mak aku pun dha bengkak. Kaki aku? Melecet dah pakai kasut lama sangat.

Malam, aku masuk tidur awal. Pagi-pagi ni, aku mesej "Kakak"- bos aku- ingat lagi? Aku mintak nak masuk hari Isnin, aku betul-betul tak larat. Menaip ni pun aku rasa lenguh sangat sebenarnya. Adudui..

Akhir kata, tahniah untuk para graduan tak kira di mana anda berada. :)

p/s: doakan aku dapat kerja cepat la ye.
 Cuti tak diluluskan. Bos nak keluar. Aku kena datang jugak. Maklumlah, orang penting. hukhuk..
Mak aku yang ambik gambar ni.. :)

Friday, September 23, 2011

My failed interview~

Assalamualaikum.
Semalam, sebab nak interview aku tidur lewat sebab keluar cari jalan nak masuk Prince Court. Siap bawak laptop dalam kereta sampai nak muntah dan pitam aku rasa.
Pagi ni, pukul 5.45am aku dah bangun, akhirnya pukul 7am keluar ke PC - interview jam 9.30am. Tapi sampai kat sana -macam biasa- lambat. Pukul 10 lebih nak dekat pukul 11am baru dipanggil masuk. Orang tu lambat.
Dan..
Sebaik saja dia melihat borang yang aku isi di ruang pengalaman bekerja, 

"Kami sebenarnya cari orang yang ada pengalaman 5 tahun. Unless u are very special".

Ingatkan sampai situ je, dia suruh aku cakap dalam BI dan terangkan pasal diri aku. Tapi, dia tak ada la tengok sangat. Bila aku sebut sesuatu tentang PPUKM- dia pun beritau dia dulu kerja situ dah lama sangat. Dia mungkin silap faham dengan apa aku cakap. Aku rasa disalah faham. Akhirnya, 

"Try another hospital and gain experience and change your thinking, maybe if u still interested, u may come maybe after 2 years."

Mengantuk, rasa nak pitam je. Abang aku datang lambat- jalan sesak mungkin. Aku berdiri, duduk depan PC dan aku rasa nak tidur je. Bila berdiri rasa nak tumbang. Maka, aku perlu belajar cara nak menambah baik kata-kata aku semasa interview.

Wednesday, September 21, 2011

Temuduga pertama~

Assalamualaikum.

Seperti tajuk yang aku tulis, aku telah dipanggil untuk menjalani temuduga. Tapi, aku cuma ada masa dua hari je. Tak sampai dua hari kot. Esok aku kerja sampai pukul 5pm, lusa aku kena berkejar ke Bangi lepas tu Cheras. Jumaat pagi jam 9.30am temuduga akan dijalankan. Kat mana? Tingkat 1, Jabatan Sumber Manusia, Prince Court Medical Centre.

Alhamdulillah. Dalam kesibukan aku ni tiba-tiba dapat panggilan temuduga memang agak kalut lah. Minggu depan kena iring abang aku ke Pahang, minggu satu lagi kenduri kahwin kat rumah sini pulak. Semoga dilancar dan dipermudah semua urusan aku.

Bos pun dah lain macam je sebab aku mintak cuti. Aku pun dah serba salah. Nak cuti ke terus berhenti. Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran je. Cumanya, aku memang sibuk sekarang.

Nak cari tentang Prince Court satu apa pun tak jumpa. Website tulis- domain expired. Pulak. Doakan aku. Esok sibuk la nak ke sana sini settlekan segala dokumen.

Nervous!

Monday, September 19, 2011

Tersadai di Kuala Lumpur~

Assalamualaikum

Tak pernah aku bayangkan aku bakal tersadai di Kuala Lumpur dek takde tiket bas. Maklumlah, bukan jauh pun rumah aku. Aku tak pernah menyangka tiket bas ekspres Sabak Bernam boleh habis.

Semalam, aku dengan kawan aku bersama menumpang abang aku ke UKM Bangi nak ambik jubah konvo. Mestilah aku sangat seronok dan bersemangat.

Sesampai kat sana, aku diberitakan dengan berita sedih- selepas kekenyangan makan nasi beriani Anje- aku punya kad pintar tak ada. Sedih aku. Nak kata aku tak isi borang yang sepatutnya, aku dah isi. Nak menangis aku. Yela, orang seronok-seronok nak grad tetiba bermasalah pulak. Terpaksa isi borang baru, entah gambar aku nanti ada entah tak.

Lupakanlah kisah sedih tu. Masa aku nak balik, abang aku nak hantar ke Pudu Central. Dalam perjalanan ku sibuk membebel nak ponteng esok (hari ni la). Abang aku pulak boleh tersesat! Haha. Bukan sesat, silap masuk jalan sebab dia ingat satu jalan tu tutup. Katanya, hari Ahad selalu jalan tu tutup. Maka, kitorang pusing sampai hampir nak keluar KL, pusing balik ikut jalan ke arah PWTC.

Bila sampai, aku dengan kawan aku bergegas la ke kaunter tiket. Terlopong dan tergelak macam tak percaya aku. Kaunter tiket tu bertulis, "Hari ni tiket habis"!! (Nak sangat ponteng). Amik!

Terpaksalah aku menumpang kat rumah kakak kawan aku. Elok pulak kakak dia baru bertolak balik dari Perak. Kena la menunggu kat Pudu Central tu. Masa solat aku terpandang- tak boleh bawak beg. Oh, macam tu. Surau cuma boleh jadi tempat solat je. Ada masa kena tutup pulak. Aku sedikit tak setuju sebenarnya macam tu. Susah orang yang tersadai macam aku nanti tak ada tempat berlindung. Ececeh.

Lepas solat Asar kitorang duduk-duduk kat tempat menunggu. Aku baru teringat nak beli berus gigi. Tahu tak berapa harga berus gigi yang aku jumpa? RM5!! Adui..Koyak aku. Tak dapat aku nak beli komik.

Tak lama kemudian, kakak kawan aku - Miss Iffa- telefon. Kitorang pun naik train patah balik ke arah Selatan menuju Bandar Tasik Selatan. Menumpang satu malam kat rumah orang dah kahwin belum ada anak- dah mengandung- rasa sangat segan. Dah la dijamu makan. Bertambah la segan. Dah terpaksa. Terima kasih lah banyak-banyak.

Hari ni, aku menaiki bas jam 10pagi di Pudu dan selamat sampai di rumah. Di kala petang sempat la aku ber"poyo-poyo"an dengan jubah aku ni. Ok, aku sangat excited! Alhamdulillah. Berjaya pun aku menyarung jubah tu.

Sekian..Aku nak sajikan dengan gambar yang banyak, tapi malam ni aku punya broadband sangat perlahan. Mungkin wordless Wednesday nanti. InsyaAllah.

Sunday, September 11, 2011

Lampu basikal, G-Shock, Pistol/Senapang berpeluru, Remote Control Car.



Assalamualaikum.

Senarai ini adalah senarai barang-barang yang mencapai populariti yang tinggi kat kedai tempat aku kerja mengikut urutan masa.

Mula-mula, masa musim budak-budak sibuk berbasikal- entah apa nama basikal yang ringan tu- budak-budak ramai sibuk cari lampu basikal. Cepat je habis.

Lepas tu, trend G-Shock melanda- aku pun terpengaruh. Akhirnya, jam aku, aku kasi kat adik aku laki tu je. Aku tengok budak kecik ke orang besar ke, tangan kecik ke, tangan besar ke, laki mahupun perempuan semua sibuk nak G-Shock.

Lepas tu muncul musim senapang. Daripada penuh kedai aku dengan senapang tu, sekarang tinggal pistol-pistol berpeluru yang murah-murah dan kecik-kecik je. Budak-budak tu beli nak yang mahal saja- tahan lebih sikit kot. Murah cepat rosak-budak-budak tu tarik kuat sangat kot.

Sekarang, lepas raya (budak-budak dapat duit raya) masing-masing sibuk beli kereta control. Yang mahal, yang murah semua rembat aje. Ada yang sampai RM60! Mak aih. Aku Cuma senyum aje la terpaksa test kereta-kereta tu entah pusing skru segala. Pening aku.

Lepas ni, entah musim apa pulak lah. Kalau dulu, paling-paling pun musim tutup botol, gasing, layang-layang. Sekarang zaman moden, mana nak budak-budak main semua tu.

Saturday, September 10, 2011

Janganlah cakap macam tu.



Assalamualaikum.

Entry ni mungkin entry emosi. Tapi, rasa nak luah je.

Apa perkara pertama yang korang bayangkan dan terfikir bila sebut jururawat?

Aku dah penat dengar isu ni. Sudah-sudahlah buat aku rasa bersalah jadi jururawat. Dosa ke aku ni?

“Jururawat kan perempuan paling sexy dalam dunia.” – ok, aku mengaku- I’m offended. Ada ke orang yang patut rasa bangga bila ada orang cakap kerjaya yang dia ambik macam tu.

“Kenapa tak bergaya? Bukan ke budak nurse paling pandai bergaya?”< - ok, aku tak pandai bergaya.

“ Tak tau ke dunia gelap jururawat?” < - Apakah? – dijemput sebagai tetamu untuk parti-parti VIP. Perempuan apakah jururawat tu?

“Jururawat mestila pakai lawa-lawa.”

“Jururawat pakai tudung besar? Tak pernah jumpa pun.”

Boleh aku tanya? Rasanya siapa penyumbang kepada keadaan jururawat sekarang ni? Bukan korang yang kata jururawat begitu dan begini? Kalau tak bergaya bukan jururawat. Kalau tak sexy bukan jururawat. Jururawat kena la pakai uniform begini-begini. Semua korang yang tentukan.

Tapi, akhirnya aku jadi mangsa. Aku dipersalahkan. Kerjaya yang aku patut banggakan buat aku rasa aku buat kerja hina. Ok. Aku terasa. Sedih la orang kata seolah-olah aku sengaja cari kerja untuk buat dosa. Whatever.

Bas UKM, janganla lalu depan aku hari-hari!



Assalamualaikum.

Aku bukan sengaja nak merepek. Tapi, bila aku melanguk depan kaunter Nampak bas UKM dan van UKM, aku jadi sangat rindukan zaman belajar aku. Rasa nak je mintak pakcik bastu kasi aku naik bas sekali. Nak balik PPUKM jugak. Nak balik belajar. Seronoknya.

Tak payah sibuk fikir nak kerja untuk dapat duit, nak fikir gaji berapa. Tak payah pening fikir, tak kerja tak ada gaji. Cuma perlu belajar, tak payah kira duit, takut salah kira, angkat stok. Bestnya..

Ada budak medic 3rd year yang posting JKM (aku cam melalui name tag dan baju) datang kedai- terus aku palpitation. Aduh. Entah kenapa.

Study time- I miss You.

Muka akak macam budak-budak!

“Akak kerja kat mana, kak?”

“Kedai 2ringgit kat hujung tu.”

“Oh, kat babyland tu?”

“Ha’a. Sebelah babyland tu.”

“Umur akak berapa, kak?”

“Cuba teka berapa. Rasa-rasa berapa?”

“19.”

Dengan senyuman dan sedikit tertawa, “wah, mudanya!”
“20?”

“Haha. 23.”

“Ha? Betul ke?”

“Ha’a. 23. Dah tua dah.”

“Muka akak macam budak-budak..” sambil tergelak.

Aku bukan nak berlagak, atau berbangga. Tapi, memang rasa seronok adik tu cakap muka aku masih muda. Maklumlah, orang tengah dalam krisis pertengahan umur ni. Rasa diri tua je. Bila ada orang cakap aku muda, terhibur sikit. Hehe.

Friday, September 9, 2011

Sampai kapan lagi?

Assalamualaikum

Sampai bila? Kenapa aku masih tak faham-faham? Aku merasa dunia ni yang tak faham.

Kenapa Zionis masih boleh bermaharajalela? Kenapa Palestin masih tak merdeka? Kenapa yang jelas tertindas terus tertindas. Israel tu kan kecik je. Ke mana pergi negara-negara Islam Asia Barat yang kaya raya tu?

Sibuk perjuang hak asasi manusia, yang bernafsu songsang sibuk dibela. Tu nasib anak-anak Palestin tu siapa nak jaga? Aduh. Manusia...manusia..

 Siapa nak jawab?

Aku= cashier, jaga tiga tempat dan masih jaga bunga?



Assalamualaikum.

Ye, itulah status aku buat masa ni. Sabtu insyaAllah pembantu akan tiba. Pening kepala aku. Pekerja Cuma dua orang. Bos pulak sibuk nak pindah rumah. Kalau tinggal berdua nak solat pun tunggu line clear. Nak ke tandas pun payah! Aduh.