Selamat malam.
Sengaja aku nak buat entry berdasarkan entry dan comment Wordless Wednesday yang lepas. Untuk membacanya, klik sini.
Ada 20 komen (ketika ini) yang memberi pendapat. Oh, untuk yang tidak klik link di atas, aku siarkan paparan iklan IDD Rate oleh tiga syarikat telekomunikasi utama kat Malaysia.
Pada mulanya, aku cuma nampak iklan IDD Rate tersebut tergantung di sebuah kedai telekomunikasi dan ia buat aku tersedar.
Apa yang aku fikirkan sebenarnya?
Aku tersedar, begitu ramai warga asing kat Malaysia sekarang. Lagipun, kat tempat aku, yang kampung ni pun dah ramai warga asing. Bukan aku nak mendiskriminasi atau prejudis, tapi jujur aku memang sedikit tidak senang dengan kehadiran mereka kat kampung aku.
Kalau kat kampung pun mereka mula mendominasi, kat mana lagi anak-anak muda kat sini nak cari rezeki?
Bagaimana pulak pendapat pengunjung blog saya?
Antaranya:
1. Negara kita bermurah hati meringankan beban rakyat asing.
2. Ramai warga asing di negara kita. Dan Memang ramai yang dapat keuntungan dengan membawa masuk warga asing...Mereka mengaut keuntungan tanpa mengambil kira masa depan keadaan keselamatan dalam negara..Yang penting mereka dan kroni mereka kaya raya..
3. jadi mari bersahabat dengan mereka semua.. 44sen, bengkok jugak kadang :D
4. kita makin menyenangkan orang asing..camane la diorang ni x rasa was2 nk keje kat malaysia,,baik hati sangat..hehe
5. Lebih 2 juta rakyat indonesia sahaja skarang ni..belum termasuk bangsa lain..mereka salah satu penyumbang dalam ekonomi Malaysia.
6. apasal rate dia lagi murah berbanding panggilan tempatan? ini memang tidak adil
Ada jugak yang beri komen yang buat saya tersenyum kerana mereka sangat naif..
1.tersedar sesuatu?? apakah?? nape tak pasan ni.. emm
2. err...tak tau ape yang sesuatu tu..huhuhu
Walau apa pun, saya cuma berharap dalam mengejar arus kemodenan dan kemajuan, negara kita takkan jadi tempat kita menumpang.
Semoga Allah melindungi kita dan menganugerahkan kita dengan keamanan. Siapa tak mahu hidup aman, kan?
Teringat lagu..
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia
p/s: Maybe I should know more about issues goes around me.
4 comments:
ini semua atas dasar pemerintahan..silap2 rakyat asing ni pn bleh g ngundi..auwww :p
Indonesian will increase to 4 million very soon..
Bagaimana bangsa2 yang lain??
Rasa tergugat tak?
Kalau pergi di KL ada satu tempa yang menempatkan garai-gerai/ kedai-kedai kecil yang boleh jual barang seperti cenderahati, pakaian dan sebagainya.
Ramai pengunjung di situ... Tapi tuan punya kedai semuanya bangla..
Hah... Sendiri fikir lahh.. sapa tumpang sapa?
Kdg kite pon kne peka
y kite ni terlalu slse
Post a Comment